12 years of slave

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

12 years of slave.
Filem ini diadaptasi daripada Kisah Benar, seorang lelaki, bernama Solomon Northup yang asalnya adalah lelaki kulit hitam yang bebas di antebellum United States, , di culik dan dijual sebagai hamba abdi.
Apa perasaan seorang isteri, apabila suami berjanji akan pulang dari kerja, sudahnya tak muncul-muncul juga. Apa yang bermain di kotak fikiran si isteri? Lari bersama perempuan lain? Kena langgar atau diculik. Boleh meroyan kalau berada ditempat bininya. JIka zaman sekarang, boleh diviralkan dan boleh berhubung dengan telefon dan facebook. Zaman dulu, kalau hilang bagaimanalah rasanya si isteri kan?
" Abang dapat tawaran kerja yang bagus, awak jaga anak-anak tunggu saya di rumah. " kata-kata terakhir sebelum hilang selama 12 tahun.
Kesiannya, dek ketamakan manusia akhirnya dia dijual dan dijadikan hamba. Tanpa berputus asa dan tebal muka, dia minta bantuan kawannya untuk menghantar surat ke kawannya supaya diselamatkan. Kali pertama dia gagal, apabila diketahui tuannya.
Kali kedua, dia akhirnya berjaya dan bertemu semula dengan keluarganya. Anak-anak sudah dewasa dan anak perempuannya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Apabila menjadi hamba, hak seseorang dinafikan. Tuannya boleh buat sesuka hati, diseksa hingga lemah hatinya. Paling menyentuh hati dalam adengan jual beli hamba, seorang wanita dipisahkan dengan 2 orang anaknya yang masih kecil. Meraung dan menangis anak beranak tersebut, tiada siapa yang peduli. Betapa berharganya erti kemerdekaan yang dicapai. Hargailah jangan dipersiakan. Apabila kita merdeka, walau sesukar mana pun keadaan hidup, kita masih mampu berusaha hingga berjaya. Berbanding hamba dihina dan dihenyak sesuka rasa, hak bersuara dinafikan. Keperluan hidup tak diberikan secukupnya, nak mandi pun tak boleh.
. cerita yang sesuai untuk orang dewasa Sahaja banyak adengan bo*** dalam filem ni.

Ulasan