Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 23 Oktober 2014

Menyambung keliling secara halimunan (kait jarum satu)

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim
Gambar: Deja Jetmir

Assalamulaikum buat pembaca sekalian. Kali ini saya ingin kongsikan teknik menyambung keliling bulatan secara halimunan (join invisible around in crochet). Apabila kita menyambung keliling untuk projek amigurumi, apa yang kita mahu adalah sambungan keliling nampak kemas dan lurus.


Bukannya sambungan yang senget, apabila sambungan nampak senget itu bermakna kita menambah bilangan kaitan tanpa kita sedari.



Jadi saya gunakan teknik menyambung kelililing secara halimunan daripada crocheteverafter. Apa yang saya pelajari setiap kali ingin menyambung setiap penghujung baris di keliling, saya menyambung menggunakan slip stitch dan chain 1. Setiap kali menyambung dengan slip stitch, saya akan tarik sekuat mungkin, menjadikan slip stitch tersebut tidak kelihatan. Begitu juga dengan selepas mengait chain 1, saya akan tarik sekuat-kuatnya, supaya chain 1 tidak begitu kelihatan, kemudian buat single crochet pada tempat yang sama dan mengait seperti biasa. Jika kita tidak melakukan seperti ini, kita akan terkeliru dengan slip sticth tersebut sebagai satu kaitan, kemudian kita akan mengait di tempat slip stitch tersebut. Itulah puncanya, sambungan di penghujung baris nampak senget dan semakin bertambah. Jika anda tak faham boleh rujuk video di bawah, 


Teknik ini saya gunakan untuk projek teddy bear saya. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

Iklan: 

Pentingnya kita menjaga pelanggan terutama apabila meniaga online, supaya mereka menjadi pelanggan tetap kita. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di hargai pelanggan dengan bahasa sopan
hanya untuk 36 pembeli sahaja lagi untuk harga RM30.
Beli satu ebook bonus 1 ebook lagi. Jangan lepaskan peluang ini harga selepas ini RM50. Boleh dapatkan segera di borang tempahan 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tutorial membaca pembaris inci bah 1.

Teks: Dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Cara baca pembaris/ tali pengukur dalam inci Assalamualaikum, hari ini saya ingin ber...