Sabtu, 27 Disember 2014

Bola kait granny square

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Dulu-dulu saya pernah kongsikan nota tentang granny square yang paling mudah nak buat , granny square simple. Apa yang menyeronokkan membuat granny square apabila dicantum macam-macam boleh buat, sarung bantal,  alas sofa, alas peti sejuk, macam yang saya cantum jadi bola lembut untuk anak. Bolehla kakak-kakak nak main ngan si ecah, kalau baling pun tak sakit, cedera pun tak lah teruk sangat boleh gelak-gelak lagi kena baling bola. Boleh ajar main sambut-sambut bola, pada masa sama ajar anak cara main sepasukan. Sepanjang pengalaman saya, anak bukan tak reti main, tapi mak bapak  Ilham saya cedok daripada blogger ini, Tutorial bola granny square. .

Internet banyak memberikan inspirasi kepada kita, perlu bijak memilih, apa yang baik dan tak baik.  Namun hati-hati dengan internet, kita hidup di zaman dunia tanpa sempadan. Orang mampu menceroboh dalam  kehidupan kita, selongkar apa yang sepatutnya rahsia dalam hidup kita. Ambil yang baik buang yang jauh. Apabila kita tak suka sesuatu di internet, elakkan memberi komen yang negatif. Samada berikan kritikan positif atau terus diam berlalu pergi. Apa yang di internet akan kekal di internet walaupun kita sudah padam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan