Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Jumaat, 16 November 2018

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Saling sokong menyokong
Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk mendapatkan kesejahteraan di dunia.
Yang bekerja memerlukan pengasuh untuk menjaga anak mereka.
Yang sakit perlukan doktor dan para petugas perubatan untuk merawat penyakit.
Apabila kita lapar, kita perlu ke kedai untuk membeli bahan-bahan mentah membuat makanan. Itu usaha si pekedai mengeluarkan modal untuk membeli stok bahan mentah.
Yang kaya perlukan tenaga dan masa si miskin untuk menyiapkan kerja.
Yang miskin perlukan wang si kaya untuk menampung kehidupan keluarga.
Yang mati perlukan si hidup untuk menguruskan pengebumiannya.
Yang hidup perlukan si mati untuk mengingatkan masa di dunia hanya sementara.
Jangan sombong apabila kita di atas dan berjaya kerana tanpa kita sedar yang dibawahlah yang menolong menolak kita di atas.
Inilah sebabnya Tuhan ciptakan kegagalan dulu baru berjaya. Supaya manusia tahu betapa peritnya usaha sebelum mengecap manisnya kejayaan. Agar manusia tidak mendabik dada dialah tuhan.
Dalila yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rumah Kontena dalam buku Rezeki Luar Biasa Surirumah

Teks: Dalila Yusof Bismilahirahmanirahim... Salah seorang penulis buku Rezeki Luar Biasa Surirumah menceritakan pengalamannya bertemu emp...