Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 7 Januari 2015

Sapu-sapu sawang pada blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah lama blog bersawang, balik  kampung tak dirancang, gara-gara adik yang baru bekerja ingin belanja satu keluarga makan besar. Memang tradisi kami sekeluarga, mahu merasa duit adik beradik yang baru bekerja. Apabila, sudah berkumpul dengan adik beradik seramai 7 orang kecuali kakak yang tak dapat balik. Memangla, kecoh sekampung, ditambah lagi dengan anak-anak  buah yang makin ramai. Kecoh macam ayam nak bertelur riuh sekampung. Huih, tak cukup makanan yang terhidang, licin pinggan. Kalau nak berkumpul ramai-ramai kena rancang daripada awal, masing-masing sudah ada rancangan tersendiri dan kebanyakkan sudah berkeluarga.

Apabila berjauhan di negara orang, lain sungguh cara pemakanan, masakan dan gaya hidup dengan budaya di Melaka. Pasar malam di Selangor, berbeza sedikit terutama rasa laksa, burger dan yong taufu. Memang kalau pulang ke Melaka itu yang dicari dahulu. Sewaktu mengandung, memang mengidam sangat makanan di Melaka.hu...hu..Biasanya kalau burger di Melaka hanya dibubuh bahan asas sahaja, tidaklah dibubuh sos lada hitam. Makanan di Melaka masih boleh dikategorikan murah lagi. Barang juga tak semahal di Selangor, terasa nyaman berada di kampung, udara yang segar dan sejuk, menenangkan pemikiran.


Setakat ini sahaja, akhir sekali saya nak tempek kata-kata motivasi untuk kita semua.

"Penghinaan atau kegagalan bukan satu hukuman tapi satu daya tolakan yang paling kuat untuk kita maju ke hadapan . "

dalila yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tutorial membaca pembaris inci bah 1.

Teks: Dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Cara baca pembaris/ tali pengukur dalam inci Assalamualaikum, hari ini saya ingin ber...