Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Sabtu, 6 Disember 2014

Aktiviti seni kanak-kanak dengan benang kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini saya cari aktiviti seni untuk anak-anak berkaitan dengan benang. Baguslah berbanding bagi tonton tv 24 jam. Kanak-kanak belajar daripada pengalaman, bukannya menonton tv sahaja. Mereka perlukan lakukan sesuatu aktiviti untuk membentuk mereka menjadi kreatif , disamping mengajar mereka meluang masa dengan perkara yang berfaedah.

Paling kelakar hari tu, baru sahaja ajar asas mengait, single crochet dan chain dah tak sabar suruh ajar buat teddy bear. Tapi, sekejap je anak belajar, memang nampak anak cepat bosan tapi sebenarnya apa yang mereka belajar sekejap tulah tersimpan dalam otak mereka kemas-kemas. Apabila kita uji balik, walaupun dah lama anak-anak masih boleh ingat taklah seratus peratus pun.  Yang penting kita ajar mereka sikit demi sedikit.

Sebenarnya minat anak ini boleh dipupuk sejak kecil lagi. Kalau daripada kecil dah diajar meluangkan masa dengan tv, memang hantu tv lah gamaknya besar nanti. Perkembangan kanak-kanak yang asyik menonton tv ni, mereka tak suka berusaha sebabnya, kalau tonton tv semuanya nampak mudah je kan. Seram rasanya, eloklah mulakan ajar anak buat pelbagai aktiviti yang berfaedah, melukis ke memasak ke, janji tangan berjalan.

 Mari kita lihat satu persatu aktiviti apa yang boleh kita buat bersama-sama anak, sabar tak sabar jelah, juling gak biji mata tengok anak buat sepah.

1. Nampak sangat mudah, kita kait sahaja sebarang bunga, pastu lukiskan batang dan daun suruh anak-anak tampal. Bagus juga aktiviti ni senang sahaja, silap-silap boleh gantung kat dinding kan...nampak cantik sahaja.
Yarn art as Poppies

2. Yang ni kita lukiskan sebarang gambar, kemudian suruh anak tampal benang mengikut lukisan tersebut. Pernah cuba, comot jadinya, tak pe usaha  lagi...hu...hu.

parents

3. Ajar anak buat tassel untuk hias bilik sendiri.

Tassel diy

4. Arnab daripada pompom. Aktiviti yang mudah nak buat bersama-sama anak-anak.

Bunny diy

5. Ajar anak sulam menggunakan styrofoam. Salah satu langkah untuk memperkenalkan anak-anak pada hobi menjahit. Bagus juga aktiviti ini, kalau tak nak guna jarum tajam, boleh gunakan jarum jahit khas untuk kanak-kanak, jarum plastik dan tumpul. Tak berbahaya untuk kanak-kanak yang baru mencuba.

creativejewish mama

Kalau diperhatikan kebanyakan blogger-blogger khususnya luar negara sangat menggalak anak mereka melakukan pelbagai aktiviti di dalam dan di luar rumah, biasanya yang comot momot. Kalau saya maunya mengaum macam singa lapar, tengok rumah terabur. ha..ha.. Kanak-kanak di luar negara seawal 2-4 tahun sudah didedahkan kepada memasak dan menjahit dan aktiviti yang boleh membantu perkembangan otak anak-anak. Pada usia muda kanak-kanak lebih mudah dilentur berbanding apabila mereka dewasa kelak. Biasanya kalau saya mengajar anak saya, mereka mudah tangkap dan pandai memvariasikan apa yang dipelajari dalam bentuk yang saya tak terfikir. Nak anak kreatif dan pandai, saya kena mulakan daripada sekarang! Bukan paksa anak belajar, tapi paksa diri untuk mengajar anak dengan penuh kesabaran. Hu..hu...


making messy learning

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Akademi Bekerja dari rumah menawarkan kelas akaun secara offline, di dua tempat

1. Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. [Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Berminat boleh hubungi saya terus di 019-3229480.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tutorial membaca pembaris inci bah 1.

Teks: Dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Cara baca pembaris/ tali pengukur dalam inci Assalamualaikum, hari ini saya ingin ber...