Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Jumaat, 31 Ogos 2018

12 years of slave

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

12 years of slave.
Filem ini diadaptasi daripada Kisah Benar, seorang lelaki, bernama Solomon Northup yang asalnya adalah lelaki kulit hitam yang bebas di antebellum United States, , di culik dan dijual sebagai hamba abdi.
Apa perasaan seorang isteri, apabila suami berjanji akan pulang dari kerja, sudahnya tak muncul-muncul juga. Apa yang bermain di kotak fikiran si isteri? Lari bersama perempuan lain? Kena langgar atau diculik. Boleh meroyan kalau berada ditempat bininya. JIka zaman sekarang, boleh diviralkan dan boleh berhubung dengan telefon dan facebook. Zaman dulu, kalau hilang bagaimanalah rasanya si isteri kan?
" Abang dapat tawaran kerja yang bagus, awak jaga anak-anak tunggu saya di rumah. " kata-kata terakhir sebelum hilang selama 12 tahun.
Kesiannya, dek ketamakan manusia akhirnya dia dijual dan dijadikan hamba. Tanpa berputus asa dan tebal muka, dia minta bantuan kawannya untuk menghantar surat ke kawannya supaya diselamatkan. Kali pertama dia gagal, apabila diketahui tuannya.
Kali kedua, dia akhirnya berjaya dan bertemu semula dengan keluarganya. Anak-anak sudah dewasa dan anak perempuannya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Apabila menjadi hamba, hak seseorang dinafikan. Tuannya boleh buat sesuka hati, diseksa hingga lemah hatinya. Paling menyentuh hati dalam adengan jual beli hamba, seorang wanita dipisahkan dengan 2 orang anaknya yang masih kecil. Meraung dan menangis anak beranak tersebut, tiada siapa yang peduli. Betapa berharganya erti kemerdekaan yang dicapai. Hargailah jangan dipersiakan. Apabila kita merdeka, walau sesukar mana pun keadaan hidup, kita masih mampu berusaha hingga berjaya. Berbanding hamba dihina dan dihenyak sesuka rasa, hak bersuara dinafikan. Keperluan hidup tak diberikan secukupnya, nak mandi pun tak boleh.
. cerita yang sesuai untuk orang dewasa Sahaja banyak adengan bo*** dalam filem ni.

Penat..

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim


Penatnya jaga anak, sekejap jadi singa lapau, sekejap jadi cikgu tusyen, sekejap jadi chef, sekejap kang jadi tukang kait, sekejap jadi tukang bersih rumah, sekejap jadi tukang jahit dan kitarannya akan berlangsung sampai 15 tahun lagi.
Semoga penat ini berbaloi, maaflah kalau ibu termarah anak-anak sebab mental dan emosi bercelaru. Kanak-kanak tetap tak faham, dah dewasa baru faham.
" Ibu ni, kejap garang, lepas tu senyum-senyum. " rungut Kak Sara.
Kalau setiap saat ibu garang barulah kamu tahu nanti wahai anak, mau lari dari rumah nanti gamaknya.

Khamis, 30 Ogos 2018

Testimoni kain


Testimoni dr kakak shantekkk...
Mmg rugi u all x grab design ni..
Stok ni masih ade lg..kaler lain pn still ade tau..
Bleh wasap saya utk sbrg prtnyaan & order..
.
www.wasap.my/60193229480




New baby KBFS...
Kalau order kain sulam dr dulu lg material cotton prada plg tinggi...
Sbb aper...kain senang gosok tp susah kedut..😍.
Warna semua lawa2...πŸ’“
Sekarang ada keluarkan juga utk plain...blh ler korang nk buat design baju aper pun nanti...πŸ˜‰
Bleh wasap utk order yer..bleh tmbh lace sndiri nnti..
www.wasap.my/60193229480





Rabu, 29 Ogos 2018

Seronoknya tadika

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Setiap kali bayar yuran, mesti tanya perkembangan Aisyah.
" Aisyah baik je ibu, baca pun kuat. "
Dan setiap kali nak balik, tak lupa ucap 'bye, bye cikgu' sekuat-kuat hatinya. Cikgu pun suka mengusik suruh Si Aisyah kuatkan suara sebut 'bye, bye cikgu'. Hasilnya dia dah tak malu sangat macam dulu.
Banyak berbual dengan cikgunya, uih hampir beberapa bulan nak habis tadika barulah makin bagus. Bertabahlah, memasuki fasa berpisah dengan ibu. Kalau boleh nak kepit dekat bawah ketiak ibu sahaja. 
Hari ni, dah tak menangis waktu pagi yelah esok kan cuti. Seronoklah pergi tadika.


