Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Selasa, 3 Julai 2018

Pinggan tak bersih

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum...




Malam tadi dengan kuasa ibu, anak-anak dikerah membasuh pinggan. Dah banyak kali ajar bab basuh pinggan. Basuh macam tu macam ni. Macam mana nak tahu pinggan tak bersih rupa dia macam mana. Macam mana nak susun pinggan. Penat juga mengajar anak baru bab basuh pinggan.
Pagi ini, periksa keadaan pinggan yang dibasuh malam tadi masih berminyak. Nampaknya yang ibu ajar masih tak difahami secara mendalam. Gigihlah basuh pinggan balik. Paling malas nak ajar anak sebenarnya, sebabnya proses mengajar anak tu memenatkan. Kadang-kadang, perlu buat banyak kali betulkan.
Cuma risau kalau tak ajar sekarang, kesian pula anak-anak tak tahu basuh pinggan sampai "google" internet cara-cara basuh pinggan. Lagi sadis nanti.

1 ulasan:

  1. Betul, bukan mudah nak ajar anak-anak kan. Tapi itulah antara pengorbanan yang perlu kita lakukan demi kebaikan anak-anak juga. Semoga kita sama-sama diberi kesabaran dan kekuatan dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kita.

    BalasPadam

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...