Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Selasa, 28 Oktober 2014

Projek amigurumi pertama

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualikum dan selmat sejahtera buat pembaca sekalian, hampir 2 minggu menyiapkan teddy bear ke dua ini. Penat hilang apabila melihat kecomelan si teddy bear. Saya ambilpaten percuma daripada sini littleyarnfriends. Ramai yang bertanya bagaimana boleh mengait teddy bear dan baju  menggunakan benang. Saya jawab di sini ya uttuk tatapan semua.


Perkara paling penting, kenali asas dahulu, single crochet, double crochet, half double crochet, dan slip knot. Hadam semua asas mengaitr, pusing-pusing di situ juga, seperti asas membaca kita perlu kenal ABC kemudian tahu cara menyebutnya. Daripada situ, kita mampu membaca pelbagai buku.


Permulaan mengait memang tidak kemas, kerana anda tak biasa mengait, itu adalah normal. Waktu belajar membaca juga begitu, merangkak-rangkak, dan sampai satu tahap kita mampu membaca dengan laju.

Baiklah di sini sahaja omelan saya. Jika anda berminat untuk menndapatkan patung teddy bear kait ini. Jangan segan-segan hubungi saya. Tempoh untuk menyiapkan dalam 2 minggu, kalau lebih saya beri hadiah percuma.


Boleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof

Isnin, 27 Oktober 2014

Pengaruh kuat seorang ibu...

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, masih lagi tempahan teddy bear, lambat sebabnya terkial-kial melihat paten. Adui...kesian tuannya, tak mengapa kait banyak kali biar laju macam cahaya hasilnya. Seingat dahulu, sewaktu kecil, emak saya, seorang surirumah suka menghias rumah dengan hasil kaitnya. Kata emak, dulu-dulu orang sangat kedekut dengan ilmunya, tak macam sekarang semuanya boleh dipelajari menggunakan internet. Terasa bertuah kan, tapi saya ambil masa untuk mahir dalam mengait lebih setahun, menangis juga nak menyiapkan kaitan.

Dulu-dulu, mak suka mengait bunga, alas peti sejuk dan pelbagai perhiasan lain. Berminat jugak nak mengait tapi mak selalu marah, katanya belajar rajin-rajin boleh kerja nanti tak susah macam mak. Macam-macam lagi mak kata, boleh berdikari tanpa harapkan suami. Tapi, saya jadi juga surirumah semata-mata nak jaga 3 orang budak baik dan comel ni. he..he...

Tapi apa yang saya perhatikan, ketiga-tiga anak saya juga menunjukkan minat yang sama untuk meniru apa sahaja yang saya lakukan, mengait. Mereka suka ambil benang dengan jarum kait, cuba buat apa yang saya buat. Budak-budak ni memang perangainya begitu. Nantilah suatu hari nanti ada masa saya akan ajar mereka. Waktu beginilah, mereka mudah menyerap ilmu yang diajar. Di barat, kanak-kanak sejak kecil lagi diajar pelbagai kemahiran. Antara sebab ramai cerdik pandai di sana, mereka dilatih untuk berdikari sejak kecil.

 Namun, di Malaysia, kebanyakkan ibu bapa jika anak ingin menolong di dapur di anggap penyibuk dan membuat sepah termasuklah saya, ha..ha.... Ada yang merasa geli jika memakan masakan budak kecil. Tapi, kita wajar memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka dunia ini dengan penuh keriangan. Bukan beerti kita biarkan mereka membuat sesuka hati. tapi ajari mereka bagaimana melakukan sesuatu, memasak, mengemas dan pelbagai kemahiran yang lain. Mereka juga ada perasaan seperti kita mudah bosan jika disuruh diam sahaja. Kita tak tahu potensi mereka jika kita sebagai ibubapa tidak meneroka dan mengalakkan mereka untuk mencuba membuat sesuatu. Hakikatnya, kita tak mampu nak sabar sewaktu mengajar anak, tapi apabila lihat perkembangan dan hasilnya, mereka belajar dengan pantas sewaktu kecil. Jangan terkejut jika mereka jadi lebih bagus daripada kita.

Seorang ibu yang baik, bukanlah tak pernah memarahi anaknya, bukan juga membiarkan anaknya melakukan sesuatu tanpa menujukkan yang baik dan buruk. Tapi seorang ibu yang baik, berusaha mengajar anaknya berdikari, melakukan semuanya sendiri, supaya anaknya mampu berdikari tanpanya kelak. Dia pasti ilmu yang dibekal kepada anaknya kelak, mampu menjaga anaknya lebih baik walaupun tanpa kehadirannya di sisi. Anak kita bukan boneka, tapi manusia berperasaan, walaupun kita yang melahirkannya, tapi kita tak mampu menolong dia menghadapi hidup yang kian mencabar. Semoga kita berjaya mendidik anak menjadi lebih baik daripada kita.


