Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Isnin, 26 Februari 2018

Perjumpaan keluarga Haji Yasin yang meriah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum..



Pada 17 Februari yang lepas, hari sabtu, Raya Cina merupakan perjumpaan kali pertama cucu cicit Haji Yassin. Cuti sekolah yang panjang, merupakan satu peluang untuk berkumpul dan berkenalan sesama sendiri. Satu perkara yang paling dirisaukan generasi tua, generasi muda tak mengenali  sanak saudara sendiri apabila generasi tua sudah tiada kelak. Sewaktu raya pun tak semua akan balik berjumpa dengan semua sanak saudara jadi dengan adanya perjumpaan ini, diharap dapat mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim antara saundara mara terutama yang jauh diperantauan.  Harapannya lepas ni kalau jumpa di tepi jalan bertegur sapa lah ye. Ha..ha.. 

Generasi tua Keluarga Yasin


Keluarga cucu cicit haji Yasin kini sudah sampai kepada generasi ke 5. Kira-kira terdapat seramai 400 orang dalam keluarga Haji Yassin. Hampir separuh daripada Keluarga Haji Yasin dapat hadir pada perjumpaan kali ini. Itu pun sudah memenuhi 2 khemah, yang tidak dapat hadir mempunyai program dan kesulitan masing-masing. Bertempat di perkarangan rumah penganjur Haji Adenan. Keluarga kami banyak berkumpul di Bukit Tempayan Melaka. Generasi tua yang banyak berkumpul di sini. Kalau raya memang meriah berkumpul berjumpa sanak saudara. 




  • Sesi memperkenalkan diri setiap anggota keluarga. 


Hanya sebahagian yang mengambil gambar, kalau tak mesti tak muat dalam gambar ni. Cucu cicit pun dah ramai. Program pagi dimulakan dengan kata-kata aluan  tuan pengerusi dan jamuan sarapan. Sambil itu diselang selikan dengan cabutan bertuah dan program beramah mesra bersama dengan semua ahli keluarga. Setiap sorang akan memperkenalkan semua anggota keluarga masing-masing dan tempat tinggal masing-masing. Satu persatu keluarga kecil, bukan keluarga besar ya. Program kali ini lebih menumpukan beramah mesra sesama keluarga. Dan saya akui ada yang saya tak kenali terutama apabila sudah berkahwin jarang pulang ke Melaka. 


sesi memperkenalkan keluarga masing-masing


Sesi memperkenalkan keluarga masing-masing



  • Cabutan bertuah
Yang paling ditunggu-tunggu waktu cabutan bertuah, tapi saya tiada rezeki kali ni ya. Wajah-wajah tersenyum riang penerima cabutan bertuah, besar juga hampernya. Mana tak tersenyum riang, yang tak dapat tunggulah perjumpaan akan datang. hu..hu. 




Selepas itu turut diselitkan permainan teka teki daripada Tok Su. Antara teka teki yang paling saya ingat, antara banyak-banyak sakit, sakit apa paling sakit? 

Jawapannya sakit tengkuk, maksud "paling" kalau dalam bahasa kampung memusing kepala. Kalau paling leher mesti tengkuk sakitkan. 


Kemudiaannya, program dihentikan untuk makan tengahari dan solat zuhur. Sekitar 2,30 program di mulakan semula. 
  • Aktiviti permainan 
Permainan dimulakan dengan permainan paling popular permainan rebut kerusi, tiup belon sampai pecah. Yang kalah pun dapat hadiah cenderamata atau coklat. Permainan ni dibahagikan kepada kategori budak-budak dan dewasa. Sekadar suka-suka, semuanya terutama atuk dan nenek saudara memberikan kerjasama yang cukup baik dalam permainan. Permainan musang berjanggut pula diadakan untuk nenek-nenek saudara sahaja. Semuanya "sporting " habis, tak kisah walaupun kena buli ye. 











Permainan musang berjanggut. 




Program tamat hampir pukul 6 petang, harapannya perjumpaan keluarga seterusnya lebih banyak hadiah dan program-program yang menarik. Harapannya juga penyertaan lebih ramai supaya lebih ramai yang dapat dikenali. Umur panjang kita berkumpul lagi. Terima kasih daun keladi. 





  

Rabu, 7 Februari 2018

Menjahit baju suami

TekS:: Dalila Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum....

Petang ni jahit baju cik bos. Setelah mengharungi iklan demi iklan. Aina main panjat belakang kerusi. Aisyah minta air, bagi anak makan nasi. Dah siap jahit pun pakai kain remnant tshirt, sayang pulak nak jual. Hu..hu..


Perkongsian maklumat.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum

Perkongsian maklumat
Apabila kita berkongsi hobi, kegembiraan dengan orang, serta ilmu yang kita ada. Ada yang kata kita berlagak, ada yang gembira, ada yang menyokong, ada yang menghina dan ada yang menyampah. Emosi dan penerimaan si penonton berdasarkan apa yang mereka suka, mereka mahu dan mereka fikirkan. Betul tak?

Belajar sendiri vs berguru.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum

Belajar sendiri melalui internet, cabarannya banyak masa terbuang cari artikel dan youtube nak betul-betul faham. Kalau tak faham kena banyak kali buat sampai faham. Kadang-kadang berpuluh kali, beratus kali baru jadi.


Berguru pula lagi cepat , guru akan tunjuk apa yang silap. Lagi mudah dan cepat faham. Kalau surirumah ni, tak boleh nak keluar nak belajar. Susah nak tinggalkan anak-anak. Google je apa yang nak dipelajari.Tabah jelah buat sampai jadi.


Selasa, 6 Februari 2018

Qodok dan Qadar

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Qodok dan qadar.
Perangai Kina kalau belajar kat sekolah mesti dia pulang rumah, dia tanya ibu semula. " Ibu, qodok dan qadar tu apa ?"
" Qodok tu katak. Qada' dan qadar tu , ketentuan daripada Allah."
Kina ni pakai sebut je janji bunyi dekat. Adeh

Tolong tengokkan adik

Teks: Dalila Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Tolong tengokkan adik
Kelamkabut nak buat kerja rumah, suruh kakak- kakak tolong tengokkan adik. " Tolong tengokkan adik jap ibu nak buat kerja. "
Tak sampai 10 minit, " Ish, kakak kenapa tak tengokkan adik. Tengok adik main sepahkan barang. "
" La, tadi kata suruh tengokkan adik je. "
Aih tak faham bahasa yer kanak-kanak ribena.

Jumaat, 2 Februari 2018

Apabila Ibu Sakit

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...dan assalamualaikum

Apabila ibu sakit
Setiap kali nak demam atau sakit badan mesti teringat kesakitan yang dialami waktu nak lahirkan setiap orang anak. Sudah 4 orang pun, walaupun serik menahan sakit bersalin.
Rasa sakit yang dialami masa demam ni macam terlalu sikit dibandingkan sakitnya masa nak bersalin. Kan. Biasanya kaum ibu ni kecuali kalau dah teruk sampai memang tak leh paksa diri bangun, kita akan buat kerja rumah. Tak de nya nak rehat. Tak kira bekerja atau duduk rumah.

fasa anak bab makan

Kalau lihat perkembangan anak-anak, umur bawah 3 tahun, makan pun masih main-main lagi. Memasuki fasa 5 -8 tahun ke atas asyik maka...