Workaholics atau Workafrolics

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Zaman sekarang cukup mudah kan kalau tertekan boleh cari motivasi, tak macam dulu. Mudah dan percuma kalau ada internet laju macam UNIFI...ha...ha..Dulu-dulu jadi surirumah memang la tertekan, duk mengadap anak yang nakal tak tahu buat apa. Tak de ilmu macam sekarang, semua di hujung jari.Tapi dalam kebaikkan tersebut, hati-hati dengan keburukan yang ada. Ada juga orang yang rajin berkongsi ilmu yang tak baik di internet.  Orang mementingkan diri cukup banyak...Orang yang baik juga cukup banyak. Yang penting perlu memilih dengan hati-hati dan baik. Ambil yang baik, buang  yang buruk.
Richard St, John dalam videonya "Why it pays to work hard" berkata antara tabiat yang sama bagi orang berjaya adalah kerja. Mereka bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan.
Bagi yang berminat nak sewa kereta MPV Inova dan Hiace sepanjang cuti sekolah ini boleh tempah  di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace.

Martha Stewart
"I'm a real hardworker. I work and work and work all the time" 
"Saya sangat kuat bekerja. Saya bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang masa"

Rupert Murdoch, Media tycoon
"It's all hard work. Nothing come easily. But I have a lot of fun."
"Semuanya kerja keras. Tiada yang mudah. Tapi saya berasa sangat seronok."

Seronok....Orang yang berjaya suka dan gembira bekerja, mereka bukanlah workaholic tapi mereka adalah workfrolics.  Apa bezanya workfrolic dengan workaholic? Workafrolics, istilah daripada Richard St, John yang diperkenalkan pada tahun 2005. Workafrolic merupakan gabungan dua perkataan "work" dan "frolic". ''Frolics"bermakna kita melakukan sesuatu aktiviti atau kerja dengan gembira seolah-olah kita sedang bermain.  Workafrolic bermakna seseorang yang suka bekerja keras, tanpa penah merasa penat,  gembira bekerja sehingga terlupa tidur dan makan. Mereka bukanlah gila bekerja tapi mereka suka bekerja keras tanpa bersunggut.Antara contoh workfrolics adalah: 

Jimmy Pattison, 
Pengerusi, Jim Pattison Group

"Bussines is my recreation. i'd rather to go to my factories and meet with our people, than go to the beach I can tell you that. " (Perniagaan adalah rekreasi saya. Saya lebih suka ke kilang dan berjumpa pekerja, daripada ke pantai.)

Dave Lavery, Nasa Whiz who work with Nasa, yang mencipta robot untuk Marikh. 
"We work our fingers to the bone. But it doesn't seem like work. It's fun, it's what we want to do. We don't want to put things down and go home. " (Kami bekerja daripada jari hingga tulang. Tapi tak kelihatan seperti bekerja. Seronok sungguh. Itu yang kami ingin lakukan. Kami tidak ingin meletakkan peralatan dan pulang ke rumah.)

Bill Gates
Walaupun sudah menjadi Multimillionare, dia bekerja sepanjang malam sehingga pukul 10mlm dan hanya mengambil cuti selama 2 minggu dalam masa 7 tahun. Kebanyakkan masanya hanya depan komputer. 

Oprah Winfrey
"I would never see daylight. I'd came to work at 5.30 in the morning when its dark and leave at 7 to 8 when its dark." (Saya tidak pernah nampak hari siang. Saya datang kerja pada pukul 5.30 pagi pada waktu gelap dan pulang pada pukul 7-8 malam  pada waktu gelap juga.)

