Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Isnin, 30 Oktober 2017

Turning chain dalam hasil kaitan

Teks: Dalila yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin kongsikan tentang turning chain dalam crochet. Turning chain merupakan kekeliruan bagi saya seawal mula mengait tanpa pengalaman dahulukala, silap faham memang mempengaruhi hasil kait. 

Turning chain ini merupakan satu atau lebih kaitan chain yang akan dibuat selepas penghujung setiap baris kaitan, sebelum kita mulakan kaitan yang lain pada baris yang baru. Turning chain sangat penting untuk menghasilkan tinggi benang yang diperlukan untuk mengait kaitan pertama pada setiap baris baru. Turning chain boleh dikait sebelum atau selepas kaitan dipusing. 


Bilangan kaitan chain berbeza mengikut nama kaitan. 
Nama kaitan dan singkatanBilangan Turning chain. diperlukan
Slip stitch (sl st)0
Single crochet (sc)1
Half double crochet (hdc)2
Double crochet (dc)3
Triple crochet (tr)4
Double triple crochet (dtr)5


Turning chain sangat mengelirukan kerana terdapat dua cara digunakan, satu turning chain dianggap sebahagian daripada kaitan. Satu lagi tidak dianggap kaitan. Jika tidak berhati-hati kita mungkin mengurangkan atau menambah bilangan kaitan yang ada. 




http://www.crochetspot.com/crochet-basics-understanding-turning-chains/

http://www.dummies.com/how-to/content/how-to-crochet-a-turning-chain.html
http://www.crochetguru.com/double-crochet-stitch.html

http://www.lionbrand.com/faq/111.html
http://www.craftyarncouncil.com/tip_crochet.html
http://www.crochetcabana.com/html/basicstitches.html

3 ulasan:

  1. tak pernah buat, tapi dulu pernah buat cross stich sajer

    BalasPadam
  2. wahhh suka berkait yeee. kreatifnyaa!

    BalasPadam
  3. power lah kalau pandai kait mengait nih

    BalasPadam

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...