Naikkan semangat diri.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, sudah beberapa kali membiarkan orang melemahkan semangat aku. Gara-gara memilih anak daripada kerjaya. Satu kesilapan yang aku selalu lakukan adalah mengharapkan sokongan orang sekelililing. Terlalu mengharapkan orang memuji aku, membuatkan aku tak bebas dalam  hidup aku sendiri. namun apabila mendengar tip daripada Marie Forleo baru tersedar yang akulah yang bersalah melayani perasaan dan emosi.

Ibarat semangat aku datang kembali dengan maraknya. Aku tuliskan di sini supaya kita dapat manfaat bersama-sama.

Kritikann  ini sebenarnya sesuatu yang normal. Sewaktru kecil aku memandang kritikan orang ini ibarat pembunuh semangat aku. Namun, apabila dewasa. Aku makin nampak kekejaman orang di mana-mana sahaja, mengkritik tanpa rasa bersalah dan langsung tiada perasaan bahkan orang yang paling rapat sekalipun.   Marie Forleo dalam videonya memberikan tips berikut untuk menangani kritikan.

1. Criticism comes with creativity.

Aristotle menyatakan bahawa ;

"Tidak mahu dikritik jangan buat apa-apa, jangan cakap  apa-apa, jangan jadi apa-apa.  "

Sedangkan tunggul pun berharga, jadikan diri kita bermanfaat di seluruh alam ini.

Jika kita mahu mengejar impian kita, kita perlu terima hakikat inilah salah satu permainan yang perlu dihadapi jika mahu berjaya. Senyum, terima dan maju ke hadapan.


2. Not all criticism is bad

Ada juga kritikan membina yang akan membuatkan kita semakin maju dan matang ke hadapan. Jadi jangan buang terus semua kritikan. Perlu fahami dan tapis kritikan tersebut. Kebanyakan kritikan membina datangnya daripada rakan dan keluarga yang memahami kita. Malahan orang yang pakar dalam bidang kita ceburi. Contohnya, kalau pelanggan membuat aduan mengenani produk kita, ini kita perlu kaji dan beri perhatian. Jangan terus melenting.

Namun, kritikan yang membunuh ini perlu dijauhi. Kadang-kadang, ada sesetengah manusia yang datangnya daripada mana mempunyai masa yang begitu banyak melemparkan kata nista pada kita. Itu yang perlu kita jauhi dan elakkan. Ada sesetengah manusia, mereka merasa puas membuli manusia melalui kata-kata, satu kegembiraan lagilah apabila mangsa jatuh tersungkur dengan kritikan tersebut. Orang begini usah dilayan. Biasanya orang begini melakukan serangan jika kita tak sependapat dan tak mahu mengikuti saranan mereka.

3. Don't give away your power.

Sematakan dalam kepala ayat ini,

" You cannot take me down, I will not give that power."

(Kamu tak mampu melemahkan saya , saya takkan berikan kuasa itu pada awak.)

Orang boleh cakap, kritik apa sahaja, tetapi jangan biarkan kritikan mereka melemahkan kita! Masa kita ni di bumi, tak lama dan sangat berharga. Oleh itu, kita perlu jaga kekuatan diri kita. Jangan terlalu melayan remeh temeh dan membuang masa dengan kata-kata yang tak membina.

4. Take  a stand for kindness

Jangan terlalu berlembut dengan orang yang  bersikap kurang ajar dengan kita, team, dan juga ahli keluarga kita. Bagaimana? Kita  jauhkan diri sahaja. Adakala, saya tak kan menunggu lama untuk mendengar bebelan dan kritikan orang yang sangat melukakan hati terutama jika diserang secara terang-terangan. Senyum dan angkat kaki.

5. Have a good laugh

Ethan Hawke, seorang selebriti menangani kritikan dengan membaca kritikan pembencinya di twitter  yang ditulis pada mereka dengan membaca kuat tentang apa yang mereka tulis dan bergelak ketawa mengenainya. Gelakkan apa sahaja yang mereka kritikan berbanding kita menangis. Kita akan rasa terhibur.



6. Sibukkan diri

Tip ini aku tambah, apabila makin ramai yang mengkritik hasil kerja kita. Yang perlu dilakaukan gandakan usaha, jangan cepat sangat mengalah. Orang mahukan hasil. Ada hasil barulah mulut mereka terkunci. Apabila kita sudah makin sibukkan diri, kita tak mampu mendengar apa yang orang perkatakan lagi.

7. Jangan susahkan orang lain.

Mahu jadi apa sahaja, boleh sahaja. Tetapi jangan susahkan orang lain. Berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Tak kira apa pun jangan biarkan diri lemah terlalu lama. Tiada siapa akan datang membantu kita berdiri semula. Apa yang akan berlaku orang akan memeijak kita sampai lenyek. Bangun dengan tangkas, buat sahaja apa yang kita mampu. Insyaallah semuanya akan brjaya, usaha dan doa sebanyak mungkin.





Ulasan

Catat Ulasan