Kasih ibu bawa ke syurga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum

Pagi ini di tv alhijrah berdiskusi tentang kasih seorang ibu. Mengalir air mata, mendengar ceramah daripada penceramah Uztaz Hanafi. Apabila kita sudah dewasa dan mepunyai tanggunjawab dan keluarga sendiri. Ada kala kita, lupa betapa pentingnya ibu dalam hidup kita,. Tanpa ibu kita mungkin tidak akan menjadi seperti sekarang.

Salah satu poin yang menarik dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9 pagi tadi.

Apa perlu lakukan apabila kita terasa hati dan marah dengan ibu?

Jika kita rasa terlalu marah dengan ibu, keluarlah dari rumah. Marah macam mana sekalipun senyumlah, kita perlu merendahkan diri dengan ibu walau apapun situasi. Setiap kali bersembang dengan ibu pohon maaf jika terlukakan perasaan ibu.

Dan kita sebagai anak bukanlah insan yang luar biasa mampu membuatkan ibu sentiasa gembira.

Poin kedua  yang menarik  dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9.
Keluhan menjaga keluarga dan ibu bapa mertua.
Seorang wanita mengeluh menjaga ibu bapa mertua dan 4 orang anaknya.
Jawapan uztaz. Sabarlah semoga ada ganjaran menanti di akhirat kelak. Perempuan sebenarnya tenaganya lemah. Apabila penat wanita akan mengeluh kepenatan. Menjaga anak 4 orang memang memenatkan disamping melayani karenah ibu bapa mertua yang kadang-kadang memeningkan. Tugas suami harus pandai memujuk isteri meminta isteri bersabar. Dan bantulah mana yang mampu.

Berikutan dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak dan bayi oleh ibu dan pengasuh, menunjukkan betapa sukarnya menjaga kita sewaktu kecil terutama usia setahun ke bawah. Ibu yang penyabar mengasuh, menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan, waktu awal kita dilahirkan hinggalah dewasa. Sempurna sungguh kita dibelai dan dijaga. Seberapa banyak pun emas setinggi gunung diberikan takkan mampu membalas jasa ibu sehingga kita mampu berkeluarga dan berdikari mencari rezeki. Hargailah ibu selagi dia masih ada. Jika kita terasa hati dengan ibu, pujuklah hati agar jangan membenci ibu kesilapannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jasanya menjaga kita.

Ulasan