Baju kait untuk yang tersayang

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini, saya nak kongsikan projek saya, baju kait untuk suami. Ha...ha tajuk tak boleh tahan.  Terus terang saya katakan saya memang lambat siapkan baju ni. Baju ni saya ambil masa 2 tahun untuk siapkan. Tiada langsung paten baju kait untuk lelaki yang percuma, nak beli tak mampu, he..he...




Jadi, apa yang saya lakukan saya hanya ambil paten mengait baju heksagon dimana patennya untuk bayi dan diubahsuai menjadi baju orang dewasa. Saya ambil daripada blog mundocrochet. Saya gunakan jarum bersaiz 4 mm dan menggunakan benang kapas bercampur dengan benang nona. Saya gunakan lebih kurang 5 buku benang kapas (tak ingat jenis apa) dan 3-4 benang nona berlainan warna. 


Caranya: 

  • Bahagian lengan

Saya kait heksagon mengikut carta dan tambah sehingga ukurannya sama seperti ukuran lengan suami, tidaklah terlalu ketat dan terlalu besar. Kait lagi satu heksagon, ukuran lengan yang sama seperti heksagon pertama tadi.




Contoh heksagon yang dah siap. 


  • Bahagian belakang. 





Bahagian ini kita perlu kreatif sedikit ya. Heksagon yang siap, apabila dilipat kepada dua, mempunyai panjang dan lebar yang  sama. Tadi kita, sudah berhenti mengait apabila ukuran lengan sudah sama dengan ukuran yang dikehendaki. Sekarang kita perlu ubahsuai bahagian belakang menjadi lebar yang sama dengan belakang badan.  



Apa yang kita perlu lakukan ialah kita buat penambahan di bahagian belakang, mengikut carta di bawah. Buat penambahan di kedua-dua heksagon sehingga sampai ke pada lebar yang dikehendaki. 





Maka hasilnya akan menjadi seperti ini, ya. 

Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace  untuk anda sekeluarga, Perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace.


Sekarang, apabila sudah siap melakukan penambahan,  kita lakukan proses pencatuman di bahagian belakang untuk membentuk baju. Saya guna kaedah daripada doyoumindifiknit untuk menghasilkan cantuman yang halimunan. 


Jadi bahagian belakang yang akan dicantum akan menjadi seolah-olah tiada kesan pencantuman. Boleh lihat ya, penambahan yang saya lakukan sebanyak 5 kali untuk setiap heksagon. 

Bahagian belakang baju. 

Berhenti di sini dahulu ya,,,nanti saya sambung lagi..

Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4




Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. 




Ulasan

Catat Ulasan