Kenali lebih dekat tentang benang kait (yarn) Bah 2

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Benang daripada gentian tumbuhan 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, entri bah 1 saya telah banyak mengupas entri berkenaan benang buatan manusia. Hari ini, saya ingin mengupas lebih lanjut entri berkenaan benang daripada bahan semulajadi. Benang daripada bahan semulajadi ini, tidak semestinya hanya daripada bulu bintang, terdapat juga daripada tumbuhan contoh paling mudah adalah  kapas.



  • Kelebihan 
Gentian daripada tumbuhan ini mampu menyerap lembapan sebaik mungkin. Kuat dan bertambah kukuh apabila basah. Benang jenis ini sangat sesuai dan selesa dipakai di negara kita yang tentunya beriklim panas berikutan sifatnya yang merupakan pengalir udara yang baik.(breatability)  

  • Sesuai untuk si alergik
Kelebihan benang ini tiada kesan alergik, sesuai untuk siapa yang alergik dengan benang gentian haiwan, anda masih boleh memakai benang ini.
  • Jenis-jenis benang. 
1. Benang Buluh (Bamboo yarn)




Kita mulakan dahulu dengan gentian daripada buluh.  Benang buluh ini sudah tentulah dihasilkan daripada negara China. Buluh memang terdapat banyak di China, dan jangan lupa, panda suka makan buluh. Benang buluh jika dibandingkan dengan benang sutera, sememangnya benang yang cantik hasil kaitnya sangat bagus kerana mempunyai sifat 'drape'(kebolehan sesuatu kain untuk bergerak, sesuai untuk mengait pakaian) yang baik. Biasanya benang ini dikait menghasilkan stokin dan baju sejuk. 


contoh benang buluh

  • Cara penghasilan 
Terdapat dua cara penghasilannya: 
1. Cara pertama adalah secara mekanikal, lambat dan memerlukan pekerja yang ramai dan berkos tinggi, menyebabkan benang yang dihasilkan cara ini adalah sedikit. Benang yang diproses menggunakan cara ini dipanggil sebagai "Bambo linen"  kerana pembuatannya sama seperti benang linen. Cara ini lebih lebih bersifat mesra alam. Batang buluh dihancurkan dan kemudian enzim semulajadi (pemangkin semulajadi)  akan mengambil alih tugas meneruskan proses pemecahan dinding buluh tersebut sehingga menjadi jisim yang benyek. Sama seperti pengekstrakan genktian flaks daripada pokok flaks (benang linen diperbuat) gentian selulosa akan disaring keluar dan dipintal menjadi benang. 

2. Cara kedua adalah melalui proses kimia.

  • daun dan tisu  lembut yang terdapat dalam batang buluh yang keras di saring dan dipecahkan. 
  •  Selulosa buluh yang dipecahkan direndam di dalam 15-20 % natrium hidroksida pada suhu antara 20 darjah selsius ke 25 darjah selsius dalam masa 1 hingga 3 jam untuk menghasilkan selulosa alkali
  • Selulosa alkali tersebut kemudian akan ditekan untuk mengeluarkan sebarang lebihan larutan natrium hidroksida. Selulosa alkali akan dipecahkan oleh mesih pengisar dan dibiarkan mengering pada suhu 24 jam. 
  • Secara kasarnya, sebanyak mungkin  karbon disulfida akan ditambah ke dalam selulosa alkali untuk mensulfurkan sebatian untuk menghasilkan jeli. 
  • Sebarang sisa karbon disulfida dibuang dalam proses penyejatan melalui penyahmampatan dan hasilnya ialah selulosa natrim xanthogenate. 
  • 'Viscose' daripada selulosa buluh akan dipaksa keluar melalui corong 'spinneret'ke dalam satu bekas besar yang mengandungi larutan asi sulfurik, larutan ini akan mengeraskan viscose bamboo cellulose sodium xanthogenate dan menukarkannya kepada  benang gentianselulosa buluh. Kemudian benang tersebut akan dipintal menjadi benang gentian buluh.   
Jika diperhatikan, begitu banyak bahan kimia yang diperlukan dalam proses pembuatan pelunturan berperingkat yang menhasilkan benang ini. Pembuatannya tidaklah begitu mesra alam seperti yang diwar-warkan. Mungkin bagi orang yang sangat alergik dengan bahan kimia tidak boleh memakai hasil kaitan daripada benang jenis. 


  • Kelebihan 

Salah satu sifat benang buluh ini, benang ini merupakan benang yang selesa dipakai kerana sifatnya yang memudahkan pengaliran haba dan udara dan terasa sejuk apabila dipakai. Struktur gentian benang ini, dipertingkatkatkan lagi dengan proses pemintalan, mempunyai lubang mikroskopik yang menyingkirkan lembapan lebih 3 hingga 4 kali daripada benang  kapas,  dan memudahkan proses penyejatan. Pemakai hasil kaitan benang ini akan sentiasa terasa kering, sejuk dan lebih selesa, hasil kaitan ini juga takkan melekat di kulit walaupun dalam keadaan iklam panas, lembap dan berpeluh.  Dengan kata lain, memudahkan penyerapan peluh. Sangat sesuai jika dipakai di Malaysia, cuaca yang panas.

Hasil kait seperti stokin, baju, yang diperbuat daripada 100 % benang Buluh ini sangat selesa dipakai terutama di kawasan beriklim  panas ke kawasan beriklim terlampau panas. Ini menjadikan benang tersebut penebat haba semulajadi. 

Hasil kait 100 % Benang Buluh ini juga mempunyai sifat semulajadi antibakteria, anti fungal kerana terdapat satu agen bacteriostatis di buluh yang dipanggil "bambo kun" yang juga mencegah bau yang tidak menyenangkan walaupun dicuci berkali-kali. Pembiakan dan penyebaran bakteria penghasil bau busuk dihalang oleh  "bamboo kun" ini, dengan ini pakaian daripada hasil kaitan akan lebih bersih dan sentiasa berbau segar. 

http://organicclothing.blogs.com/my_weblog/2007/09/bamboo-facts-be.html
http://www.aboutknittingmachines.com/AllAboutYarn.php
                               

Ulasan