Ulasan filem Sanju 2018

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum...



Filem ini diadaptasi daripada kisah hidup pelakon terkenal Sanjay Dutt. Betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah tetap menerima anaknya walaupun Sanju seorang anak yang bermasalah dan teruk.   Perangai buruk Sanju bermula apabila dia terpengaruh dengan najis dadah alasannya dia tertekan dengan ketegasan bapanya. Dia malu apabila bapanya menengking dia dihadapan orang ramai kerana dia menipu tidak merokok semasa pengambaran filemnya. Ketegasan bapanya semata-mata mahu hasrat ibunya, Nargis sempat melihat Sanju menjadi pelakon popular tercapai. Namun ibunya meninggal dunia 3 hari sebelum pelancaran filem Sanju yang pertama, Rocky.

Terkesan dengan kematian  ibunya, Sanju meminta bapanya menghantarnya ke Pusat Permulihan di Amerika.  Dia berjaya bebas daripada dadah selama 18 bulan, pulang ke India dia nekad  dia memutuskan hubungan dengan kawan yang digelarnya 'God' si pengedar dadah. Sanju berjaya mematahkan percubaan 'God' yang ingin meraikan kepulangan Sanju dengan memberikan Sanju dadah sedangkan dia hanya mengambil serbuk glukosa. Sanju kini benar-benar tekad menjauhkan diri daripada dadah.

Sanju sangat bernasib baik apabila rakan baiknya, Kamli sentiasa memberi semangat kepadanya untuk  meninggalkannya  daripada dadah. Apabila dia memerlukan seorang sahabat. Kamli sanggup terbang dari New York ke India untuk menenangkan Sanju. Kamli sanggup menggunakan duit syiling yang pada mulanya digunakan untuk membeli kereta  tetapi digunakan untuk membeli tiket kapal terbang ke India. Kamli berusaha memujuk Ruby mengahwini Sanju, apabila berjaya memujuk Ruby tetapi digagalkan sendiri oleh Sanju. Sanju berkhayal didalam bilik airnya, sedangkan Ruby menunggu di pejabat pendaftaran perkahwinan. Malahan, Sanju menjual rantai perkahwinan mereka kepada 'God' untuk membeli dadah.

Namun masalah kedua pula muncul apabila dia dituduh pengganas kerana menyimpan dan memiliki senjata api ketika itu  Mumbai diserang pengganas. Walaupun dia telah musnahkan senjata tersebut namun namanya terpalit sekali apabila rakan yang memberikannya senjata api tersebut ditangkap polis. Selama dia di penjara, ayahnya tidur dilantai dan rela kepanasan tanpa kipas kerana mahu merasai apa yang dirasakan oleh Sanju. Paling tragis, apabila penjara yang dihuni oleh Sanju dilimpahi air kumbahan najis yang keluar dari lubang tandas.

Keluar dari penjara, apabila namanya meningkat naik dalam industri lakonan dia dituduh pengganas lagi apabila terdapat trak berisi bom berhampiran rumahnya. Suratkhabar menggelarnya pengganas tanpa polis atau mahkahamah membuktikannya. Paling sedih, apabila Kamli meninggalkan Sanju bertahun lamanya tanpa khabar kerana terpengaruh dengan tajuk akhbar yang mengatakan Sanju seorang pengganas. 

Ayahnya sentiasa berjuang demi dia dan tidak pernah putus asa, dan sentiasa bersabar dengan karenah Sanjay. Sunil Dutt sanggup berlakon bersama dengan Sanjay memegang watak ayah dalam filem Munabhai M.B.S semata-mata mahu mendisplinkan dia. Malahan, ayahnya juga bertemu dengan editor suratkhabar yang menulis cerita palsu tentang Sanju. Berita suratkhabar banyak mengelirukan pembaca dengan meletakkan tanda soal bukan noktah. Sunil Dutt memberi amaran kepada editor supaya jangan menulis tentang kematian anaknya kerana yakin Sanju akan menjadi bintang popular semula. Dan kata-kata ini menjadi kenyataan apabila filem Munabhai M.B.S berjaya melonjakkan kembali nama Sanju hingga Sunil Dutt menitis air mata kegembiraan. Sunil Dutt juga mengajar  Sanjay erti  etika kerja melalui muzik yang dipasang dalam kereta. Muzik ini dipanggil Master 2 yang dipasang sebulan dalam kereta dan memaksa Sanja membuat 'lip sync' mengikut rentak lagu  untuk menjiwai lagu tersebut.

Namun, bapanya tidak sempat memberikan Sanju lagu Master ke  3 yang mengajar dia untuk mengendahkan  kritikan orang padanya. Bapanya meninggal dunia dalam tidur dan Sunil tidak sempat mendengar ucapan penghargaan Sanju terhadapnya. Sanju meyelitkan kertas ucapan tersebut di kocek bapanya sebelum upacara pengebumian bapanya.

Filem ini banyak memberikan pelajaran hidup kepada penonton filem. Walaupun bapa dan ibu  merupakan orang yang hebat, Kita tak boleh mewarisi kehebatan itu tanpa usaha keras. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Semua orang perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan sendiri. Walaupun ramai yang menolong kita, kita tak mampu mencapai kejayaan jika kita sendiri yang tidak mahu berusaha.

Filem ini juga  banyak mengambarkan sisi jahat penulis berita yang banyak menambah rempah untuk menyedapkan berita supaya surat khabar mereka laku terjual. Kebanyakan suratkhabar ketika itu, terlalu  ekstrim dan meletakkan tanda soal setiap tajuk berita mereka yang mereka juga tidak tahu kesahihannya. Penulisan seperti 'James Bond' mempunyai lesen membunuh. Menerusi penulisan yang cukup menyakinkan mampu menjadi alat pembunuhan yang tak mampu dibuktikan di mana-mana mahkamah. Jadi penulis perlu bertanggungjawab setiap isi penulisan kerana penulisan mampu membunuh kehidupan seseorang. Kesannya si penulis tak merasainya tetapi kehidupan orang yang ditulis itu merana. Jangan menyara hidup hasil kesengsaraan orang lain. Jadilah seperti Winnie, penulis biografi yang sanggup terbang ke New York bertemu Kamli untuk mengesahkan cerita buruk tentang Sanju. Jaga-jaga dengan penulisan anda dan selamat menonton.

Ulasan