Ulasan Buku Emak Rindu Mathanga Erissery

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tajuk buku: Emak Rindu Mathanga
Erissery

Penulis: Khairul Hakimin Muhammad

Penerbit: NuBook

Semalam, dapat rezeki meminjam buku yang menarik tulisan daripada Khairul Hakimin Muhamad. Buku ini mengisahkan travelog beliau mengembara ke Kochi, India kemudian ke Munnar ke Allepey akhirnya ke Kochi bersama 3 orang rakan beliau.

Menariknya dalam buku ini, beliau menceritakan serba sedikit tentang rindu ibunya berketurunan India dengan masakan di kampung asalnya, India ; Mathanga Erissery. Beliau dan rakan-rakan, sempat belajar memasak dengan Puan Nimi Sunilkumar yang terkenal dengan blog masakannya Nimisrecipes.com. Antara masakan yang dipelajari Stu Kambing, Mathanga Erissery, Apom dan satu jenis masakan yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa.

Antara yang menarik dalam buku ini, turut diselitkan pelbagai resepi masakan India seperti Vadai, Stu Kambing , Mathanga Erissery serta banyak lagi.

Seronoknya, apabila beliau pulang ke Malaysia. Beliau memasak dan menjamu maknya Mathanga Erissery. Senyuman maknya dapat merasai kembali masakan yang diidamkan. Masakan waktu kecillah sukar kita lupakan hingga akhir hayat. Jadi, rajin-rajinkan memasak untuk anak biar mereka teringat masakan kita hinggalah tua kelak.






Ulasan

  1. Wah pergi perpustakaan ya? Seronok lihat banyak buku. Rasa nak duduk situ sahaja :-) Saya pun baru selesai baca buku ni.



    http://puanainadayanahilmi.blogspot.com/2019/03/hand-sanitiser-dari-tasneem-naturel.html?m=0

    BalasPadam
  2. Great post.thank you so much.Love this blog.
    clipping path


    BalasPadam
  3. Saya pun dah baca buku ni. Best dapat tahu sisi lain India yang jarang orang kongsi. Lagi satu ada resipi yang menarik juga nak cuba.

    BalasPadam

Catat Ulasan