Mood Si tukang kait

Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim...
Gambar: Cik Google

Mengait ini, lambat sangat lambat, berbanding menjahit dan kraft felt, bagi sayalah, tak tahu kalau orang lain. lebih-lebih bagi yang baru bermula, yang betul-betul kosong dalam seni mengait ini. Waktu saya baru belajar pun macam tu, lambat betul, mengait. Bagi saya, saya akan mengalami 3 peringkat perubahan emosi dalam misi menyiapkan projek kait saya. Anda macamana pula ya?

1.
Terlalu gembira, terutama selepas terliur melihat paten yang cantik-cantik dan menarik di Pinterest, mula meroyan beli benang dan sebagainya. Suami menjadi mangsa disebabkan ketagihan isterinya ni. Sanggup meluangkan masa pergi kedai, mencari barang, seretla sekali 3 orang kanak-kanak ribena sekali. 
Bagi yang berminat nak sewa kereta MPV Inova dan Hiace sepanjang cuti sekolah ini boleh tempah  di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace.
2.
Tahap tertekan sebabnya kait, lerai, kait, lerai asyik silap je. Yang paling tak seronok, kait je mesti silap, kalau tertinggal satu kaitan, tak cukup bilangan, terlebih bilangan kait pun boleh sasau tau. Sebabnya silap sikit je kait ni, boleh menangis kena buka balik, bukan leraikan satu je, kadang-kadang satu baris, 2 baris kena leraikan balik. Paling sadis, kena lerai balik semua hasil kait, pula tu, dah nak habis kait dah. Tersilap kait merana tau. Nak-nak waktu kira bilangan kait cik suami dan anak-anak kacau. Memang akan jadi singa lapar la. Mengaum je...Aum....

Bekerja dari rumah bukanlah mustahil. Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah, kumpulan suri berniaga secara online. Pelajari pemasaran di FB, blog dan instagram.  Jika anda berminat boleh lihat selanjutnya di Pakej Mampu Milik bekerja dari rumah.

3. 

Melompat kegembiraan, apabila projek dah siap, waktu paling seronok, apabila kita dah mula nampak hasilnya. Kita akan mula mengait dengan pecutan semaksimum boleh, kalau bolehlah nak capai halaju cahaya, 3x 10^8 m/s. Dah siap hias projek kait, melompat-lompat macam monyet dapat bunga. Seronok sangat, yela, dah siap, nampak cantik sahaja. Tak kisahlah tak lawa di mata orang lain janji cantik di mata kita. ha...ha...Peduli apa, yang penting kita dah tau macamana nak buat. 

Projek hari ini


Tak sempurna mana pun projek ini, tapi oklah dah paham macamana nak buat. Bolehla, daripada tak de kan? Ok, nanti kita jumpa lagi ya...




Ulasan