Richard St, John juga tidak cukup tidur sepanjang hari dan minggu semata-mata gembira bekerja. Sampai satu masa dia bertanya pada diri adakah hanya dia sahaja bekerja sekeras itu. Dalam mitos, semuanya nampak mudah bagi sesetengah orang, apabila kita menonton tv tiada siapa pun yang nampak bekerja sangat keras untuk berjaya. Kebanyakkannya cerita di kaca tv, sangat memntingkan bakat dan rupa. Ada bakat lebih-lebih lagi rupa, pasti berjaya.  Lebih-lebih lagi kalau kita tonton dalam kebanyakan cerita melayu, nampak mudah, nak kaya cepat kahwin sahaja dengan anak orang kaya. Walaupun kerja memotong rumput sahaja pada asalnya, asalkan tampan dan bergaya, dapat kahwin dengan anak orang kaya. Daripada seorang pemotong rumput terus jadi bos di sebuah syarikat terkemuka. Hidup tak semudah itu, jalan yang kita lalui banyak simpang siur. Baru-baru ini saya semakin sedar, saya bukanlah tak berbakat, dan juga terlalu teruk dan tiada peluang untuk berjaya. Saya KURANG BERUSAHA mudah sangat putus asa, mudah sangat jatuh apabila orang asyik mengkritik. Maknanya, saya tak bekerja sekeras-kerasnya. Doa juga tidak mungkin lah termakbul tanpa usaha yang keras dan gigih !

Malahan Chris Rock, Ahli komedi berkata: 

I wasn't the funniest guys growing up, but I was the guy who worked on being funny  the hardest.
"Saya bukanlah semulajadi kelakar. Tapi saya bekerja keras untuk menjadi orang yang kelakar"


500 orang yang berjaya dalam bidang masing-masing, ditemuramah beliau, berkata tidak mudah mencapai kejayaan walaupun mereka melakukan kerana minat. Apabila kita memperlekehkah kerja, terlalu membanggakan bakat yang kita ada, orang yang bekerja keras akan mengalahkan kita yang mempunyai bakat. 

Arthur Benjamin, Profesor Matematik, "America's best Math Whiz"
"I think numbers and I have always gotten along. But I'm sure my "talent" is just due to the time and hours and work  that I've put into it. "
"Saya fikir nombor dan saya selalu serasi bersama. Tapi saya pasti "bakat" saya hanyalah kerana masa dan berjam-jam dan kerja yang saya pertaruhkan. "

Bekerja dari rumah bukanlah mustahil. Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah, kumpulan suri berniaga secara online. Pelajari pemasaran di FB, blog dan instagram.  Jika anda berminat boleh lihat selanjutnya di Pakej Mampu Milik bekerja dari rumah.

Ramai yang berbakat tidak berjaya dalam hidup mereka, kerana mereka hanya memendam bakat mereka dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat mereka. Misalnya, 

Michael Jordan, Superstar Bola Keranjang

Beliau mempunyai bakat dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat yang terpendam apabila beliau mula-mula bermain bola keranjang. Akhirnya, beliau dibuang daripada pasukan bola keranjang Sekolah Tingginya. Bermula daripada itu, beliau tersedar daripada mimpinya. Beliau berusaha sekeras yang mungkin, selepas dibuang daipada pasukan tersebut oleh jurulatihnya. Beliau memperlekehkan pemain yang tidak mahu berusaha keras. Kerana usaha keras tersebut beliau menjadikan beliau pemain bola keranjang  yang terbaik sepanjang masa. Anugerah sebenar bukanlah BAKAT tapi kebolehan untuk KERJA KUAT.

 Jika kita terlalu memperlekehkan KERJA, dan terlalu membanggakan KEPANDAIAN kita, akhirnya kerja akan menang mendahului kepandaian. Kebanyakkan orang yang berjaya mereka bukanlah bijak, tapi mereka bekerja keras.

Francois Parenteau, Bussiness Week menamakannya "Top independent analysis on Wall Street"


"I'm certainly not that smart. I can't even remember my zip code. Work is a big part of my life. I think about investment pretty much 24 hours a day seven days  a week."
"Saya bukanlaha pandai sangat. Saya tak ingat pun zip kod  saya. Kerja merupakan sebahagian besar hidup saya. Saya memikirkankan tentang pelaburan sangat banyak,  24 jam sehari, 7 hari seminggu. "

Nez Hallet, III Ceo Smart Wireless,

"I graduated from high school with a C average. And college with c minus average. "
"Saya menamatkan sekolah menengah dengan satu purata C, Dan kolej pula dengan purata c minus."
Tapi sekarang, "Smart" phds melaporkan diri pada beliau. Macamana beliau   lakukan? Beliau berkata: "If you're going to be successfull in anything, the key thing is to work hard." ( Jika kita ingin berjaya dalam apa sahaja perkara, kunci kejayaan adalah bekerja keras. )

