Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Isnin, 29 Oktober 2018

Perubahan manusia sekelilingku.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum, melihat anak-anak yang semakin membesar membuatkan rasa rindu pada zaman mereka masih bayi menerpa. Segalanya bergerak dengan laju. Masa yang telah berlalu tak mungkin kembali semula. Hari ini, kita masih muda melihat mereka didepan mata. penat yang tak terkata. Adakala, membebel sepanjang masa mengajar anak tentang kehidupan yang hanya sementara.

Rakan dan keluarga yang bersilih ganti pergi daripada aku, memaksa aku menghargai setiap orang yang ada dengan aku kini. Hari ini, anak-anak akan sentiasa disisi. Hampir setiap malam, Kina dan Aisyah berebut mahukan aku memeluk mereka. Dan Aina terkepit ditengah, adakala datang amukannya dia pantas menolak kakak-kakak pergi jauh dari ibu. Semua ini gara-gara mereka tertonton filem seram yang dibuka oleh baba. Ibulah menjadi mangsa ketakutan mereka.

"Ibu, Kina takut." Dia menangis sambil mengesat air mata yang jatuh dipipinya. Sejurus Aisyah dan Aina tertidur. Aku cepat-cepat memeluk erat badannya yang keding. Dia tertidur dalam pelukan aku, manjanya Kina. Mungkin dia masih tak puas bermanja.

Setiap hari, aku pastikan aku sempat memeluk anak-anakku sambil aku bisikkan jangan lupa aku apabila sudah berjauhan. Dalam hati aku berdoa supaya mereka sentiasa berada dalam jagaan Allah S.W.T. Beberapa tahun ini, aku masih mampu memeluk mereka setiap hari. Bercerita, membebel dan bergaduh dengan mereka. Satu hari nanti pasti aku rindu dengan kenakalan dan telatah mereka.


Khamis, 25 Oktober 2018

Cair dengan senyumanmu

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


" Awak ni, saya tak jadi marah melihat senyuman awak tu." Perasaan marah seorang guru pada si Zahid terus terpadam, apabila dia tersenggih menampakkan barisan giginya yang teratur dan cantik. Pelajaran yang aku belajar dari kawan sekolah ni, jangan melenting kalau orang tegur. Balas sahaja dengan senyuman.
Tak kiralah salah faham atau salah siapa. Yang pasti senyuman mampu melarut kemarahan sesiapa sahaja. Melawan hanya menyimbah minyak dalam api kemarahan yang membara.
Acapkali aku marah anak-anak mereka juga suka tersengih seperti kerang busuk. Hati seorang ibu terus larut dengan senyuman nakal mereka. Mungkin terkenan dengan tingkah laku si Zahid ni. Atau dah kebal dengan bebelan dan amarah ibunya. Anak-anak makin cerdik menghadapi emosi ibunya.

Rabu, 24 Oktober 2018

Jurnal Rezeki Luar Biasa Surirumah bah 1

Teks:Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kelahiran buku sulung

Assalamulaikum, hampir mencapai umur 5 bulan dipasaran buku ini. Alhamdullilah, berjaya juga menerbitkan buku bersama 21 orang rakan-rakan penulis yang lain. Buku ini diterbitkan sendiri, membuatkan liku-liku perjalanan untuk menerbitkan sendiri sangat memeritkan. Kami perlu sediakan wang modal sendiri bagi menerbitkannya.

Melalui buku ini, pada mulanya saya hanya menghantar 1 buah karya sahaja bertajuk Rezeki Anak Ramai. Kemudian, digasak oleh Puan Nisa menghantar 1 lagi karya dalam tempoh kurang 24 jam. Katanya, idea yang dijana dalam keadaan terdesak lebih bagus dan mantap. Maka, terlahirlah satu lagi karya Ibu Masuk TV. Saya belasah sahaja kali ini, saya mahukan sesuatu yang mampu mengerakkan penulisan saya maju kehadapan. Bukan setakat di Facebook dan blog sahaja. Alhamdullilah, Puan Nisa memuji cerita saya sangat menarik, dan tertarik untuk membacanya. Puan Nisa pernah menjadi guru blog saya, pujiannya merupakan pencapaian baik buat saya.

dirasmikan oleh Ayah Kak Nisa. 


