Kotak kait.

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Disebabkan ada hal tak terduga entri hari ni ringkas dan pendek. Saya ingin ceritakan ringkas tentang kotak kait yang saya buat ambil masa 3 hari untuk buat tanpa paten.

Saya pakai jarum kait 5.5mm dan benang kait 4 ply yarn tak ingat jenama apa , nanti saya update kembali.

1. Kaitkan 30 chain, kemudian kait pada chain ke 3 daripada jarum kait. Kait hdc sampai hujung baris. Baris ke 2 sehingga 8, hdc sehingga hujung baris. Kemudian, kait di sekeliling kotak, macam kita kait booties, macam tulah yang kita buat untuk mendapatkan bentuk kotak.
2. untuk bahagian penutup pula kait dalam 33 ch, dan kait hdc pada ch 3. Baris ke 2-8 buat hdc samapi hujung baris. Untuk mendapatkan bentuk kotak, buat macam yang kita kait pada topi dan booties.

Kalau tak faham sila tanya...jangan malu-malu.

Ulasan