Rabu, 10 September 2014

Kenali lebih dekat tentang benang kait (yarn) bah 1

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Benang acrylic (Benang bulu kambing) 



  • Murah dan mudah didapati. 

Entri hari ini, saya  ingin memperkenalkan lebih dalam tentang benang kait. Benang kait yang biasa saya guna ialah benang nona, lebih murah dan mudah didapati di kedai-kedai bunga dan kraftangan. Benang nona ini sesuai digunakan untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mengait. Apabila, kita baru belajar mengait, pasti banyak yang salah dan jika anda salah sedikit sahaja, sudah mencacatkan hasil kait itu. Kait lerai, kait lerai adalah perkara biasa untuk yang baru mengait. Jadi gunakan benang nona yang pastinya murah, kita takkan membazir dalam proses pembelajaran mengait yang tentunya banyak mencacatkan struktur benang dalam proses pembelajaran pertama. 
  • Benang Malaysia 
maycraft
Dua jenis benang ini yang mudah didapati di kedai-kedai kraftangan dan bunga, benang minlon dan benang nona. Tapi yang paling saya suka guna ialah benang nona walaupun murah, strukturnya lembut dan tak pecah berbanding benang minlon. 


comelcreations

Benang minlon, perlu dibeli dengan hati-hati, tak semua benangnya pecah-pecah. 


  • Sejarah benang
Kedua-dua benang ini merupakan benang acrylic, merupakan bahan yang diperbuat daripada acrylonitrile, sejenis bahan kimia yang turut digunakan dalam pembuatan plastik. Dalam erti kata lain, tiada bulu binatang atau bahan semulajadi seperti kapas di sini. Pada tahun 1950, Syarikat DuPont merupakan syarikat pertama memghasilkan benang acrylics. Benang acrylics yang benar-benar bermutu tinggi mampu menjadi sangat lembut berbanding benang cashmere, dari segi rasa dan rupanya. Benang ini terasa panas, tidak mudah luntur dan tahan kotoran dan kedutan selagi dijaga dan dibasuh dengan baik.  

Benang acrylics tidak seperti benang daripada bahan semulajadi yang lain, benang ini tidak dipintal tapi diputar sehingga memanjang  dan digulung untuk membentuk bebola. atau gegelung, dijual kepada pengemar hobi mengait, pembuatan  alas kaki dan pelbagai projek kraf yang lain. 
Terdapat benang acrylic yang sangat kasar dan pecah-pecah berbanding benang semulajadi yang yang lembut dan mudah menyerap peluh terutama yang diperbuat daripada hasil tangan atau mesin pintalan. Walaupun terdapat juga benang acrylic yang lembut , nampak seperti benang semulajadi, namun benang tersebut masih tidak mampu kelihatan elegan dan  mewah. 

  • Penjagaan Hasil kait
Pakaian yang diperbuat daripada benang acrylic sangat mudah, boleh dibasuh dengan mesin dan dikering namun bergantung juga kepada label dibenang. Ada yang mesti dibasuh-kering atau hanya dibasuh tangan dalam air sejuk. Menggunakan seterika untuk mengosok hasil kait acrylic juga perlu diset pada medium sahaja, jika tidak akan terbakar sedikit dan mengecut.   Benang jenis ini juga sesuai untuk pakaian kanak-kanak dan  bayi.  Kalau seingat saya dahulu, benang ini memang  popular dikalangan mak-mak kita dahulu, untuk membuat bunga, topi dan sebagainya. 

  • Sesuai untuk yang alergik 
Benang ini juga sesuai untuk orang yang alergik dengan haiwan kerana diperbuat daripada bukan bahan semulajadi yang kebanyakkannya terdiri daripada bulu binatang. Jadi, jangan risau untuk memakai bahan kait, pastikan anda memilih benang acrylic. 

Mungkin bagi yang tak pernah memakai benang kait kapas, benang daripada bulu haiwan seperti kambing biri-biri, dan arnab, anda akan rasa perbezaannya apabila sudah memakainya. Terasa lembut dan sejuk apabila memakainya, namun perlukan penjagaan yang khusus untuk menjaganya. Entri akan datang saya akan kupas berkenaan benang yang diperbuat daripada bahan semulajadi. 

Rujukan: 

http://www.wisegeek.org/what-is-acrylic-yarn.htm

http://www.ehow.co.uk/about_6121739_acrylic-yarn-vs_-cotton.html






Tiada ulasan:

Catat Ulasan