Produk Kait Sudah Siap

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com


Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html


Assalamualaikum dan salam jumaat, semoga kalian berada dalam keadaan sejahtera selalu. Hampir seminggu cuba menyiapkan produk kait sebanyak-banyaknya untuk jualan namun hanya sedikit sahaja yang mampu dikait.  Ini lah kali pertama, saya lakukan untuk menjual barangan kait di gerai jualan. Masa yang diberi hampir sebulan lebih namun dek faktor pelbagai gangguan seperti anak sakit, anak tak nak tidur tanpa ibunya. Itu semua dugaan bekerja dari rumah. Rancangan mengait banyak tak jadi. Namun, bak kata orang pengalaman kali pertama takkan kembali lagi. Jadi saya harungi juga, maka dapatlah kait walaupun tak seberapa.


Berikut merupakan produk yang saya kait: 

1. Alas kaki



2. Bola lembut bayi

3. Pengantung tuala. 



Tujuan saya mengikuti jualan gerai di Simposium Perniagaan  Maya Kuala Selangor adalah untuk mencabar diri supaya menjual produk kait dengan lebih meluas di pelosok Malaysia. Gagal atau berjaya, kita tolak ke tepi, janji melangkah, jangan kita jadi pemerhati yang suka menyindir setiap perbuatan orang yang sedang berusaha. Kita yang rugi apabila orang dah jauh berlari kita masih terpinga-pinga, tak tahu nak buat apa. Sekian sahaja, jumpa lagi. 
Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Ulasan