Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Selasa, 24 April 2018

Nanti Ecah Mati

Teks:  Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum, malam tadi teringin nak makan kuih bakar ni. Resepi diambil daripada blog Azzie Kichen. Anak-anak cukup seronok, tolong mengacau menyiapkan bahan-bahan seperti air pandan, mengisar bahan dalam mesin pengisar. "Whisk" pula hilang tanpa dikesan, pasrah jelah guna mesin pengisar bawang.

Sudah siap semua sebati dan ditapis, proses pembakaran bermula. Paling lama 40 minit baru betul-betul masak. Anak-anak dah tak sabar, kuih bakar masih dalam oven. Terkinja-kinja anak dara nak makan kuih bakar. Pertanyaan dah siap ke belum akan ditanya sampailah kuih masak. Seronok betul tunggu kuih depan oven. 

Aisyah: Tak siap lagi ke? 
Ibu : Belum, tak masak lagi.
Aisyah: Ala, nanti matilah Aisyah. Lapar sangat
ni.
Ibu : Tak pernah lagi orang mati sebab tak
makan kuih bakar Ecah oi.

Siap sahaja kuih bakar dimasak.

Aisyah: Sedapnya kuih ni, pandai ibu masak.

Pandai bodel ibu ya, sejuk hati walaupun kuih tak cantik macam kat kedai.




Sabtu, 21 April 2018

Menulis bukan kerja

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Setiap kali ibu tengah buat kerja menulis mesti anak tanya,
" Ibu tengah buat apa? "
"Ibu tengah menulis, tengah siapkan kerja. "
" Menulis bukannya satu kerja. " Ecah buat muka tak puas hati. Mesti sebab ibu tak bagi kacau tu.
Dia tak tahu ibu tengah menulis pasal karenah dia, dan kakak. ha..ha..

Pergi basuh pinggan

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Pada satu pagi, selepas  sarapan pagi.

Ibu: Kina basuh pinggan.
Kina: Tadi kan baru lepas basuh pinggan. Asyik-asyik, basuh pinggan.
Ibu: Yela, tadi makan kan pakai pinggan. Kenalah, basuh pinggan. 

Budak-budak ni tak nampak, mak dia  asyik masak je. Buat kerja sedikit dah merungut. Adeh.

Zaman kecil yang kita lupakan.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Anak-anak ini masa kecil memang nakal. Almaklumlah, orang tengah belajar nak hidup. Macam-macam kesilapan yang dibuatnya. Kadang-kadang, dah tak tahan minta pendapat mak. 
Perbualan dengan mak tentang anak-anak @ cucu mak.
DY: Mak, anak dila makin nakal. Macamana ni?
Mak : Macam tulah, kau waktu kecil dulu. Nakal sangat pastu kuat melawan.
Rasa macam masa kecil baik sahaja. Cikgu pun selalu cakap saya baik sahaja. Zaman kecil tak semua kita ingatkan. Tapi, mak akan ingat banyak tentang kenangan manis, nakal kita dengan mak. Nak kumpulkan semua memori, dialog yang nakal, baik dan lucu dengan anak-anak. Jadi peneman, masa anak-anak sudah sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Selasa, 17 April 2018

Nak mak banyak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Memasuki bulan 4 ni, dah terasa bahang ramadhan. Sudah terbayang sibuknya nak siapkan juadah, baju dan kalau boleh kuih raya.
Beberapa hari lepas, Kina mengajukan satu soalan yang tak tersangka kat baba dia. " Baba kalau nak mak banyak boleh ke ? "
" Tak tahulah tu kena tanya ibu. " boleh nampak sengihan gatal dan gembira seorang ayah apabila anak mintak mak baru.
" Kalau dapat mak baru, nanti mak baru sibuk layan baba je. Tak layan kamu semua ni. "
Macamlah faham, nanti kalau kena marah lagi. Mesti nak ibu baru, baba baru. Ingat ni mainan ke boleh tukar-tukar.
Ini mesti sebab ibu dah sibuk betul nak menjahit sampai tak terlayan anak-anak. Dulu-dulu, segarang mana pun mak tak terpikir pun nak minta mak baru kat ayah. Bertuahnya anak.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum, projek raya dah mula buat. Seharian buat, masih tak cukup kemas. Siap baru satu helai, baju tak pasti baju untuk puasa atau raya. Hu.. hu..

Tahun ini, dapat la juga siapkan baju tshirt suami. Ini baru baju suami, belum anak dara punya. Kalau baju mak budak tak sempat sebelum raya ni, terpaksa la pakai macam sari. Lilit je kain kat badan. Adui, banyak betul iklan.


Isnin, 16 April 2018

Kain Jappanese Cotton stargazing

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Kain baru masuk ala-ala stargazing pulak. kalau pakai mesti mimpi bintang ni.

Twinkle, twinkle, little star.
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star.
How I wonder what you are.

No automatic alt text available.
Berminat utk order, Sila klik 👇👇👇

http://www.wasap.my/60193229480
http://www.wasap.my/60193229480
http://www.wasap.my/60193229480

Perangai buruk dan baik

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Perangai buruk ibarat rumput dan lalang yang tak ditebas. Tumbuh subur tanpa baja dan penja...