Takrifan Rezeki Dalam Islam

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

"Dila, rezeki luar biasa ini bagi tip nak dapat banyak duit ke?"

" Bukan begitu, rezeki luar biasa ni maksudnya rezeki yang tak tersangka. Bukan duit semata-mata." Pertanyaan itu membuatkan aku tersentak. Aku kehilangan kata-kata, untuk menjelaskan pertanyaan begitu. Menjelaskan konsep rezeki kepada orang yang memahami hanya wang adalah rezeki semata-mata membuatkan aku kaget sebentar. Ya, menulis dan bercerita sebenarnya tidak sama. Bercerita memerlukan idea yang sepontan, manakala menulis kita boleh berfikir sebentar dan mencari bahan bacaan untuk dijadikan rujukan.

Hinggalah aku membaca 13 Tip Menjemput Rezeki tulisan Uztaz Abu Maryam membuahkan idea supaya aku mampu menulis tentang makna sebenar rezeki. Rezeki ini mempunyai pengertian yang luas bukan terhad kepada material seperti wang dan pangkat. Rezeki  adalah segala bentuk pemberian daripada Allah yang dapat dimanfaatkan yang datangnya dalam bentuk material mahupun spritual, dunia  dan akhirat. Contohnya, makanan dan pakaian, masa yang terasa cukup, anak yang soleh dan solehah, pasangan yang baik dan beriman, kesihatan dan hikmah.

Menurut al-Imam Al-Ghazali, terdapat 2 jenis rezeki, rezeki lahiriah dan rezeki batiniah. Rezeki lahiriah terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang diperlukan untuk tubuh, manakala rezeki batiniah berbentuk pengetahuan (al-ma'arif) dan penyingkapan rohaniah (al-mukasyfat) yang merupakan keperluan hati (al-qulub) dan rahsia   (al-asrar).

Misalannya, jika kita lihat orang yang berharta, mempunyai pangkat dan wang  namun kedekut mengeluarkan zakat serta menolong orang yang susah. Orang ini, hanya kaya rezeki lahiriahnya, namun miskin dari segi rezeki batiniah.  Manakala, orang yang kedua, Allah s.w.t menguji dia dengan kemiskinan harta, malahan merempat di tepi jalan dan tiada kenderaan, namun hatinya tidak mengeluh dan sentiasa bersabar. Maka, orang ini hanya miskin rezeki lahiriahnya namun kaya rezeki batiniahnya.

Berminat utk order, Sila klik ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡






Ulasan