Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Datang 2015, Selamat Tinggal 2014

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Mengimbas kembali hasil kait sepanjang 2014, rupanya banyak sudah dikait. Tapi tiada pemfokusan, tahun 2015 paksa diri lebih fokus pada satu-satu hasil kait. Moga tahun ini lebih baik dan menjadi pakar dalam bidang kait ini. Yang pastinya 2015 memang akan menjadi tahun lebih mencabar, Insyaallah apa yang berlaku, kita mampu hadapinya dengan tenang. amin....

Sabtu, 27 Disember 2014

Bola kait granny square

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Dulu-dulu saya pernah kongsikan nota tentang granny square yang paling mudah nak buat , granny square simple. Apa yang menyeronokkan membuat granny square apabila dicantum macam-macam boleh buat, sarung bantal,  alas sofa, alas peti sejuk, macam yang saya cantum jadi bola lembut untuk anak. Bolehla kakak-kakak nak main ngan si ecah, kalau baling pun tak sakit, cedera pun tak lah teruk sangat boleh gelak-gelak lagi kena baling bola. Boleh ajar main sambut-sambut bola, pada masa sama ajar anak cara main sepasukan. Sepanjang pengalaman saya, anak bukan tak reti main, tapi mak bapak  Ilham saya cedok daripada blogger ini, Tutorial bola granny square. .

Internet banyak memberikan inspirasi kepada kita, perlu bijak memilih, apa yang baik dan tak baik.  Namun hati-hati dengan internet, kita hidup di zaman dunia tanpa sempadan. Orang mampu menceroboh dalam  kehidupan kita, selongkar apa yang sepatutnya rahsia dalam hidup kita. Ambil yang baik buang yang jauh. Apabila kita tak suka sesuatu di internet, elakkan memberi komen yang negatif. Samada berikan kritikan positif atau terus diam berlalu pergi. Apa yang di internet akan kekal di internet walaupun kita sudah padam.


Jumaat, 26 Disember 2014

Baju kait frozen WIP

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Suka betul dapat baju, 2 hari si Sara melalak sebab adik-adik punya baju sudah siap. Semalam sudah berjaya siapkan baju Sara, tapi belum siap nak hiaskan. Terus peluk ibu gembira sangat lah tu. Siap bagi cadangan letak bunga kat baju dia. Sekali pandang, baru tersedar, cepat betul si Sara membesar.
Terasa seronok tengok dia pakai, tinggal nak buat crown sahaja. pek..pengsan ibu macam ni.



Selasa, 23 Disember 2014

Baju kait ala2 frozen ke?

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Sudah hampir 3 hari menyiapkan projek dress kait tiga dara pingitan ni, senang sahaja order dengan ibu.hu2....Semasa di Terengganu, saya sempat sambar kain warna biru sepanjang kurang daripada 2 meter berharga RM 7 untuk jahit baju anak-anak. Murah dan boleh buat untuk 3 orang. Anak saya semua comel-comel tak banyak pakai pun. Baru sempat siapkan yang si Kina punya ada lagi 2 perlu disiapkan.



Baru sahaja sempat siapkan untuk bahagian atas baju kait untuk Cik Sara, sebelum dijahit dengan kain yang saya beli tersebut. Cik Ecah punya terbuat besar pula, sepatutnya saya ukut bahagian badan anak, samada ikut ukuran tepat badan atau tolak dengan 1 inci. Apabila menggait mengunakan hdc atau dc, hasil kait akan boleh mengembang. Jadi nampak terlalu longgar. Tak mengapalah jadikan pengajaran, tak silap takkan belajar sampai bila-bila. 

Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.





Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.


Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Jumaat, 19 Disember 2014

Kotak kait.

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Disebabkan ada hal tak terduga entri hari ni ringkas dan pendek. Saya ingin ceritakan ringkas tentang kotak kait yang saya buat ambil masa 3 hari untuk buat tanpa paten.

Saya pakai jarum kait 5.5mm dan benang kait 4 ply yarn tak ingat jenama apa , nanti saya update kembali.

