Pemilik Blog

Perihal Penulis

Tentang Penulis

Teks: Dalila  Yusof 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mulakan entri ini dengan memperkenalkan diri saya. Saya berasal dari Melaka, kemudiannya berpindah ke Selangor kerana menhgikut suami.  Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Londang, Melaka. Saya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fizik.  Saya memilih bidang ini kerana bercita-cita tinggi menjadi ahli astronomi seperti al-khawarizmi. Sesungguhnya,  pemandangan bintang di waktu malam teramat indah dan mengasyikkan


Selepas graduasi, saya  melakukan pelbagai kerja antaranya bekerja sebagai pembantu jurujual di Jusco Seremban 2. Saya amat pemalu bile bercakap dan sangat kurang keyakinan. Pekerjaan ini sedikit sebanyak membantu saya tentang komunikasi dengan pelanggan. Seterusnya, saya mendapat pekerjaan di Planetarium Melaka sebagai pegawai Sains. Pekerjaan ini amat menyeronokkan, sambil bekerja saya boleh makan angin bahkan pekerjaan ini amat sesuai dengan Ijazah Fizik saya. 

Namun, selepas berkahwin saya berpindah ke Johor mengikut suami . Suami bekerja sebagai juru x-ray di Hospital Kulai. Oleh kerana, bosan di rumah saya memohon pekerjaan di sebuah kilang memproses ubat nyamuk, Kilang Lian Soon Siong. Di sini, saya bekerja sebagai pegawai tadbir sehinggala saya berhenti kerana masalah anemia ketika mengandung anak pertama. Oleh kerana, saya selalu ke klinik sedikit sebanyak menganggu pekerjaan saya .  Kami berhijrah ke Selangor dan menumpang di rumah mak mentua dengan harapan peluang pekerjaan banyak di sini. Namun, kebanyakan temuduga yang dijalankan tidak mendatangkan hasil. Kadangkala, terdapat juga jawatan yang mencurigakan tahu sahajalah di  Kuala Lumpur , kita perlu berhati-hati dengan sindikit pekerjaan palsu.

Tanpa diduga, saya hamil anak kedua dan ini menyukarkan saya mencari kerja. Bosan duduk di rumah saya mula melayari internet mencari tutorial menjahit sarung bantal bayi. Saya berjaya menyiapkan sarung bantal untuk anak kedua saya. Kemudian, saya mula berjinak dengan kraftangan felt dan sulam tangan. Disebabkan minat yang mendalam, saya dapat menyiapkan sepasang kasut untuk bayi kedua saya dengan bersulam tangan.  Oleh kerana anak masih kecil, risau jika mereka bermain jarum dan gunting, saya mula berminat dengan hobi mengait jarum 1. Saya berjaya menyiapkan topi dan kasut untuk anak-anak saya. Ada juga, saya hadiahkan pada kawan suami. Saya juga pernah menjualkan hasil kait sarung telur kepada rakan untuk hari perkahwinan beliau. Namun, saya tidak menjual sebarang hasil kraft selepas itu kerana sibuk mengait untuk menyambut kelahiran bayi yang ketiga. 

Namun, saya percaya hasil kraft saya mampu menjana pendapatan yang lumayan jika kena pada caranya. Saya mula berjinak dengan blogging kerana percaya ini adalah salahsatu cara pemasaran yang strategik. Oleh itu, saya mula membuka bolg ini untuk sama-sama berkongsi minat dengan para pembaca sekaligus memasarkan produk saya.

Oleh kerana,  letih mencari kerja  yang semakin banyak persaingan dengan anak  yang semakin bertambah saya mula terfikir untuk bekerja di rumah. Risau dengan kes dera yang semakin bertambah saya mula berbincang dengan suami untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan.  Mungkin cabarannya tidaklah semudah yang disangka insyaallah rezeki ada di mana-mana. Janji kita berusaha keras untuk membesarkan anak dengan rezeki yang halal. 

Mari berkongsi panduan seni kait  dengan saya dan mempelajari pelbagai teknik mengait .
Jangan lupa mengikuti blog saya untuk mendapatkan pelbagai tips mengait yang menarik dan berguna . 

Ulasan