Apa Big Why seorang surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tentang "big why" duduk rumah. Apa sebab utama kita berada di rumah adalah kekuatan yang perlu kita genggam kuat supaya apa sahaja dugaan yang melanda kita dapat tepis. 

*Ulang 1000 kali matlamat yang ditulis sampai lumat

Tulis apa yang kita mahukan dan baca berulang kali setiap hari pagi dan petang. Pengulangan bacaan ini akan membuatkan kita lebih fokus dengan matalamat kita. Apabila kita fokus, otak memberi tindak balas dengan matlamat tersebut. Ibarat memberi arahan pada diri kita berulang kali, barulah kita mampu bergerak sejajar dengan apa yang kita mahukan.


Apa yang diceritakan oleh Rock Thomas dalam youtubenya, bagaiaman beliau mengubah pemikiran lamanya. Beliau menyebut " I am ruggedly handsome' berkali-kali setiap saat sehingga, perkataan itu mampu mengubah pemikirannya. Bukan krittikan orang yang melemahkan kita sebenarnya tetapi cara kita memandang diri sendiri itu yang penting. Adakan kita memandang diri sebagai orang lemah atau mempunyai kebolehan tersendiri. Jaga-jaga dengan permikiran negatif kita, itulah yang membunuh semangat diri kita. Mulai hari ini, fikir apa yang kita mahukan ulang berulang kali. Kata-kata ibarat doa, jika satu hari kita selalu bercakap yang baik dengan diri sendiri insyaallah yang datang baik-baik. Jika kita berlaku sesuatu yang buruk kita tetap tenang menghadapinya. 



Allah mengikut sangkaan hambanya, yakini diri dan  berbaik sangkalah pada Allah S.W.T.

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra


*Kuasa doa

Jangan lupa sehebat mana pun kuasa minda, kita sebagai surirumah mempunya keterbatasan dalam pergerakan terutama apabila anak-anak masih kecil. Di sinilah lkita perlu berdoa dan bergantung harap pada Nya. Moholah semoga dipermudah urusan menjaga keluarga dan menguruskan rumah tangga sambil menambah pendapatan berniaga dari rumah. 


Ulasan