1. Kaitkan 30 chain, kemudian kait pada chain ke 3 daripada jarum kait. Kait hdc sampai hujung baris. Baris ke 2 sehingga 8, hdc sehingga hujung baris. Kemudian, kait di sekeliling kotak, macam kita kait booties, macam tulah yang kita buat untuk mendapatkan bentuk kotak.
2. untuk bahagian penutup pula kait dalam 33 ch, dan kait hdc pada ch 3. Baris ke 2-8 buat hdc samapi hujung baris. Untuk mendapatkan bentuk kotak, buat macam yang kita kait pada topi dan booties.

Kalau tak faham sila tanya...jangan malu-malu.

Selasa, 16 Disember 2014

Kait Bunga Kecil

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin kongsikan nota untuk mengait bunga untuk ranting yang saya kongsikan nota sebelum ini.  Internet memang banyak perkongsian matlumat, tapi tak semestinya akan memberi jawapan seratus peratus dengan apa yang kita ingini. Kadang-kadang kita perlu memvariasikan idea-idea daripada blogger-blogger kait untuk mendapatkan paten yang kita ingini. Paten kait bunga ini saya ambil daripada blog littlebirdiesecrets, sebenarnya paten ini untuk mengait rama-rama, tapi saya tukar kepada bunga, ilham daripada blogger craftyadalaide.


Bahan-bahan:


Benang nona

Jarum Kait saiz 2.5 mm
Gunting
Jarum jahit.0



1. Kaitkan 4 chain, kemudian sl st pada chain pertama untuk membentuk bulatan.

Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.

2. Kait 4 chain, kait 3 treble stitch dalam bulatan. Ch 3, sl st dalam bulatan. Ulang sekali lagi. 

3. Kait 3 chain, kaitkankan 3 dc dalam bulatan. Kaitkan lagi 3 chain ke dalam bulatan. Ulang sekali lagi.  



Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Sudah siap, selitkan benang pada bunga untuk mengemaskini hasil kait, Siap boleh jahit terus pada topi. Bergantung pada jumlah cabang yang ada kait, kait bunga dan jahit pada cabang yang dikait. 

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Sekian itu sahaja... tak faham sila beritahu. Saya tak garang pun..he..he...


Isnin, 15 Disember 2014

Tutorial mengait ranting bunga

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

 Sudah lama mencari paten untuk mengait ranting bunga ini. Sangat-sangat teruja  apabila dah dapat idea yang diilhamkan daripada laman blog ini craftyadalaide. Paten ini dipanggil sebagai cherry blossom, nampak cantik dipakai untuk mengait jahitan tampalan (applique) pada topi, selimut yang ringkas designnyer. Contohnya kita boleh lihat daripada hasil kait blogger-bloger ini. Selimut dan topi adalah paten yang paling mudah, apabila ditambah dengan paten cherry blossom, nampak sangat cantik dan menarik.


craftsty
craftyadalaide
Hari ini saya kongsikan nota saya bagaimana nak membuat ranting bunga seperti dalam gambar.

Saya pakai jarum kait (daiso) 2.5 mm, saya pakai benang nona warna hijau muda. Jarum jahit dan benang jahit, dan tak lupa gunting.

Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.

1. Mulakan dengan mengait tali air (chain) gandaan 7 ditambah 12 berdasarkan panjang yang anda kehendaki. Saya mengait 7 chain sebanyak 3 kali ditambah dengan 12 chain. Bermaksud di sini, saya mengait sebanyak 21 chain dan ditambah dengan 12 chain, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33 chain.


2. Single crochet, sc pada chain ke dua daripada jarum kait, seterusnya kaitkan single crochet pada 4 chain yang seterusnya. 

3. Kaitkan 12 chain. 

4. Single crochet pada chain ke dua daripada jarum kait dan single crochet pada chain yang seterusnya sehingga hujung cabang yang terbentuk. Slip stitch pada kaitan yang kita mulakan cabang ranting tadi. 

5. Single crochet pada 14 kaitan yang seterusnya. 

Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

6. Kemudian ulang semula, arahan nombor 3-5 sehinggalah apabila kaitan yang tinggal, kurang daripada 14 chain, single crochet sahaja bahagian yang tinggal. 

                                               

7. Kait 3 sc pada chain yang terakhir, untuk pusing kerja kita. Sekarang kita akan bekerja di bahagian bertentangan chain. 

