Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 25 Oktober 2018

Cair dengan senyumanmu

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


" Awak ni, saya tak jadi marah melihat senyuman awak tu." Perasaan marah seorang guru pada si Zahid terus terpadam, apabila dia tersenggih menampakkan barisan giginya yang teratur dan cantik. Pelajaran yang aku belajar dari kawan sekolah ni, jangan melenting kalau orang tegur. Balas sahaja dengan senyuman.
Tak kiralah salah faham atau salah siapa. Yang pasti senyuman mampu melarut kemarahan sesiapa sahaja. Melawan hanya menyimbah minyak dalam api kemarahan yang membara.
Acapkali aku marah anak-anak mereka juga suka tersengih seperti kerang busuk. Hati seorang ibu terus larut dengan senyuman nakal mereka. Mungkin terkenan dengan tingkah laku si Zahid ni. Atau dah kebal dengan bebelan dan amarah ibunya. Anak-anak makin cerdik menghadapi emosi ibunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...