Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 8 November 2018

Teori mendidik anak Facebook

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Sewaktu belum menjadi seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata, aku suka membaca tips tidak memarahi anak. Kebanyakan tip di internet ini mengambarkan bahawa seorang ibu yang baik tak akan sekali pun memarahi anaknya. Walaupun anaknya nakal yang amat. 

Hakikatnya, untuk menghadapi kesabaran anak dengan keletihan badan yang teramat apabila mengurus mereka yang bergantung kepada kita 24 jam sangatlah menyesakkan. Adakala, aku sangat meluat dengan nasihat jangan bagi anak tertekan mengikut kata ahli psikologi barat. Takut mereka akan membunuh diri. 

Budak mereka masih tak  tahu nak berfikir dengan baik. Anak-anak masih mengharapkan 100 % pada kita. Inikan menentukan apa yang terbaik buat diri sendiri. Kitalah yang menentukan apa yang baik atau tak baik untuk mereka. Jangan sebab mahu jadi ibu yang tak marah-marah kita pun jadi tertekan dan meroyan. 


Orang kata jadi ibu kena sabar, jangan bebel dan jangan menyinga. Rotan sikit dah kata dera. Kalau anak nakal , orang tuduh tak ajar. Patutlah, mak-mak sekarang depresi. Banyak sangat pantang larangnya. Anak-anak seperti disuruh dilayan seperti raja yang tak boleh dibangkang kata-katanya. Marah sedikit tidak boleh, jangan bagi letih, jangan bagi tertekan. 

Yang sebetulnya, kita perlu ajar mereka sabar apabila dimarahi, kebal apabila dibebel dan hormat orang tua. Sampai bila kita mampu nak melindungi mereka seperti bayi kecil. Satu hari nanti jangan kerana kita ni terlalu melindungi mereka jadi manusia yang lemah. Kena marah mahu bertumbuk, kena bebel mahu saman. Jangan siapa pun tegur mereka. Apabila dimarahi pasangan terus lari cari pengganti. Mereka mahu yang indah-indah belaka. Lagi teruk mereka mahu bunuh diri hanya dengan masalah yang boleh diselesaikan cuma mengambil masa sahaja. Jika anak begini salah siapa? 

Rotan dan marah bukanlah sepanjang masa. Marah untuk mendidik dan tegas supaya mereka buat apa yang perlu dibuat misalnya kerja sekolah. Ada juga ibu bapa yang tolong siapkan kerja sekolah semata-mata mahu anak berehat. Waktu mereka buat silap kena marah dan terangkan bagaimana belajar buat kesilapan. Ilmu keibubapaan ni luas jangan terlalu bergantung pada sesuatu sumber. Dan hati-hatilah memilih ilmu di internet ni. Kadang-kadang, kita perlu melihat anak kita bagaimana, tak sama dengan anak orang lain. Kadang-kadang, kalau lembut tak jalan. Baru kita rotan. 

"Ibu marah tandanya sayang. " antara isi perbualan anak-anakku. Ya, aku ibu yang garang. Selalu yang menjadi kegeraman apabila anak-anak diajar benda baru. Mereka seakan takut mahu melakukannya, risau gagal. Peranan ibu sebagai motivator dan pemaksa supaya mereka berani mencuba. 

"Kina, tak tahulah ibu." mata dia berkaca-kaca, menahan air mata yang jatuh. Belajar matematik operasi tambah dan tolak baginya sesuatu yang baru. Cukup sukar nak melekat dalam kepala. Bukan aku suruh dia pandai seperti Adi Putra. Tapi aku mahu dia berlatih supaya dia makin faham. Bagi dia perkara paling mudah adalah aku menolong siapkan semua kerja sekolah matematiknya. 

"Boleh, Kina boleh buat. Kinakan anak ibu, mesti boleh buat. Dulu, Kina macam-macam tak reti buat. Sekarang dah makin mahir. Inikan matematik, berlatihlah. Tiada siapa pun terus pandai. " 

" Tak boleh juga, susahlah. asyik salah je ni. " Kina meraung depanku. Seboleh-boleh disuruhnya aku menyiapkan kerja sekolahnya. Entah siapa yang mengajar dia, semua perlu cantik dan pandai tanpa perlu berlatih. 

" Okeylah, dengan kuasa ibu, akan menghukummu. " aku sudah memegang rotan panjang di tangan kananku. Barulah, dia menghadap buku latihan matematiknya, sambil teresak-esak menangis. Ini baru satu contoh, itu belum suruh basuh pinggan, sapu lantai, sidai kain dan bermacam lagi. Tak tahu, tak tahu, itulah alasan yang dipakai. Baru disuruh sudah menangis, belum buat kerja lagi. Ini pun sebab mak menyinga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...