8. Single crochet sampai pada bahagian berdekatan dengan cabang ranting tadi , kita buat ranting lagi. Ulang semula arahan nombor 3-5 sampailah pada kaitan terakhir, kait 2 sc dan sl st pada sc yang pertama tadi. Walah...dah siap. 



9. Jahit pada hasil kait yang kita ingini, macam dalam gambar saya jahit pada topi. Jangan guna benang kait untuk jahit pada topi, gunakan benang biasa untuk menjahit. Sudah siap jangan lupa  pula letak bunganya. 

                                              

Nanti entri lain saya kongsikan tentang bunganya pula.


Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)



Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (dalila)


**************************************************************************








[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Yuran: RM 250



Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya 
sms /whatsapp : 019-3229480 (Dalila)



Sabtu, 13 Disember 2014

Paten Percuma untuk baju anak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sudah boleh mulakan projek kait baju untuk 3 dara pingitan ini. Kerja sudah makin bertambah, cuba untuk lajukan seboleh mungkin menaip dan mengait. Adui, anak sudah pandai meminta, hari-hari direngeknya. Minat betul pada satu paten ini, tempek dulu dalam blog supaya tak tercari-cari dalam internet terlebih dahulu.

cute dress with flower.


Paten boleh tengok di laman web craftblogbutterfly. sangat cantik dan nampak mudah, sekali buat huhi..pening.

Jumaat, 12 Disember 2014

Pertama kali



Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....



Pertama kali, semuanya tak bagus, terlalu sukar, asyik salah sahaja. Orang sekeliling gelakkan kita. Kita akan sentiasa kalah, kalau kita terlalu cepat putus asa. Terlalu takut nak buat salah untuk mempelajari perkara dan benda yang baru. Kadang-kadang suka tengok anak-anak, apabila mereka buat kesilapan itulah yang meyeronokkan mereka. Budak kecil memang sukakan cabaran, tak kisah jatuh banyak kali, berdarah, menangis sekejap selepas itu berlari kembali. Mereka seronok buat sesuatu yang baru.
Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.

Apa perkara pertama yang paling segar dalam ingatan kita? Perkara pertama yang paling sukar saya lupakan, kali pertama saya mengandung anak pertama. Teringat, bagaimana saya selalu muntah-muntah, makin lama makin kuat makan penghujung kehamilan. Terasa girang melihat pergerakan dalam perut. Seronoknya, tak terkata. Pengalaman bersalin yang saya takkan lupakan, sakitnya terasa, tapi apabila melihat si kecil diletakkan atas dada. Hilang rasa sakit segala. Lahir sudah si kecil, nampak wajah comel si kecil. Tapi, saya tak berapa pandai menguruskan si kecil. Banyak kesilapan yang lakukan. Kita ini memang akan lakukan pelbagai kesilapan ketika mulakan sesuatu yan baru. Kesilapan itu yang mengajar kita menjadi semakin bagus.

Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Apa sahaja yang kita lakukan buat pertama kali memanglah buruk, banyak kesilapan tetapi daripada kesilapan kita makin pandai membuat sesuatu. Punca utama kita tak biasa, sebab itu kena biasakan diri kita lakukan apa sahaja yang kita pelajari sampai kita pandai. Tak kiralah memasak, mengemas rumah, jaga anak, hatta mengait. Usah risau apa yang orang perkatakan. Ini perkembangan kita, jika tak buat kesilapan untuk melakukan sesuatu yang baik, kita takkan menjadi yang terbaik sampai bila-bila.


Paling penting cari ilmu, supaya kita boleh kurangkan kesilapan. Dalam dunia ini, tiada masalah yang baru, masalah dengan anak-anak, rumah tangga, atau apa sahaja. Cuma yang membezakan kita adalah cara penyelesaiannya sahaja.



Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)



Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (dalila)


**************************************************************************








[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Yuran: RM 250



Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya 
sms /whatsapp : 019-3229480 (Dalila)


Tutorial untuk elak entri blog di ciplak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Waktu dahulu, pelik sangat kenapa ada blog yang tak boleh di copy dan paste dalam microsoft word. Apabila dah jadi blogger ini barulah tahu, betapa penatnya nak menghasilkan entri yang baik dan bermakna walaupun percuma sahaja.

