Pengalaman demostrasi kait di Tv Al-hijrah bah 2

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, malam isnin saya tak mampu nak lelapkan mata memikirkan slot demonstrasi diy di Tv Al-Hijrah. Memang tak diheboh-hebohkan sebab gemuruh nak demo depan tv secara langsung pula tu. Dalam blog, bolehlah bersedia, ayat boleh dikarang panjang berjela. Yela kita banyakkan membaca kemudian menulis. Saya siap karang apa yang nak dicakapkan nanti di Al-Hijrah.




  • Hari Isnin sudah tiba. 
Paginya saya bersiap, bangun seawal 5.30 pagi, mandi dan solat, dalam doa saya mohon semuanya berjalan lancar. Menggigil betul apabila fikirkan demonstrasi secara langsung. Tak ramai yang saya beritahu, yang paling penting saya maklumkan pada cikgu blog saya Pn Zaila. Seperti biasa beliau selalu memberi galakan pada saya untuk maju ke depan. Terima kasih cikgu, memang selalu memberi semanagt tak putus-putus sampai saya yakin melangkah.  

Saya sampai di studio lebih kurang pukul 7.30 pagi, rupanya slot saya bermula pukul 9 pagi. Ada masa dalam 1 jam lebih, untuk menenangkan pemikiran yang gemuruh. Makanan turut disediakan untuk mengalas perut yang lapar, tapi saya menjamah sedikit sahaja buat alas perut. Terasa selera makan hilang mungkin dek  kerana perasaan  gemuruh di dada tidak hilang lagi. Sebelum masuk ke studio, saya dimekap oleh mekap artis. Fuh, kalau nak harap saya mekap sendiri, memang tak jadilah. Bukan reti pun bermekap bagai selepas ada anak tiga orang ni. he..he..


  • Dalam slot DIY Mengait. 
Sebelum slot saya bermula, saya sempat melihat cara krew tv bekerja, sangat efisien dan pantas, mereka bijak mengatur masa yang pendek. Sempatlah tengok Ahmad Maslan bercakap mengenai topik GST, macam biasalah kan. Saya sempat bertanya juga dengan pengacara yang bersama saya, Amie Sofia Ahmad berkenaan slot saya. Terima kasih tunjuk ajar ya, beliau menasihati saya jangan terlalu gemuruh di depan tv. Jika tidak memang akan nampak gemuruh. Sewaktu tu memang darah gemuruh memang naik kembali, rasa nak lari tapi kaki terikat dah. 

Credit Pn Zaila Mohammad



Rasanya sewaktu siaran berlangsung selama 10 minit, memang tak sempat langsung nak ajar satu persatu lagipun dengan istilah kait yang agak memeningkan. Apa itu loop, slip stitch, single crochet, half double crochet? Tak mampu nak diterangkan dalam satu masa, dengan masa yang terlalu singkat. Rungut rakan-rakan, kamera tak fokus pada tangan, memang susah nak faham. Insyaallah saya akan terangkan dalam blog satu persatu nanti. 

Bagi saya pengalaman ni, memang sangat membantu saya mengajar kemahiran kait dengan lebih baik. Dalam studio tanpa penonton depan mata, saya tetap gemuruh, tapi insyaallah saya akan belajar pertingkatkan diri ke arah lebih baik lagi. 

Sekalung penghargaan buat rancangan Assalamualaikum siaran tv Al-hijrah dalam usaha memperkenalkan crafter ke mata masyarakat Malaysia. Di barat rancangan DIY sudah banyak disiarkan namun di Malaysia, masih lagi kurang  dipertontonkan. Kebanyakkannya lebih kepada rancangan masakan, semoga selepas ini rancagan diy dan kraf akan tumbuh lebih banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. 

Dalam satu artikel yang saya pernah tulis sebelum ini, bertajuk Saya Hanyalah Surirumah, saya memetik kata-kata  Dr Hemantt Mittal dalam kajiannya tentang surirumah di  India,  beliau banyak menemui ramai surirumah yang hebat-hebat, namun tersembunyi disebalik status surirumah. Salah satu sebabnya, tiada sokongan daripada pasangan, ramai yang memperlekehkannya, dan tiada yang menunujukkan jalan kepada mereka bagaimana mampu mereka merubah menjadi surirumah yang luar biasa berbekalkan pengalaman yang mereka lalui. Usah dikejar dan cuba meraih sokongan dan simpati orang lain sebelum menyokong diri sendiri. Buruk akibatnya, orang makin perlekehkahkan kita dan memijak kita hingga lunyai. Tapi apabila kita sudah yakin dan bergerak ke depan, tiada siapa mampu menghalang. 

Jadikanlah medium blog sebagai salah satu batu loncatan ke hadapan. Usah banyak berfikir, rancang dan teruskan lakukan sahaja. Jika silap, perbaiki daripada semasa ke semasa. Salah satu kebaikkan kita, kita mampu memikirkan pelbagai idea yang bernas. Namun, hanya mampu berfikir, tapi tidak mahu lakukannya takut diketawakan. Jadi selepas ini terus sahaja lakukan, tanpa berfikir panjang. Orang gelak pun gelaklah, kita dapat pengalaman yang kita akan guna pakai sehingga hujung hayat.  Daripada situ, kita akan mampu dan yakin ke hadapan. 

Sekian sahaja buat masa kini, semoga ceria selalu. 

Nota pendek: banyak sungguh mak jemah menulis di blog, dulu-dulu tak sepanjang ini. Berkat tunjuk ajar guru blog dan pembacaan yang meluas, blogwalking dan buku, serta pergaulan yang meluas dengan rakan-rakan memang membantu dalam penulisan di blog. Semua orang ada bakat penulisan namun jika kita kita tidak  mengasah bakat tersebut , bakat akan terpadam mengikut masa. Jika kita asah dengan latih tubi berterusan insyaalah semuanya akan jadi mudah. Tiada usaha yang terbuang begitu sahaja. 


Bak kata cik Abang ni la kan..





Bagi yang berminat untuk untuk menyertai kelas blog penulisan dan blog bisnes, boleh rujuk yuran kelas online ABDR di sini ya.

Kami juga menjual pelbagai ebook yang memuatkan pengalaman dan tips berguna untuk para surirumah di luar sana yang masih mencari panduan bekerja dari rumah, antaranya: 








Boleh rujuk ebook ABDR untuk maklumat lebih lanjut. 



Ulasan

Catat Ulasan