cara cantum bunga kait, langsir

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamulaikum dan selamat sejahtera..hari ini saya mahu kongsikan tutorial cara mencantumkan bunga kait untuk langsir, melalui kaedah cantum sekali lalu (join as you go). Cara ini lebih mudah dan akan menyemarakkan semangat untuk menyudahkan projek dengan cepat. Tapi bagi saya yang mempunyai pelbagai iklan di rumah, memang akan menjadi tersangat lambat d. hu..hu..Janji siap...itu yang penting.

Langsir kali kedua ini, lebih kemas daripada yang pertama. Sebelum ini saya pernah terbaca dalam satu artikel di satu blog tentang kait (lupa urlnya), menyarankan jika mahu pandai dalam bidang kait, teruskan dan siapkan projek kait sehingga selesai. Jadi atau tidak belakang kira, apabila saya ikut apa yang disarankan barulah, makin faham sesuatu paten. Kadang-kadang apabila kita dah penat, buka kait, buka kait kita akan tinggalkan projek tersebut. Yalah, sudah tertekan dan bosan itu  yang menjadi projek tertangguh tu.

Berbalik dengan langsir kait saya yang kedua ini, baru saya betul-betul puas hati dengan kekemasannya. Perlu baca dan berulang kali baru benar-benar faham. Sangat perlu membuat nota selepas kita belajar sesuatu walaupun hanyalah hobi mengait. Barulah mampu faham dengan cepat.

Hari ini saya mahu berkongsi nota dengan pembaca semua bagaimana saya mencantumkan bunga 'Power Vallance' ini. Maaf ya jika gambar terlalu kabur, harap tegur jika tak faham, saya tak pakar cuma mahu berkongsi ilmu yang ciput saaja.

1. Langkah pertama pastikan bunga vallence ini mempunya 12 kelopak sahaja. Jangan terlebih dan jangan terkurang. Saya pernah kongsikan tutorial cara kait bunga power vallence dalam entri sebelum ini, rujuk dahulu sebelum ke langkah ini ya.




2. Cara mencantumkan setiap kelopak  bunga. 




a) Kaitkan 4 dc, kemudian slip stitch pada dc ke 4 pada kelopak bunga sebelumnya. Teruskan mengait 4 dc


b) Ulang sekali lagi untuk cantumkan satu lagi kelopak. 

3.  Ini adalah langsir untuk pintu, jadi saya buat mengikut panjang pintu bilik saya. Perlu ada 6 bunga untuk baris pertama  langsir kait ini. Perlu diingat  setiap kelopak atas perlu ada 4 kelopak di atas yang tidak dicantum.. Lihat saya sudah nomborkan 1, 2, 3, 4  dalam gambar.

4. Setiap satu bunga akan bercantum pada kelopak a dan b, hanya 2 kelopak bunga kiri dan dan sahaja di cantum. Manakala, 4 kelopak di atas dibiarkan tak bercantum, akan dijadikan tempat menyangkut langsir.

5. 4 kelopak di bawah  yang saya tandakan dengan nombor 1, 2, 3, dan 4 akan dicantumkan pada 2 set kelopak bunga yang berlainan. 



6. Baris kedua ini, saya kait 2 keping bunga separuh dan 5 keping bunga penuh. 

7. Baris ketiga, hanya cantumkan 2 keping bunga di kiri kanan langsir. Baris ketiga pula satu bunga separuh dan satu bunga penuh di kiri dan kanan. Manakala, baris terakhir pula hanya satu bunga. 

8. Cantuman bunga ini bergantung kepada keluasan langsir dan kreativiti anda. Tak perlu terlalu mengikut apa yang saya lakukan. Cuma saya hanya mahu memberi idea cara mencantumnya. Masih berbaki 2 langsir untuk pintu dan beberapa alas untuk almari dan meja. Buat perlahan-lahan, semoga cepat siap. Al maklumlah, banyak iklan di rumah. 



Ulasan