Jadi hari ini saya jumpa tutorial mengelakkan entri diciplak. Tak percaya cubalah "copy and paste " blog saya. Boleh tak? Tutorial ini saya ambil daripada easy-xs.blogspot.com/2011/03/tutorial-elak-content-di-copy.html. Boleh cuba kalau nak tahu kesannya.

1. Pergi ke Dashboard> Layout> Add A Gadget> HTML/Javascript
2. Copy code daripada easy-xs.blogspot.com/2011/03/tutorial-elak-content-di-copy.html dan letakkan pada HTML/Javascript.

Isnin, 8 Disember 2014

Work in pogress set baby

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Semalam langsung tak berpeluang nak menaip di blog, hari ini paksa juga diri menulis. Memang tiada masa, tapi kena wujudkan masa juga.  Pagi tadi bertungkus lumus bersengkang mata  menyiapkan booties. Baru dapat siapkan sepasang sahaja, tengahari ini pula baru dapat hiaskan sikit topi kait. Semoga malam ini, dipermudahkan siap 2 set bayi ini. Selepas ini, kena paksa diri kait baju ala-ala frozen siap sekali dengan crown termasuklah kait semula teddy bear yang tergendala tu. Anak asyik merengek bertanya sahaja, sabar jela.

Apabila dah mahir kait booties ini, wajib kait banyak biar betul-betul mahir. Bak kata peribahasa mat sallehkan..."Practice make perfect". Dah selalu buat mesti tiada cacat celakan. Barulah tak malu nak menjual..he...he...Apa yang saya pelajari dari pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, kita kena buat apa yang kita pandai sampai betul-betul cantik dan tiada cacat cela. Barulah orang boleh membeli dengan mudah daripada kita. Mengait memang lambat permulaannya, walaupun menggunakan asas yang sama, single crochet, half double crochet, double crochet dan slip stitch, patennya tak sama. Apabila dah biasa, paten dah install dalam kepala, terus laju sahaja tangan mula mengait sampai habis. Lagi satu yang membuatnya lambat, pada waktu nak menghias. Kalau saya, saya nak betul-betul nampak cantik barulah lega bagi pada orang. Kan?




Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Akademi Bekerja dari rumah menawarkan kelas akaun secara offline, di dua tempat

1. Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. [Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Berminat boleh hubungi saya terus di 019-3229480.



Sabtu, 6 Disember 2014

Aktiviti seni kanak-kanak dengan benang kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini saya cari aktiviti seni untuk anak-anak berkaitan dengan benang. Baguslah berbanding bagi tonton tv 24 jam. Kanak-kanak belajar daripada pengalaman, bukannya menonton tv sahaja. Mereka perlukan lakukan sesuatu aktiviti untuk membentuk mereka menjadi kreatif , disamping mengajar mereka meluang masa dengan perkara yang berfaedah.

Paling kelakar hari tu, baru sahaja ajar asas mengait, single crochet dan chain dah tak sabar suruh ajar buat teddy bear. Tapi, sekejap je anak belajar, memang nampak anak cepat bosan tapi sebenarnya apa yang mereka belajar sekejap tulah tersimpan dalam otak mereka kemas-kemas. Apabila kita uji balik, walaupun dah lama anak-anak masih boleh ingat taklah seratus peratus pun.  Yang penting kita ajar mereka sikit demi sedikit.

Sebenarnya minat anak ini boleh dipupuk sejak kecil lagi. Kalau daripada kecil dah diajar meluangkan masa dengan tv, memang hantu tv lah gamaknya besar nanti. Perkembangan kanak-kanak yang asyik menonton tv ni, mereka tak suka berusaha sebabnya, kalau tonton tv semuanya nampak mudah je kan. Seram rasanya, eloklah mulakan ajar anak buat pelbagai aktiviti yang berfaedah, melukis ke memasak ke, janji tangan berjalan.

 Mari kita lihat satu persatu aktiviti apa yang boleh kita buat bersama-sama anak, sabar tak sabar jelah, juling gak biji mata tengok anak buat sepah.

