Lupa ilmu kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim. dan assalammualaikum

Apabila orang tanya bagaimana mahu mengait. Tak tahu kenapa blur nak terangkan.
Memang tak dinafikan mengait sebenarnya lagi sukar daripada menjahit jika tak faham asas mengait. Pernah juga menangis dan pening kepala, meroyan tak usah cakaplah apabila anak-anak mengacau dan tersilap kait. 

Tapi lama-lama anak sudah biasa dengan dengan cara ibu buat kerja. Apabila sudah siap satu hasil kaitan anak-anak makin gembira lagi. Kalau ibu buat kerja mereka dah kurang mengacau. Mereka lebih banyak bermain antara satu sama lain. 

Kadang-kadang paten kait yang ada internet apabila dikait tak sama hasilnya. Kadang-kadang tak menjadi langsung, kadang terkecil atau terbesar. Mungkin salah jarum yang dipakai, benang tak sama atau ketegangan benang yang tak sama. 





Lagipun apabila kita tak biasa dengan sesuatu ilmu, memang kita tak akan dapat hasil yang baik. 
Itulah pentingnya, kita  berlatih supaya otak dan hati dapat bersatu menghasilkan karya yang terbaik. Kadang-kadang bukan tak nak mengajar tapi tak reti nak menerangkan dalam bentuk penulisan tapi boleh diterjemahkan apabila ditunjukkan depan mata. 

Ulasan