Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 4 Januari 2018

Download atau balut

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim


Pulang dari sekolah, Kina keluarkan buku teks dari beg.  Buku teks sekolah agama, sambil letak buku atas meja, Kina menyampaikan pesanan daripada gurunya, "Ibu, cikgu suruh download! "

 "Download apa?" rasa hairan pula, tak pernah pula cikgu suruh download apa-apa sebelum ni. Lagipun murid tahun 1 tak pakai komputer. "Download ke balut buku ? " saya bertanya kembali untuk kepastian.

Kina balas dengan penuh keyakinan didada, "  Cikgu kata download buku. "

Nak tergelak tapi tahan dulu, " Cikgu suruh balut bukulah Kina. "Pecah juga derai tawa saya.

Kina hanya tersengih, hari ini Kina belajar perkataan baru balut buku. Belajar dari kesilapan ya anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu tak sayang kina

Teks: Dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Anak-anakperempuan jiwanya lebih sensitif berbanding lelaki. Bercakap lebih banyak berb...