1. Nampak sangat mudah, kita kait sahaja sebarang bunga, pastu lukiskan batang dan daun suruh anak-anak tampal. Bagus juga aktiviti ni senang sahaja, silap-silap boleh gantung kat dinding kan...nampak cantik sahaja.
Yarn art as Poppies

2. Yang ni kita lukiskan sebarang gambar, kemudian suruh anak tampal benang mengikut lukisan tersebut. Pernah cuba, comot jadinya, tak pe usaha  lagi...hu...hu.

parents

3. Ajar anak buat tassel untuk hias bilik sendiri.

Tassel diy

4. Arnab daripada pompom. Aktiviti yang mudah nak buat bersama-sama anak-anak.

Bunny diy

5. Ajar anak sulam menggunakan styrofoam. Salah satu langkah untuk memperkenalkan anak-anak pada hobi menjahit. Bagus juga aktiviti ini, kalau tak nak guna jarum tajam, boleh gunakan jarum jahit khas untuk kanak-kanak, jarum plastik dan tumpul. Tak berbahaya untuk kanak-kanak yang baru mencuba.

creativejewish mama

Kalau diperhatikan kebanyakan blogger-blogger khususnya luar negara sangat menggalak anak mereka melakukan pelbagai aktiviti di dalam dan di luar rumah, biasanya yang comot momot. Kalau saya maunya mengaum macam singa lapar, tengok rumah terabur. ha..ha.. Kanak-kanak di luar negara seawal 2-4 tahun sudah didedahkan kepada memasak dan menjahit dan aktiviti yang boleh membantu perkembangan otak anak-anak. Pada usia muda kanak-kanak lebih mudah dilentur berbanding apabila mereka dewasa kelak. Biasanya kalau saya mengajar anak saya, mereka mudah tangkap dan pandai memvariasikan apa yang dipelajari dalam bentuk yang saya tak terfikir. Nak anak kreatif dan pandai, saya kena mulakan daripada sekarang! Bukan paksa anak belajar, tapi paksa diri untuk mengajar anak dengan penuh kesabaran. Hu..hu...


making messy learning

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Akademi Bekerja dari rumah menawarkan kelas akaun secara offline, di dua tempat

1. Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. [Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Berminat boleh hubungi saya terus di 019-3229480.



Jumaat, 5 Disember 2014

Baiklah, Ibu mengalah


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tak larat rasanya nak mengemas, biarlah dulu, sambung mengait booties. Sepatutnya dah siap minggu lepas, tak siap lagi. hu...hu...lagi sepasang lagi nak siapkan. Lepas tu nak menghiaskan pula. Paten booties ni sesuai untuk yang baru belajar mengait, saya belajar daripada Dinah Crochet


Agak-agak kalau jadi orang gaji mesti dah kena pecat, sebabnya asyik terabur je rumah. ha..ha...Patutlah, orang gaji sekarang banyak larikan diri. Baru sahaja kemas dah terabur, mahu tertekan dibuatnya.  Tapi, normallah budak kenit tiga orang ni "mengemas rumah. " Pengalaman saya, kalau anak asyik tonton tv atau main ipad,malam gerenti susah nak tidur. Mereka tak gunakan tenaga sepenuhnya, mana lah nak rasa penat kalau tonton tv dan main ipad sahaja. Jadi kalau rumah terabur tu kita redha dan bersyukur jela, itu tandanya anak kita sihat dan normal. Tak gitu. Malam nanti, senang la mereka tidur kepenatan.

iklan:


Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace.

Akademi Bekerja dari rumah menawarkan kelas akaun secara offline, di dua tempat

1. Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. [Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Berminat boleh hubungi saya terus di 019-3229480.

Rabu, 3 Disember 2014

Latihan menaip dengan pantas.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....

Hari ini saya google, tips menaip dengan pantas saya jumpa sebuah laman web yang mengajar dan melatih menggunakan sepenuhnya 10 jari kita, menaip dengan pantas, tanpa melihat keyboard. Baru cuba hari ini sangat seronok menggunakan teknik ini, dapatlah menaip tanpa memandang keyborad walaupun masih merangkak-rangkak lagi.
 Ini laman webnya,  http://www.typingweb.com/tutor/lesson/index/id/338/



Semuanya perlu pantas sekarang, kalau tidak kita akan ketinggalan jauh..