Paling tidak dilupakan apabila  majlis penyerahan buku pada 13 Mei 2018 kepada setiap penulis buku Rezeki Luar Biasa. Waktu itu, seronoknya berjumpa hampir semua rakan penulis buku ini. Banyak sungguh makanan yang dibawa. Hari hujan memaksa kami berhimpit di rumah kecil Kak Nisa. Bermula lewat pukul hampir pukul 6 petang hinggalah berakhir hampir pukul 8 malam.

Waktu paling seronok mengutip tandatangan setiap penulis yang hadir buat kenangan. Semoga ada rezeki berjumpa kalian lagi. Buku ini dilancarkan dalam masa yang singkat, Kak Nisa bijak menekan kami untuk bergerak ke depan. Terima kasih Kak Nisa, kalau dia tak bersungguh mungkin masih melanggut di depan Facebook la gamaknya. 
Penyerahan buku. 


Waktu ini, berdebar rasanya. Tak tertanggung nak lari. Tapi kaki ibarat digam. Senyum depan kamera, ini pengalaman yang takkan mampu diulang berkali-kali. Ya, pengalaman kali pertama memegang buku sendiri. Indahnya dunia, tak sangka sudah bergelar pernulis buku. Bukan nama yang dicari, tapi mahu menyebarkan ilmu yang sedikit buat tatapan pembaca semua. Anak-anak sudah merintih mahu pulang, namun ibu masih terpaku di majlis ini.

Hasilnya, keyakinan saya semakin bertambah, mengalami tekanan di rumah dengan tangisan anak kecil membuatkan saya diselimuti blur setiap hari. Keyakinan makin menjunam ke dasar laut yang mendalam. Adakala lemas dengan anak yang seringkali mengekor sepanjang hari malahan ke tandas. Tak disangka penulisan saya dibukukan bersama penulis yang hebat belaka. Ada penulis yang sudah mempunyai buku sebelum ini. Terasa kerdil diri ini.

Namun, penulisan membuatkan saya makin teliti setiap perilaku anak-anak depan mata. Tak tersangka, apabila dibaca gelagat mereka saya mampu tertawa kecil.  Adakala, kita memandang anak-anak sebagai beban kerana sentiasa mahu yang terbaik daripada mereka. Mahu mereka berjadual seperti robot lagaknya. Berdisplin tanpa dipaksa. Tak perlu dimarah dan dibebel setiap hari. Namun paksaan itu perlu supaya anak keluar dari zon selesa dakapan ibu.

Bebelan kita adalah terapi supaya anak-anak makin memahami kita. Buktinya kakak, sudah faham jika ibu mula meninggikan suara. Cepat-cepat dia menghabiskan tugasan. Menulislah wahai ibu, suatu hari nanti apabila rindu datang menyerbu, kita ubati dengan gelagat mereka waktu kecil yang manja dan nakal.

Kak fotofon yang manis





Takrifan Rezeki Dalam Islam

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

"Dila, rezeki luar biasa ini bagi tip nak dapat banyak duit ke?"

" Bukan begitu, rezeki luar biasa ni maksudnya rezeki yang tak tersangka. Bukan duit semata-mata." Pertanyaan itu membuatkan aku tersentak. Aku kehilangan kata-kata, untuk menjelaskan pertanyaan begitu. Menjelaskan konsep rezeki kepada orang yang memahami hanya wang adalah rezeki semata-mata membuatkan aku kaget sebentar. Ya, menulis dan bercerita sebenarnya tidak sama. Bercerita memerlukan idea yang sepontan, manakala menulis kita boleh berfikir sebentar dan mencari bahan bacaan untuk dijadikan rujukan.

