Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Isnin, 29 Oktober 2018

Perubahan manusia sekelilingku.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum, melihat anak-anak yang semakin membesar membuatkan rasa rindu pada zaman mereka masih bayi menerpa. Segalanya bergerak dengan laju. Masa yang telah berlalu tak mungkin kembali semula. Hari ini, kita masih muda melihat mereka didepan mata. penat yang tak terkata. Adakala, membebel sepanjang masa mengajar anak tentang kehidupan yang hanya sementara.

Rakan dan keluarga yang bersilih ganti pergi daripada aku, memaksa aku menghargai setiap orang yang ada dengan aku kini. Hari ini, anak-anak akan sentiasa disisi. Hampir setiap malam, Kina dan Aisyah berebut mahukan aku memeluk mereka. Dan Aina terkepit ditengah, adakala datang amukannya dia pantas menolak kakak-kakak pergi jauh dari ibu. Semua ini gara-gara mereka tertonton filem seram yang dibuka oleh baba. Ibulah menjadi mangsa ketakutan mereka.

"Ibu, Kina takut." Dia menangis sambil mengesat air mata yang jatuh dipipinya. Sejurus Aisyah dan Aina tertidur. Aku cepat-cepat memeluk erat badannya yang keding. Dia tertidur dalam pelukan aku, manjanya Kina. Mungkin dia masih tak puas bermanja.

Setiap hari, aku pastikan aku sempat memeluk anak-anakku sambil aku bisikkan jangan lupa aku apabila sudah berjauhan. Dalam hati aku berdoa supaya mereka sentiasa berada dalam jagaan Allah S.W.T. Beberapa tahun ini, aku masih mampu memeluk mereka setiap hari. Bercerita, membebel dan bergaduh dengan mereka. Satu hari nanti pasti aku rindu dengan kenakalan dan telatah mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...