Isnin, 1 Disember 2014

Workaholics atau Workafrolics

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Zaman sekarang cukup mudah kan kalau tertekan boleh cari motivasi, tak macam dulu. Mudah dan percuma kalau ada internet laju macam UNIFI...ha...ha..Dulu-dulu jadi surirumah memang la tertekan, duk mengadap anak yang nakal tak tahu buat apa. Tak de ilmu macam sekarang, semua di hujung jari.Tapi dalam kebaikkan tersebut, hati-hati dengan keburukan yang ada. Ada juga orang yang rajin berkongsi ilmu yang tak baik di internet.  Orang mementingkan diri cukup banyak...Orang yang baik juga cukup banyak. Yang penting perlu memilih dengan hati-hati dan baik. Ambil yang baik, buang  yang buruk.
Richard St, John dalam videonya "Why it pays to work hard" berkata antara tabiat yang sama bagi orang berjaya adalah kerja. Mereka bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan.
Bagi yang berminat nak sewa kereta MPV Inova dan Hiace sepanjang cuti sekolah ini boleh tempah  di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace.

Martha Stewart
"I'm a real hardworker. I work and work and work all the time" 
"Saya sangat kuat bekerja. Saya bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang masa"

Rupert Murdoch, Media tycoon
"It's all hard work. Nothing come easily. But I have a lot of fun."
"Semuanya kerja keras. Tiada yang mudah. Tapi saya berasa sangat seronok."

Seronok....Orang yang berjaya suka dan gembira bekerja, mereka bukanlah workaholic tapi mereka adalah workfrolics.  Apa bezanya workfrolic dengan workaholic? Workafrolics, istilah daripada Richard St, John yang diperkenalkan pada tahun 2005. Workafrolic merupakan gabungan dua perkataan "work" dan "frolic". ''Frolics"bermakna kita melakukan sesuatu aktiviti atau kerja dengan gembira seolah-olah kita sedang bermain.  Workafrolic bermakna seseorang yang suka bekerja keras, tanpa penah merasa penat,  gembira bekerja sehingga terlupa tidur dan makan. Mereka bukanlah gila bekerja tapi mereka suka bekerja keras tanpa bersunggut.Antara contoh workfrolics adalah: 

Jimmy Pattison, 
Pengerusi, Jim Pattison Group

"Bussines is my recreation. i'd rather to go to my factories and meet with our people, than go to the beach I can tell you that. " (Perniagaan adalah rekreasi saya. Saya lebih suka ke kilang dan berjumpa pekerja, daripada ke pantai.)

Dave Lavery, Nasa Whiz who work with Nasa, yang mencipta robot untuk Marikh. 
"We work our fingers to the bone. But it doesn't seem like work. It's fun, it's what we want to do. We don't want to put things down and go home. " (Kami bekerja daripada jari hingga tulang. Tapi tak kelihatan seperti bekerja. Seronok sungguh. Itu yang kami ingin lakukan. Kami tidak ingin meletakkan peralatan dan pulang ke rumah.)

Bill Gates
Walaupun sudah menjadi Multimillionare, dia bekerja sepanjang malam sehingga pukul 10mlm dan hanya mengambil cuti selama 2 minggu dalam masa 7 tahun. Kebanyakkan masanya hanya depan komputer. 

Oprah Winfrey
"I would never see daylight. I'd came to work at 5.30 in the morning when its dark and leave at 7 to 8 when its dark." (Saya tidak pernah nampak hari siang. Saya datang kerja pada pukul 5.30 pagi pada waktu gelap dan pulang pada pukul 7-8 malam  pada waktu gelap juga.)