Hinggalah aku membaca 13 Tip Menjemput Rezeki tulisan Uztaz Abu Maryam membuahkan idea supaya aku mampu menulis tentang makna sebenar rezeki. Rezeki ini mempunyai pengertian yang luas bukan terhad kepada material seperti wang dan pangkat. Rezeki  adalah segala bentuk pemberian daripada Allah yang dapat dimanfaatkan yang datangnya dalam bentuk material mahupun spritual, dunia  dan akhirat. Contohnya, makanan dan pakaian, masa yang terasa cukup, anak yang soleh dan solehah, pasangan yang baik dan beriman, kesihatan dan hikmah.

Menurut al-Imam Al-Ghazali, terdapat 2 jenis rezeki, rezeki lahiriah dan rezeki batiniah. Rezeki lahiriah terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang diperlukan untuk tubuh, manakala rezeki batiniah berbentuk pengetahuan (al-ma'arif) dan penyingkapan rohaniah (al-mukasyfat) yang merupakan keperluan hati (al-qulub) dan rahsia   (al-asrar).

Misalannya, jika kita lihat orang yang berharta, mempunyai pangkat dan wang  namun kedekut mengeluarkan zakat serta menolong orang yang susah. Orang ini, hanya kaya rezeki lahiriahnya, namun miskin dari segi rezeki batiniah.  Manakala, orang yang kedua, Allah s.w.t menguji dia dengan kemiskinan harta, malahan merempat di tepi jalan dan tiada kenderaan, namun hatinya tidak mengeluh dan sentiasa bersabar. Maka, orang ini hanya miskin rezeki lahiriahnya namun kaya rezeki batiniahnya.

Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡






Si Kuat buli

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

.
Malam tadi, berlaku perebutan 'remote tv' antara 2 beradik. Si Aina terus merampas 'remote' daripada Kak Aisyah. Tindakan yang senyap dan pantas. "Ibu, Aina tak bagi tengok Tic Toc. " Pening mendengarnya, Aisyah kuberi telefon pintar.
"Sekejap je tau." Aisyah hanya mengangguk sahaja mengiyakan. Sekejap sahaja telefon pula dirampas. Kecil lagi dah buli kakak, aduilah si Aina ni.

Selasa, 23 Oktober 2018

Ujian dan hukum inersia

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.. 


Ujian memaksa manusia melawan hukum inersia dalam diri' Hukum inersia menyatakan bahawa sesuatu objek pegun akan tetap pegun, sesutu yang bergerak akan tetap bergerak kecuali dikenakan daya luar.
Realiti hidup kita, seorang manusia kekal dengan tabiat dan perangainya, kekal dalam zon selesanya kecuali Allah s.w.t turunkan ujian kepadanya barulah dia berubah.
Catatan 19/10/2018

Kain corak kartun, bunga dan abstrak

1 PASANG - RM75 TERMASUK POS (SM)
3 PASANG - RM220 TERMASUK POS (SM)
5 PASANG - RM340 TERMASUK POS (SM)
SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter
BORONG:
10 PASANG (Min) - RM580 TERMASUK POS (SM)
SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter.
_________________________________________
Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





















Kain corak kartun dan abstrak

Kain jappanese cotton
1 PASANG - RM75 TERMASUK POS (SM)
3 PASANG - RM220 TERMASUK POS (SM)
5 PASANG - RM340 TERMASUK POS (SM)
SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter
BORONG:
10 PASANG (Min) - RM580 TERMASUK POS (SM)
SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter.
_________________________________________
Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡






















Bean bag patung

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Selalukan kalau anak-anak mengumpul patung sampai tak cukup ruang dah rumah.  Tak semak sangat jahit sarung bantal besar ala-ala bean bag. Bahagian dalam sumbat anak patung.

Apabila hati dan otak bersatu.

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Hari tu berangan buat beg punjut daripada kain perca. Gigih gunting, cantum kain. Apabila dah cantum tak menjadi. Terus merajuk tak nak buat.
Semalam gigih buat lagi, baru jadi dan menarik. Mungkin ini percubaan kali ke 10 atau ke 20 baru menjadi. Ini pun belasah je, cantum kain perca ikut suka hati. Tak menjadi kalau merancang. Mungkin harapan setinggi langit nak cantik macam dalam youtube.

No automatic alt text available.

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...