Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 3 Januari 2018

Buku 99 stress free mummy



Ulasan buku:

Assalammualaikum semalam gigih ke perpustakaan. Terjumpa dua buah buku ni. Ini bukan buku cara-cara menghadapi karenah anak. Seronoklah, boleh pinjam dekat 20 buah buku dalam masa 3 minggu. Mana tak seronok. 

Buku ini adalah kumpulan anekdot perangai anak-anak di rumah. Pengalaman sebenar seorang ibu dan seorang bapa melayani karenah anak-anak di rumah. Ya, si ibu dan si bapa bekerja dari rumah. 

Keletah anak- anak yang terlalu jujur dan mencuit hati. Mampu saja buat orang yang membacanya tersengih-sengih. Siapa sangka perangai comel dan nakal anak boleh dikumpulkan dalam satu buku yang mampu menghiburkan hati si pembaca. 

 Siapa kata surirumah tak mampu menulis kan. Pernah dulu seorang pembaca blog bertanya  apa yang boleh ditulis oleh surirumah. Buku inilah jawapannya. 24 jam bersama ada saja keletah nakal yang mencuit hati. Banyak sebenarnya yang boleh tulis . Yang elok-elok sahajalah pilih ya. Menulis juga ibarat satu terapi jiwa buat kita di rumah. Makin semangat nak menulis di rumah. Semoga konsisten selepas ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu..hehatlah.

Teks: Dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. 2 hari yang lepas kepala pusing, nampak semuanya berpusing macam gasing. Mungkin terleb...