Richard St, John juga tidak cukup tidur sepanjang hari dan minggu semata-mata gembira bekerja. Sampai satu masa dia bertanya pada diri adakah hanya dia sahaja bekerja sekeras itu. Dalam mitos, semuanya nampak mudah bagi sesetengah orang, apabila kita menonton tv tiada siapa pun yang nampak bekerja sangat keras untuk berjaya. Kebanyakkannya cerita di kaca tv, sangat memntingkan bakat dan rupa. Ada bakat lebih-lebih lagi rupa, pasti berjaya.  Lebih-lebih lagi kalau kita tonton dalam kebanyakan cerita melayu, nampak mudah, nak kaya cepat kahwin sahaja dengan anak orang kaya. Walaupun kerja memotong rumput sahaja pada asalnya, asalkan tampan dan bergaya, dapat kahwin dengan anak orang kaya. Daripada seorang pemotong rumput terus jadi bos di sebuah syarikat terkemuka. Hidup tak semudah itu, jalan yang kita lalui banyak simpang siur. Baru-baru ini saya semakin sedar, saya bukanlah tak berbakat, dan juga terlalu teruk dan tiada peluang untuk berjaya. Saya KURANG BERUSAHA mudah sangat putus asa, mudah sangat jatuh apabila orang asyik mengkritik. Maknanya, saya tak bekerja sekeras-kerasnya. Doa juga tidak mungkin lah termakbul tanpa usaha yang keras dan gigih !

Malahan Chris Rock, Ahli komedi berkata: 

I wasn't the funniest guys growing up, but I was the guy who worked on being funny  the hardest.
"Saya bukanlah semulajadi kelakar. Tapi saya bekerja keras untuk menjadi orang yang kelakar"


500 orang yang berjaya dalam bidang masing-masing, ditemuramah beliau, berkata tidak mudah mencapai kejayaan walaupun mereka melakukan kerana minat. Apabila kita memperlekehkah kerja, terlalu membanggakan bakat yang kita ada, orang yang bekerja keras akan mengalahkan kita yang mempunyai bakat. 

Arthur Benjamin, Profesor Matematik, "America's best Math Whiz"
"I think numbers and I have always gotten along. But I'm sure my "talent" is just due to the time and hours and work  that I've put into it. "
"Saya fikir nombor dan saya selalu serasi bersama. Tapi saya pasti "bakat" saya hanyalah kerana masa dan berjam-jam dan kerja yang saya pertaruhkan. "

Bekerja dari rumah bukanlah mustahil. Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah, kumpulan suri berniaga secara online. Pelajari pemasaran di FB, blog dan instagram.  Jika anda berminat boleh lihat selanjutnya di Pakej Mampu Milik bekerja dari rumah.

Ramai yang berbakat tidak berjaya dalam hidup mereka, kerana mereka hanya memendam bakat mereka dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat mereka. Misalnya, 

Michael Jordan, Superstar Bola Keranjang

Beliau mempunyai bakat dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat yang terpendam apabila beliau mula-mula bermain bola keranjang. Akhirnya, beliau dibuang daripada pasukan bola keranjang Sekolah Tingginya. Bermula daripada itu, beliau tersedar daripada mimpinya. Beliau berusaha sekeras yang mungkin, selepas dibuang daipada pasukan tersebut oleh jurulatihnya. Beliau memperlekehkan pemain yang tidak mahu berusaha keras. Kerana usaha keras tersebut beliau menjadikan beliau pemain bola keranjang  yang terbaik sepanjang masa. Anugerah sebenar bukanlah BAKAT tapi kebolehan untuk KERJA KUAT.

 Jika kita terlalu memperlekehkan KERJA, dan terlalu membanggakan KEPANDAIAN kita, akhirnya kerja akan menang mendahului kepandaian. Kebanyakkan orang yang berjaya mereka bukanlah bijak, tapi mereka bekerja keras.

Francois Parenteau, Bussiness Week menamakannya "Top independent analysis on Wall Street"


"I'm certainly not that smart. I can't even remember my zip code. Work is a big part of my life. I think about investment pretty much 24 hours a day seven days  a week."
"Saya bukanlaha pandai sangat. Saya tak ingat pun zip kod  saya. Kerja merupakan sebahagian besar hidup saya. Saya memikirkankan tentang pelaburan sangat banyak,  24 jam sehari, 7 hari seminggu. "

Nez Hallet, III Ceo Smart Wireless,

"I graduated from high school with a C average. And college with c minus average. "
"Saya menamatkan sekolah menengah dengan satu purata C, Dan kolej pula dengan purata c minus."
Tapi sekarang, "Smart" phds melaporkan diri pada beliau. Macamana beliau   lakukan? Beliau berkata: "If you're going to be successfull in anything, the key thing is to work hard." ( Jika kita ingin berjaya dalam apa sahaja perkara, kunci kejayaan adalah bekerja keras. )

