Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 16 Mei 2018

Ibu..hehatlah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


2 hari yang lepas kepala pusing, nampak semuanya berpusing macam gasing. Mungkin terlebih had tak tidur sangat. Anak-anak dengan nada kesian berkata, "Ibu, hehatlah" .
Bergaduh-gaduh nak buat kerja, si kakak jadi pengganti ibu jadi mandur suruh kemas rumah. Adik-adik buat muka tak puas hati sebab asyik disuruh buat kerja.
"Ibu, Aisyah nak air milo. Boleh tak buatkan? " Perlahan-lahan bangun, buat air milo untuk anak-anak.
"Eh, kata ibu sakit, kan kena hehat". Sabar jelah, tiada istilah rehat dalam kamus seorang ibu. Sakit pun bangun buat kerja. Tak buat kerja lagi pening.
*hehat=rehat

1 ulasan:

  1. Ya puan, ambil masa untuk rehat. Semoga terus sihat! :)

    BalasPadam

Perangai buruk dan baik

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Perangai buruk ibarat rumput dan lalang yang tak ditebas. Tumbuh subur tanpa baja dan penja...