Tutorial apilak untuk kereta

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kongsikan cara membuat apilak kereta sesuai untuk buku aktiviti kanak-kanak, topi atau apa sahaja mengikut kreativiti anda. Tutorial ini daripada Mammy Made, terima kasih atas idea yang bernas ya.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan
Salah satu projek buku senyap cik Ecah, sukalah dia saya buat benda ni. Boleh tampal-tampal, saya juga ada kaitkan perkataan "car" untuk anak-anak mengeja. Anak-anak suka belajar begini, bukan senang nak suruh anak belajar. Nanti saya kongsikan pula bagaimana saya mengait abjad "car" ye.

Cara-cara mengait appilque kereta, anda memerlukan:

3.5mm jarum kait
Benang kesukaan anda.
Jarum jahit


Badan kereta:
1. Gunakan warna benang utama, ch 14, sc pada chain kedua daripada jarum dan kait hingga hujung baris. (13)
2. ch 1, pusing, sctog, sc hingga ke 2 kaitan terakhir, sc2tog (11)
3. Ulang langkah (2). (9)
4. Ch 1, pusing, sc hingga hujung baris. (9)

Testimoni kelas asas blog daripada protege ABDR, Pn Nur Shazwani.

5. ch 11, pusing , ss pada turning ch pada bahagian bertentangan.
6. ch 1, jangan pusing , sc pada kaitan yang sama, kemudian teruskan sc hingga bahagian paling pendek kereta, buat 3 sc di bahagian penjuru, sc pada bahagian yang panjang, 3 sc pada sudut tepi, (kait sekata pada bahagian yang pendek kedua).


10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah.




7.  Kait 11 scs pada sekeliling ch 11, sambung  sl st  pada sc pertama, matikan benang dan perkemaskannnya.

8. Sambungkan benang pada ch ke 5 pada baris ke , gunakan 2 lapisan benang, ch 3 untuk mendapatkan  chain yang tebal, matikan benang, tinggalkan 2 ekor benang. Gunakan benang jahit untuk menjahit chain tadi pada bahagian atas kereta (di tengah-tengah), perkemaskan jahitan. 

Jangan lupa rekod setiap urusan jual beli.

Roda pula, (kait 2 roda)

1. Gunakan warna yang berbeza, buat magic loop, ch 3, kait 11 dc pada loop, sambungkan sl st pada atas ch 3 (12). 
2. Matikan benang, tinggalkan ekor benang yang panjang untuk jahit pada kereta. 
3. Ulang pada roda ke dua.

Jahitkan roda pada bahagian tengah kereta. Siap..boleh ditampal di mana sahaja ikut kreativiti anda, tutorial asal daripada Mammy Made. Rajin-rajin kunjungilah bog tersebut banyak paten percuma boleh dipelajari.

Ulasan