Tutorial mengait bunga ros

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kongsikan cara saya mengait bunga ros, pada entri Projek kait jambangan bunga ros. Jika anda baru berjinak-jinak dengan hobi mengait ini, saya alu-alukan anda mencubanya kerana patennya sangat mudah. 

Bahan-bahannya


Benang nona(sebarang warna), jarum jahit, jarum kait bersaiz 4 mm, gunting. 

Langkah-langkahnya: 

dalilayusof.blogspot.com
Bahagian bunga:

1. Pastikan ada lebihan benang sepanjang 8 inci untuk menjahit bunga nanti, buatkan 'slipknot'.


2. Kaitkan sebanyak 66 chain.

3.


Pada penghujung baris, chain 3 kemudian pusing.

4. 


Ulangi langkah ** kaitkan (2 dc, Ch3, 2 dc)** pada kaitan -V sehinggalah hujung baris. Pada pengghujung baris, kaitkan 1 sc, dan pusing. 


5.

 6. 

Pada kaitan terakhir, kaitkan 1 sc, kemudian tinggalkan sekurang-kurang panjang lebihan benang sepanjang 8 inci. Gunting dan matikan benang. 



Kita mulakan pada bahagian bukan yang ada benang lebihan tadi, gulungkan jaluran kait di sekeliling jari telunjuk untuk membentuk bunga. apabila sudah siap, gunakan benang lebihan tadi untuk menjahit bunga. Jika anda tak faham boleh rujuk video di bawah ye. Ini bukanlah tutorial saya, tutorial asal daripada Naztazia. Terima kasih atas tutorial anda yang cukup lengkap. Saya mampu siapkan jambangan bunga yang cantik daripada tutorial anda. 





Kesemua gambar adalah hak milik saya, jika mahu meniru, tirulah dengan niat untuk belajar bukannya menciplak, bak kata orang jangan tiru secara bebal.  Anda hanya dapat hasilnya tanpa belajar satu pun daripada saya. Saya tak minta bayaran cuma kreditkanlah pada blog saya dan empunya tutorial yang asal. Semoga ilmu yang anda dapat adalah bermanfaat. Jika mahu menulis tutorial yang sama , tulis semula, dan gunakan gambar sendiri untuk menulis di blog anda ye. Walaupun sama tetap tak serupa. Salam sayang daripada saya selamat mencuba. 

Iklan: 

Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

.

Ulasan