Isnin, 8 Disember 2014

Work in pogress set baby

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Semalam langsung tak berpeluang nak menaip di blog, hari ini paksa juga diri menulis. Memang tiada masa, tapi kena wujudkan masa juga.  Pagi tadi bertungkus lumus bersengkang mata  menyiapkan booties. Baru dapat siapkan sepasang sahaja, tengahari ini pula baru dapat hiaskan sikit topi kait. Semoga malam ini, dipermudahkan siap 2 set bayi ini. Selepas ini, kena paksa diri kait baju ala-ala frozen siap sekali dengan crown termasuklah kait semula teddy bear yang tergendala tu. Anak asyik merengek bertanya sahaja, sabar jela.

Apabila dah mahir kait booties ini, wajib kait banyak biar betul-betul mahir. Bak kata peribahasa mat sallehkan..."Practice make perfect". Dah selalu buat mesti tiada cacat celakan. Barulah tak malu nak menjual..he...he...Apa yang saya pelajari dari pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, kita kena buat apa yang kita pandai sampai betul-betul cantik dan tiada cacat cela. Barulah orang boleh membeli dengan mudah daripada kita. Mengait memang lambat permulaannya, walaupun menggunakan asas yang sama, single crochet, half double crochet, double crochet dan slip stitch, patennya tak sama. Apabila dah biasa, paten dah install dalam kepala, terus laju sahaja tangan mula mengait sampai habis. Lagi satu yang membuatnya lambat, pada waktu nak menghias. Kalau saya, saya nak betul-betul nampak cantik barulah lega bagi pada orang. Kan?




Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Akademi Bekerja dari rumah menawarkan kelas akaun secara offline, di dua tempat

1. Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. [Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Berminat boleh hubungi saya terus di 019-3229480.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan