Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 16 Januari 2019

Rumah Kontena dalam buku Rezeki Luar Biasa Surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim...

Salah seorang penulis buku Rezeki Luar Biasa Surirumah menceritakan pengalamannya bertemu empat mata dengan salah seorang penulis buku rezeki ajaib.

Kisah Kontena Buruk Berjuta Nilai πŸ˜±
Kisah rezeki hari ini, kami di bawa ke Kampung Pachitan, Port Dickson untuk lihat rumah kontena dan roomstay kabin di sana.
Sangat teruja melihat rumah kontena berjuta nilai seperti yang di kisahkan dalam buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah πŸ˜
Terima kasih Puan Rinie Naim sudi terima kunjungan kami. Berpeluh-peluh Kak Rien tunjuk dan terangkan pasal rumah kontena dan kabin beliau.
Sampai 2 kali kami minum air oren Kak Rien yang sedap tu πŸ˜‚πŸ₯°
Maklumlah sampai PD dah tengah hari rembang πŸ˜…. Tapi bila angin mula menghembus sepoi-sepoi bahasa, terasa seronoknya lahai.
Dok membayangkan jika ada usahawan/pelabur berminat nak buat yang sama di tanah kami yang terletak di Langkawi, alangkah bestnya. Boleh kawtim sampai jadi ni πŸ˜
Dalam dok menyembang tu, sempat lagi mengorek tips rezeki luar biasadari Kak Rien.
1. Bayangkan apa yang kita nak secara terperinci seolah-olah kita dah dapat apa yang kita hajat/inginkan.
2. Panjatkan kesyukuran (in advance) kepada Allah seolah-olah kita dah dapat apa yang kita angankan tadi.
Tips ini sebenarnya, mendidik diri berbaik sangka pada-Nya. “Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”
Alhamdulillah a'la kulli hal πŸ’–








Himpunan Rezeki Luar Biasa



Assalammualaikum sahabat
Asalnya saya mahu buku kan kisah-kisah #rezekiajaib yang terjadi pada saya sepanjang 7 tahun menjadi suri rumah. Banyak sungguh. Memang benar janji-janji Allah itu. Namun selepas menulis hari demi hari, saya rasa, saya patut himpunkan kisah-kisah luar biasa yang terjadi pada ibu-ibu surirumah yang lain. Saya yakin kasih sayang Allah itu tiada sempadannya. Benar ramai pernah merasainya.
Kisah suri rumah banyak yang luar biasa. Banyak kali Allah berikan rezeki-rezeki tak terduga. Kita semua pernah alami. Justeru itu saya mengajak ibu-ibu diluar sana berkongsi cerita dengan saya. Ia akan dihimpunkan dalam satu buku. Moga ia menjadi bahan bacaan motivasi dan semangat buat ibu-ibu yang sedang atau baru saja bergelar ibu suri rumah sepenuh masa.
Ingat tak kisah si ibu yang tak pernah lepas mengucap bismillah? Satu hari suaminya membawa pulang sebuah guni berisi ular. Mahu saja dia berharap si ular mematuk isterinya kerana dia benci akan isterinya yang lagak soleh dan tidak lepas dengan kalimah bismillah setiap melakukan pekerjaan. Dengan kuasa Allah, semasa si ibu mahu membuka guni tersebut, dia seperti biasa mulakan dengan ucapan bismillah dan kemudian menyeluk guni itu. Subhanallah, dia menggenggam beribu-ribu keping wang emas. Si suami kebingungan. Kenapa ular bertukar menjadi emas?
Begitulah rezeki luar biasa yang hadir apabila kita bersangka baik kepada Allah. Dan janji Allah, akan hadir rezeki pada setiap anak. Dan akan bertambah rahmat dan kasih sayang apabila bantu pelihara rumah suami. Ayuh kongsiakan kejadian luar biasa yang kalian alami. Kemudahan yang diperolehi, rezeki yang datang berkunjung atau kegembiraan yang dirasai.
Moga ia bantu meningkatkan motivasi ibu-ibu yang sedang bergelut dengan tenaga dan emosi kerana "terpaksa" pulang ke rumah setelah mempunyai kerjaya atau pendidikan tinggi kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
Khairunnisa Hamzah
Salah seorang penulis Buku Rezeki Luar Biasa Surirumah. 

Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Pandangan kasar terhadap buku Rezeki Luar Biasa Surirumah

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim..

"Dila, rezeki luar biasa ini bagi tip nak dapat banyak duit ke?"
" Bukan begitu, rezeki luar biasa ni maksudnya rezeki yang tak tersangka. Bukan duit semata-mata."
Rezeki adalah segala bentuk pemberian daripada Allah yang dapat dimanfaatkan yang datangnya dalam bentuk material mahupun spritual, dunia dan akhirat. Contohnya, makanan dan pakaian, masa yang terasa cukup, anak yang soleh dan solehah, pasangan yang baik dan beriman, kesihatan dan hikmah.
Uztaz Abu Maryam (13 Tip Menjemput Rezeki)
Dalam buku Rezeki Luar Biasa Surirumah, rezeki yang dikongsikan penulis berbeza-beza. Rezeki orang bagi kuih ketika mengidam, rezeki menunaikan umrah ketika hutang masih tak terlunas, rezeki anak yang baik, dan ada banyak lagi bentuk rezeki yang diceritakan dalam buku ini. Jika kita memandang wang adalah satu bentuk rezeki semata boleh sakit jiwa dibuatnya. Rezeki ini pemberian Allah yang membuatkan kita senang dikala kita mengharungi cabaran dunia yang menyakitkan. 

Jom dapatkan buku ini, untuk pengubat lara semua. 

Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Jahit getah rambut

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..



Benda paling mudah buat, paling senang hilang. Beli la banyak-banyak, hilang juga akhirnya.

Benda yang paling wajib ada terutama kalau anak dara ramai. Jahit banyak-banyak kemudian simpan. Setiap kali nak keluar berjalan, mesti tertekan kalau hilang. Tanya anak mesti tak tahu sahaja jawapannya. 



Selasa, 15 Januari 2019

Beg pensil daripada crazy Quilt.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Hasil daripada crazy quilt, kita buat beg pensil dulu. Tanpa kain gam agak lembik sedikit. Mungkin lebih elok letak kain gam dalamnya.




Jumaat, 11 Januari 2019

Salah faham ajaran ibu.

Teks: Dalila Yusof
Bimillahiraminirahim..

" Ibu dah siap masak ni, jangan banyak rungutan. Makan je apa yang ada. Kalau kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan bagi lebih lagi. Jangan kritik makanan, itu rezeki yang ada. " Pesan aku setiap kali makanan terhidang.
Anak-anak bersifat memilih. Tak boleh makan ayam berhari, lauk mestilah berbeza setiap hari. Hari ini nak ikan, esok nak daging, tulat nak ayam, langkat nak sup telur.
Dan hasil pemahaman pesanan daripada aku, anak-anak sudah pandai membodek.
" Sedapnya ibu masak, macam hotel 5 star. "
" Tak sedap makanan ni, tapi makan jelah Allah yang beri
rezeki. "
" Sedapnya ibu masak, tapi masin sedikit, "
Tapi jamahnya sedikit sahaja. pujinya berlebihan.

Takrifan ibu yang baik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Takrifan ibu yang baik.
Petang semalam, bergolek-golek dikatil bersama Aisyah dan Aina dengan harapan tidurkan 2 orang budak kecil ni.
Aisyah bertanya suatu soalan, "Betul ke ibu ni, ibu Aisyah?. Ibu selalu marah Aisyah. "
" Aisyah nak ibu baru ke? " laju sahaja soalan keluar daripada mulut aku.
" Taklah Aisyah tanya je, mak orang lain baik je. Tak selalu marah anak. " Dan mata dia pun terlelap selepas meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.
Mesti kat sekolah cerita ibu garang ni.

Rumah Kontena dalam buku Rezeki Luar Biasa Surirumah

Teks: Dalila Yusof Bismilahirahmanirahim... Salah seorang penulis buku Rezeki Luar Biasa Surirumah menceritakan pengalamannya bertemu emp...