Antara kait dan jahit

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum, saya kali ini sibuk menyiapkan persiapan untuk bayi dalam perut. Pagi tadi dah siapkan satu bedung untuk bayi. Wanita memang dilahirkan untuk mementingkan kesempurnaan bak kata suami semua nak buat. Jadi laju-laju siapkan barang bayi yang tinggal topi, stokin, 'booties' dengan sarung tangan bayi. 

Ada yang saya jahit, ada juga saya kait, penat sangat tapi berbaloi. Nanti saya kongsi satu-satu ya, projek yang saya buat. Saya belajar banyak daripada blogger-bloger luar negara. Rajin mereka buatkan pola percuma untuk pembaca. Duduk di rumah ni, kita memang tak mampu nak cari duit sebanyak yang bekerja makan gaji. Tapi kita banyak masa untuk belajar kemahiran menjahit dan mengait melalui internet, yang pastinya percuma dan tak payah tinggalkan anak pada orang lain semata-mata nak belajar. Pastikan berada dalam kumpulan sokongan menjahit dan mengait supaya kita boleh peroleh pelbagai lagi ilmu daripada orang yang pakar dalam kemahiran tersebut. 

Kadang-kadang saya suka menjahit, kadang-kadang saya suka mengait. Tapi setiap kemahiran ada kelebihan dan kekurangan. Menjahit saya kira lagi laju daripada mengait tapi bagi pemula macam saya, saya masih tak mahir menggunakan mesin. Adakala, buntu juga kenapa benang bergumpal di bawah, kadang tersalah guna jarum, tersilap 'setting' tegangan dan paling haru tersilap jahit atau potong kain. Menangislah kalau dah tersalah potong. Apa pun cabaran pastinya akan buat kita makin  mahir dalam menguasai sesuatu kemahiran. Kegagalan sebenarnya akan menunjukkan kita mana yang betul dan mana yang salah. 



Sudah siap satu bedung bayi, tak sabar tengok si kecil pakai bedung ni.  Pola untuk bedung ni saya muat turun daripada makezine pattern podcast snuggler. Boleh klik pada pautan kemudian muaturun dan printkan, tampal kemudian acu pada kain. Gunting dan jahit kain, sudah siap. Kita tunggu bayi pakai sahaja. Tinggal satu bulan lebih lagi. Ada lagi projek kait dan jahit menanti. Nanti saya kongsikan ya.





Bagaimana mahu berkerja dari rumah dengan hanya berblogging, maklumat lanjut di sini 

Ulasan