Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 11 Julai 2018

fasa anak bab makan





Kalau lihat perkembangan anak-anak, umur bawah 3 tahun, makan pun masih main-main lagi. Memasuki fasa 5 -8 tahun ke atas asyik makan je. Habis licin makanan kat rumah.
Tak lama lagi memasuki fasa yang nak makan setiap masa. Masa ni ibu kena tahan lapar dah. Kalau beli buah oren, dapat makan kulit limau je. Dah tiada istilah berkorban habiskan makanan anak. Waktu tu, kena diet wajib.

Otak beku duduk rumah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum...

Duduk rumah dikelilingi kanak-kanak riang, bangun pagi si kecil melalak nak perhatian. Tak dapat apa yang diingini melalak. Tak dapat tonton youtube melalak. Sakit kepala dan telinga mendengar tangisan hampir setiap masa. Itu belum kakak-kakak bergaduh dan berdrama.
Otak rasa berat sangat, mula kepala berdenyut-denyut dan mengalami otak tepu dan beku. Nasib baik perpustakaan dekat, boleh pinjam buku. Kadang-kadang, baca buku Rezeki Luar Biasa, kadang-kadang baca buku perpustakaan, kadang baca buku Kera Lupa Password. Ada yang menginsafkan, ada yang terkekek ketawa apabila membaca. Bagai berada di gua sebentar. Rasa otak ringan selepas membaca terapi supaya mak budak tak mengalami kemurungan, Siapa kata surirumah tak perlu membaca?

Isnin, 9 Julai 2018

Rezeki luar Biasa

Teks: dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum



Rezeki luar biasa
Waktu kita sedang berusaha nak mencari nafkah buat anak-anak, kita diuji kesusahan yang teramat sangat. Waktu nak mengapai impian setinggi atmosfera bumi, Allah swt uji pelbagai masalah melanda. Tabah tak nak hadapi ujian sebelum berjaya supaya kita kuat menghadapi dugaan selepas berjaya. Kadang-kadang naik gila dibuatnya. Apabila Allah s.wt. berikan kita rezeki yang luar biasa dalam kesusahan yang melanda, syukurnya tak terhingga. Leganya, walaupun imipian masih jauh dimata.
Untuk dapatkan buku ini tekan link dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻

catatan 10/7/ 2018

Ahad, 8 Julai 2018

Kasih ibu bawa ke syurga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum

Pagi ini di tv alhijrah berdiskusi tentang kasih seorang ibu. Mengalir air mata, mendengar ceramah daripada penceramah Uztaz Hanafi. Apabila kita sudah dewasa dan mepunyai tanggunjawab dan keluarga sendiri. Ada kala kita, lupa betapa pentingnya ibu dalam hidup kita,. Tanpa ibu kita mungkin tidak akan menjadi seperti sekarang.

Salah satu poin yang menarik dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9 pagi tadi.

Apa perlu lakukan apabila kita terasa hati dan marah dengan ibu?

Jika kita rasa terlalu marah dengan ibu, keluarlah dari rumah. Marah macam mana sekalipun senyumlah, kita perlu merendahkan diri dengan ibu walau apapun situasi. Setiap kali bersembang dengan ibu pohon maaf jika terlukakan perasaan ibu.

Dan kita sebagai anak bukanlah insan yang luar biasa mampu membuatkan ibu sentiasa gembira.

Poin kedua  yang menarik  dalam slot tanyalah uztaz di Tv 9.
Keluhan menjaga keluarga dan ibu bapa mertua.
Seorang wanita mengeluh menjaga ibu bapa mertua dan 4 orang anaknya.
Jawapan uztaz. Sabarlah semoga ada ganjaran menanti di akhirat kelak. Perempuan sebenarnya tenaganya lemah. Apabila penat wanita akan mengeluh kepenatan. Menjaga anak 4 orang memang memenatkan disamping melayani karenah ibu bapa mertua yang kadang-kadang memeningkan. Tugas suami harus pandai memujuk isteri meminta isteri bersabar. Dan bantulah mana yang mampu.

Berikutan dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak dan bayi oleh ibu dan pengasuh, menunjukkan betapa sukarnya menjaga kita sewaktu kecil terutama usia setahun ke bawah. Ibu yang penyabar mengasuh, menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan, waktu awal kita dilahirkan hinggalah dewasa. Sempurna sungguh kita dibelai dan dijaga. Seberapa banyak pun emas setinggi gunung diberikan takkan mampu membalas jasa ibu sehingga kita mampu berkeluarga dan berdikari mencari rezeki. Hargailah ibu selagi dia masih ada. Jika kita terasa hati dengan ibu, pujuklah hati agar jangan membenci ibu kesilapannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jasanya menjaga kita.

Selasa, 3 Julai 2018

Pinggan tak bersih

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum...




Malam tadi dengan kuasa ibu, anak-anak dikerah membasuh pinggan. Dah banyak kali ajar bab basuh pinggan. Basuh macam tu macam ni. Macam mana nak tahu pinggan tak bersih rupa dia macam mana. Macam mana nak susun pinggan. Penat juga mengajar anak baru bab basuh pinggan.
Pagi ini, periksa keadaan pinggan yang dibasuh malam tadi masih berminyak. Nampaknya yang ibu ajar masih tak difahami secara mendalam. Gigihlah basuh pinggan balik. Paling malas nak ajar anak sebenarnya, sebabnya proses mengajar anak tu memenatkan. Kadang-kadang, perlu buat banyak kali betulkan.
Cuma risau kalau tak ajar sekarang, kesian pula anak-anak tak tahu basuh pinggan sampai "google" internet cara-cara basuh pinggan. Lagi sadis nanti.

Jahit baju anak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum

"Ibu, leher baju ni ketatla".
"Aik, baju baru lagi" .
"Aisyah nak baju ala-ala puteri tau".
"Cantik ibu buat, terima kasih ibu".
Tahun ni anak sudah pandai mengkritik, memuji, membodek dan mengorder.
Jadi sebagai tukang jahit yang masih merangkak-rangkak kene banyak berlatih lagi.
"Ibu, beg Aisyah tak siap lagi ke?"
Dah nak habis raya pun tak siap lagi.


Masak beras

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Masak beras
Hari ahad yang lepas, dengan penuh keyakinan didada, suruh si kakak masak nasi. Sudah banyak kali ajar, rasanya kakak dah hadam.
"Basuh beras 3 kali, buang airnya jangan buang beras pula. Jangan lupa lap bawah periuk." Banyak kali pesan dari luar tingkap dapur.
Masuk dapur, periksa periuk nasi, butangnya sudah beranjak ke "keep warm".
'Dah masak nasinya.' hati sudah menyanyi riang. Sekali angkat penutup periuk nasi, si kakak ni masak beras rupanya. Adui baru nak lega tadi. Sabar jelah.
"Ibu tak suruh bubuh air tadi." Si kakak tetap mempertahankan dirinya. Pengajarannya, lepas ni kakak kena masak nasi banyak kali sampai la akak pandai masak nasi bukan masak beras.


fasa anak bab makan

Kalau lihat perkembangan anak-anak, umur bawah 3 tahun, makan pun masih main-main lagi. Memasuki fasa 5 -8 tahun ke atas asyik maka...