Rezeki ikut ibu

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum

Rezeki ikut ibu.
Pagi isnin, aku membawa bersama 2 orang anakku membeli ayam di kedai ayam. Si Aina sentiasa menarik perhatian pelanggan dan pekerja di situ untuk mengagahnya dan mengusiknya. Si kecil ni, bukan mesra alam, cepat-cepat berselindung di dibalik kaki ibunya sambil membuat muka toya, langsung tiada perasaan.
Si lelaki Pakistan, yang duduk di meja berhadapan tempat kami menunggu giliran suka benar mengusik si Aina. Sesekali dia akan berbual dengan pekerja kedai di situ. Usai membayar ayam yang siap dipotong, si lelaki tadi mengeluarkan not biru 2 keping daripada dompetnya. Dia menghulurkan pada Kina dan Aisyah seorang sekeping not biru. Mata Aina terkebil-kebil, tapi tangan dihulur dan mengambil duit tersebut. "Nanti beli aiskrim tau." pesan lelaki tersebut sambil berlalu pergi.
"Terima kasih ya." cepat-cepat aku mengucapkan terima kasih. Budak kecil dua orang ni masih terkebil-kebil, agaknya terkejut dapat duit di kedai ayam. Dan Si Aina menuntut aiskrim di kedai, selagi tak dapat dia akan memanjat peti aiskrim dan mlalak disitu.
Sudah dua kali, jumpa orang begini, bagi duit pada si kecil secara tiba-tiba. Semoga murah rezeki mereka. Sedekah ini, dimana-mana pun kita boleh beri

Ulasan