Richard St, John, bukanlah seorang yang pandai. Klau kita lihat laporan prestasi akademik beliau, beliau bukanlah pelajar yang sering  mendapat A, tetapi beliau sering mendapat c dalam pelajarannya. Melihat prestasinya, beliau tidak mungkin akan dapat masuk  sebarang kolej pun pada waktu kini. Bagaimana beliau mampu berjaya dan kaya, beliau bekerja selama 60-80 jam seminggu. lebih kurang 7-11 jam sehari. Thomas J. Stanley, pengarang buku "The Millionare Mind". mendapati kebanyakkan jutawan, bukanlah pelajar yang mendapat "A", tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dan paling penting cikgu mereka menganggap mereka tidak mampu berjaya. Tapi mereka berjaya kerana mereka bekerja keras. Beliau membuat lawak,  jika kita adalah pelajar yang sering mendapat c dalam ujian, mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya. Perkataan "Success" tidak mempunyai A, tapi mempunyai 2 C. Jika kita adalah pelajar yang pintar, maaf tiada peluang  untuk berjaya. Kerana orang yang bijak akan duduk berehat, dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat mereka. Mereka pendapat mereka berbakat dan semuanya mudah bagi mereka. 

Jeong Kim president, Lucent Technologies

"People who are the smartest, sometimes don't realizes their full potential, because things get too easy, so they don't push themself harder." (Orang yang sangat cerdik, kadang-kadang tidak sedar bakat mereka sepenuhnya kerana semuanya terlalu mudah, jadi mereka tidak memaksa diri mereka sekeras-kerasnya.)

Selepas memberi ceramah di 10 Universiti Perniagaan terkemuka, Richard St, John. Seorang lelaki datang kepada beliau, berkata bahawa: Apabila saya  mendapat MBA di unversiti beberapa tahun yang lepas, saya merupakan pelajar paling terbaik di dalam kelas.  Saya ingat saya sudah berjaya, apabila saya tamat pengajian, saya langsung tidak berusaha keras. Apa yang berlaku, saya mengalami kemerosotan dalam hidup. Saya tidak pergi ke mana-mana, saya tidak mencapai sebarang kejayaan. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Sekarang saya tahu apa yang perlu saya lakukan, saya perlu berusaha keras. Kesimpulannya, samada kita pandai atau tidak, kita tetap perlu berusaha keras. Oh ya, ini buku yang ditulis oleh Richard St, John. Yang dalam videonya, adalah hanya sebahagian kecil daripada bukunya ini. Beliau mengambil masa selama 10 tahun untuk mengarang buku ini. Hasil daripada temuramah 500 orang yang berjaya dalam pelbagai bidang. 

Semoga kita berjaya dan terus berjaya dengan kerja keras kita. Bagi saya, semua benda kita perlu bekerja keras, menjaga anak, mendidik anak, mencari duit untuk memenuhi keperluan anak. Malahan, kita perlu bekerja keras mempertahankan perkahwinan kita. Malah dalam ibadat pun sama. Mana ada benda mudah dalam dunia ini. Apabila kita mahu semuanya mudah, hidup kita dalam bahaya. Mudah ertinya, mengharapkan pertolongan dan semuanya disuap dalam mulut kita. Jika tiada orang yang membantu dan menyuapkan kita, kita mati kebuluran. Tak seronok betul hidup sebegitu, nampak mudah tak perlu berpeluh. Tapi kita mempertaruhkan kebahagian kita pada orang lain, hidup kita sudah pasti kucar kacir. Biarlah penat membuat semuanya yang terbaik untuk keluarga, yang pasti ini hidup kita. Orang tak hairan kalau kita tergolek tepi jalan. Simpati hanya beberpa hari, kemudian kita akan dilupakan. Yang merasa susah adalah kita dan keluarga kita. Okeh, sampai di sini sahaja, nanti jumpa lagi..











http://indonesiana.tempo.co/read/16142/2014/05/30/desibelku.1/anda-workaholic-atau-workafrolic

Ulasan