Selasa, 28 Ogos 2018

Siap tapi comot

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, hari ni berjaya siap jahit baju Cik Aina. Kain daripada japannese cotton, lega siap sudah. Comot, tak cantik macam kat kedai. Biarlah, kena buat banyakkan latihan lagi lepas ni. Nak pula, latihan siapkan kerja dengan karenah dan nak uruskan rumah tangga. Siapkan sahaja sambil pekakkan telinga.
Apabila belajar melalui internet ni tak sama macam kita belajar dengan guru. Setiap satu bahagian perlu rujuk dengan cikgu youtube. Design ni belajar daripada cikgu youtube daripada India. Gigih fahamkan apa dia cakap.
Tang pinggang pula daripada cikgu facebook. Nak buat reben pun terhegeh-hegeh cari dekat facebook. Akhirnya siap juga bajunya dalam masa 2 hari. Tak termasuk iklan-iklan anak dan suami. Duduk rumah masa kita banyak dimiliki orang lain. Kena pandailah cari masa.
Kain jappanese cotton ni banyak corak, bukan corak ni sahaja. Boleh pilih di fanpage Hobi menjahit. Cantik-cantik semuanya.


Isnin, 27 Ogos 2018

Kain sateen 27/8/2018

Teks: Dalila Yusof

 Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum



πŸŽ€Sateen - 4 meter Bidang 45πŸŽ€

Harga Jual  Rm49 
Postage bergantung pada kuantiti.
*Seragam add Rm2 bg setiap psg (6psg keatas)*

SIAP POTONG 4METER





Sangat selesa dipakai.

Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Kait alas meja akhirnya.

Teks: Dalila Yusof

 Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum

Hari tu, punyalah ku godek youtube, idea mahu mengait alas sofa. Tapi, benang pun tak cukup, ini sahaja hampir 5 buku benang sudah ku kait. Jadi dengan rasa yang sedih, terus kait alas meja. Insyaallah ada rezeki kait alas sofa pula.



Paling suka kait "granny square" sebenarnya kita boleh hasilkan pelbagai bentuk melaluinya. Antara hasil yang kita boleh buat daripanya ialah beg, bola kait, dan terkini saya buat alas meja. Alas meja pun boleh dikait dengan pelbagai patten hanya menggunakan "grany square' asas ni. Jadi, kalau anda adalah seorang yang baru lagi menceburkan diri dalam kaitan, apa kata cuba paten ni. Patennya berulang-ulang, dan mudah difahami. 





Mengait ini sangat menyeronokkan apabila hasil sudah depan mata, hilang sudah sakit dijari dan tapak tangan ku. 


Khamis, 16 Ogos 2018

Ibu tak sayang kina

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Anak-anakperempuan jiwanya lebih sensitif berbanding lelaki. Bercakap lebih banyak berbanding lelaki. Ini perbandingan antara anak perempuan dan anak buah lelaki. 
Anakku, cenderung menterjemah perasaan melalui pemberontakkan dan percakapan. Apa sahaja tak puas hati terus diutarakan pandangannya. Tiada belok dan kiasan. Adakala, perangai ini sangat bagus. Bukan apa kadang-kadang kita tak perasaan cara kita terlalu kasar dengan mereka. Lagilah, hati perempuan sangat lembut seperti tisu. 
"Ibu, sayang Kina." sambil peluk Kina dan cium di pipinya.
"Tipu, ibu sayang Aisyah je."
Kalau Aisyah yang dipeluk dan dicium, si kakak dan Kina akan menarik muka masam. Aduilah anak, itu nak minta adik lagi seorang. Cemburu tak bertempat. Kalau Si Aisyah tak boleh langsung orang memuji kakak-kakaknya terus makan hati. Semua pujian dan kasih sayang untuk dia. Kadang-kadang, kita tak perasaan pun anak dah besar tak perlu dicium seperti budak kecil. Tapi mereka tetap mahukan perhatian. Yelah, asyik kena marah. Kadang-kadang tak cakap pun terima kasih kalau mereka menolong. Tak beritahu pun kita sayang mereka. Perlu luahkan betapa berharganya mereka dimata kita. Supaya anak-anak sentiasa tahu betapa sayangnya kita pada mereka. 

Rabu, 15 Ogos 2018

Kain corak abstrak

teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Japanese Cotton HARGA: 
1 PASANG - RM75 TERMASUK POS (SM) 3 PASANG - RM220 TERMASUK POS (SM)
 5 PASANG - RM340 TERMASUK POS (SM) SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter 
BORONG: 10 PASANG (Min) - RM580 TERMASUK POS (SM) SABAH/SARAWAK (SS) tambahan RM5 untuk setiap 4 meter.
 _________________________________________ 
Berminat utk order, Sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ 
http://www.wasap.my/60193229480
 http://www.wasap.my/60193229480 
http://www.wasap.my/601




































93229480

Kain Sateen Batik

πŸŽ€Sateen - 4 meter Bidang 45πŸŽ€  Sepasang RM 50 tak termasuk postage.  Postage bergantung pada kuantiti.  *Seragam add Rm2 bg setiap ...