Berapa keping nak?


Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

" Berapa keping nak? " soalku sambil keluarkan doh-doh roti canai. 



"Aisyah nak 10 keping. "

Terkejut ibu ambil order anak dara. Nasib kat rumah kalau kat kedai, mau pengsan nak bayar 10 keping. Belum masuk minum lagi. Ni tambah lagi roti  canai 10 keping. Ibu dapat makan sikit je roti canai tadi. Hairan juga ibu makin berisi, anak makin keding. Agaknya lemak ibu ambil kot. ha..ha..


Tapi waktu ni la seronok nak bereksperimentasi dengan resepi di blog dan facebook. Anak-anak mungkin kelaparan, selepas penat meneraburkan rumah menghabiskan makanan dengan gelojoh. Jangan hidang kayu dan batu sudah. Seronokkan, tak banyak songeh makanan pun tak membazir. 


Lagipun tak seronok makan di kedai dengan anak masih kecil. Sudah biasa duduk di rumah buat acara bebas tanpa kongkongan. Kalau kat kedai susah nak kawal, membazir pun satu. Yang geramnya, dah balik rumah lapar semula. Membazir sahaja makanan di kedai tadi, sekarang makan di kedai sangat mahal. Jadi ibu kenalah pandai memasak pandai ataupun tidak. 

Ulasan