Richard St, John, bukanlah seorang yang pandai. Klau kita lihat laporan prestasi akademik beliau, beliau bukanlah pelajar yang sering  mendapat A, tetapi beliau sering mendapat c dalam pelajarannya. Melihat prestasinya, beliau tidak mungkin akan dapat masuk  sebarang kolej pun pada waktu kini. Bagaimana beliau mampu berjaya dan kaya, beliau bekerja selama 60-80 jam seminggu. lebih kurang 7-11 jam sehari. Thomas J. Stanley, pengarang buku "The Millionare Mind". mendapati kebanyakkan jutawan, bukanlah pelajar yang mendapat "A", tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dan paling penting cikgu mereka menganggap mereka tidak mampu berjaya. Tapi mereka berjaya kerana mereka bekerja keras. Beliau membuat lawak,  jika kita adalah pelajar yang sering mendapat c dalam ujian, mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya. Perkataan "Success" tidak mempunyai A, tapi mempunyai 2 C. Jika kita adalah pelajar yang pintar, maaf tiada peluang  untuk berjaya. Kerana orang yang bijak akan duduk berehat, dan tidak bekerja keras untuk mengasah bakat mereka. Mereka pendapat mereka berbakat dan semuanya mudah bagi mereka. 

Jeong Kim president, Lucent Technologies

"People who are the smartest, sometimes don't realizes their full potential, because things get too easy, so they don't push themself harder." (Orang yang sangat cerdik, kadang-kadang tidak sedar bakat mereka sepenuhnya kerana semuanya terlalu mudah, jadi mereka tidak memaksa diri mereka sekeras-kerasnya.)

Selepas memberi ceramah di 10 Universiti Perniagaan terkemuka, Richard St, John. Seorang lelaki datang kepada beliau, berkata bahawa: Apabila saya  mendapat MBA di unversiti beberapa tahun yang lepas, saya merupakan pelajar paling terbaik di dalam kelas.  Saya ingat saya sudah berjaya, apabila saya tamat pengajian, saya langsung tidak berusaha keras. Apa yang berlaku, saya mengalami kemerosotan dalam hidup. Saya tidak pergi ke mana-mana, saya tidak mencapai sebarang kejayaan. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Sekarang saya tahu apa yang perlu saya lakukan, saya perlu berusaha keras. Kesimpulannya, samada kita pandai atau tidak, kita tetap perlu berusaha keras. Oh ya, ini buku yang ditulis oleh Richard St, John. Yang dalam videonya, adalah hanya sebahagian kecil daripada bukunya ini. Beliau mengambil masa selama 10 tahun untuk mengarang buku ini. Hasil daripada temuramah 500 orang yang berjaya dalam pelbagai bidang. 

Semoga kita berjaya dan terus berjaya dengan kerja keras kita. Bagi saya, semua benda kita perlu bekerja keras, menjaga anak, mendidik anak, mencari duit untuk memenuhi keperluan anak. Malahan, kita perlu bekerja keras mempertahankan perkahwinan kita. Malah dalam ibadat pun sama. Mana ada benda mudah dalam dunia ini. Apabila kita mahu semuanya mudah, hidup kita dalam bahaya. Mudah ertinya, mengharapkan pertolongan dan semuanya disuap dalam mulut kita. Jika tiada orang yang membantu dan menyuapkan kita, kita mati kebuluran. Tak seronok betul hidup sebegitu, nampak mudah tak perlu berpeluh. Tapi kita mempertaruhkan kebahagian kita pada orang lain, hidup kita sudah pasti kucar kacir. Biarlah penat membuat semuanya yang terbaik untuk keluarga, yang pasti ini hidup kita. Orang tak hairan kalau kita tergolek tepi jalan. Simpati hanya beberpa hari, kemudian kita akan dilupakan. Yang merasa susah adalah kita dan keluarga kita. Okeh, sampai di sini sahaja, nanti jumpa lagi..











http://indonesiana.tempo.co/read/16142/2014/05/30/desibelku.1/anda-workaholic-atau-workafrolic

Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...