Iklan sekejap ya:

Jika ingin memulakan perniagaan daripada rumah, gunakan blog medium pemasaran yang lebih luas. Belajar membuat blog untuk perniagaan anda, tak perlu website yang canggih dan menarik. Bina pengaruh yang baik menggunakan internet. Akademi Bekerja Dari Rumah, menawarkan kelas online untuk blog perniagaan, sudah pandai boleh buka kedai online seberapa banyak yang anda suka.


Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda.




Khamis, 23 Oktober 2014

Menyambung keliling secara halimunan (kait jarum satu)

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim
Gambar: Deja Jetmir

Assalamulaikum buat pembaca sekalian. Kali ini saya ingin kongsikan teknik menyambung keliling bulatan secara halimunan (join invisible around in crochet). Apabila kita menyambung keliling untuk projek amigurumi, apa yang kita mahu adalah sambungan keliling nampak kemas dan lurus.


Bukannya sambungan yang senget, apabila sambungan nampak senget itu bermakna kita menambah bilangan kaitan tanpa kita sedari.



Jadi saya gunakan teknik menyambung kelililing secara halimunan daripada crocheteverafter. Apa yang saya pelajari setiap kali ingin menyambung setiap penghujung baris di keliling, saya menyambung menggunakan slip stitch dan chain 1. Setiap kali menyambung dengan slip stitch, saya akan tarik sekuat mungkin, menjadikan slip stitch tersebut tidak kelihatan. Begitu juga dengan selepas mengait chain 1, saya akan tarik sekuat-kuatnya, supaya chain 1 tidak begitu kelihatan, kemudian buat single crochet pada tempat yang sama dan mengait seperti biasa. Jika kita tidak melakukan seperti ini, kita akan terkeliru dengan slip sticth tersebut sebagai satu kaitan, kemudian kita akan mengait di tempat slip stitch tersebut. Itulah puncanya, sambungan di penghujung baris nampak senget dan semakin bertambah. Jika anda tak faham boleh rujuk video di bawah, 


Teknik ini saya gunakan untuk projek teddy bear saya. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

Iklan: 

Pentingnya kita menjaga pelanggan terutama apabila meniaga online, supaya mereka menjadi pelanggan tetap kita. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di hargai pelanggan dengan bahasa sopan
hanya untuk 36 pembeli sahaja lagi untuk harga RM30.
Beli satu ebook bonus 1 ebook lagi. Jangan lepaskan peluang ini harga selepas ini RM50. Boleh dapatkan segera di borang tempahan 



Selasa, 21 Oktober 2014

Kumpulan tutorial membuat hidung amigurumi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Selamat pagi, hari ini seperti yang saya janjikan, saya nak kongsikan tutorial membuat hidung amigurumi. Apa yang saya perasan, setiap blogger ada cara masing-masing namun hasilnya memang satu hidung yang cantik untuk patung amigurumi. 

1. Tutorial daripada allaboutami untuk menyulam hidung juga mulut. 



2. Tutorial daripada  teddybearstutorials, ini menjadikan felt sebagai panduan untuk membuat hidung teddy bear, nampak cantik dan sesuai jika anda tak yakin menyulam hidung teddy bear. 



3. Tutorial engsidrun ini berlainan sedikit dengan tutorial sebelum ini biasanya kita akan kait dalam bentuk segitiga, tapi yang ini kita buat secara horizontal. 



4. Tutorial duitang ini menunjukkan pelbagai cara menyulam hidung teddy bear. 



Semoga bermanfaat untuk kita, saya seronok begini, tak perlu mencari lagi. Nanti saya kongsikan nota saya lagi ya. Betul apa yang guru saya kata, apabila kita berkongsi ada perasaan seronok di hati. 

Iklan: 


Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace  untuk anda sekeluarga, Perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace.

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4




Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda. 



Isnin, 20 Oktober 2014

Kumpulan tutorial mata amigurumi..

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sepanjang minggu ini, saya sibuk mengait patung teddy bear untuk rakan seblogger Akademi Bekerja Dari Rumah. Hari ini saya kumpulkan tutorial membuat mata amigurumi termasuk tutorial mengait dan menyulam matanya sekali. Tak yah penat-penat mencari lagi kalau sudah ditempek dalam blog. Biasanya apbila nak cari balik dah susah memakan masa. Saya senang, anda juga senang...

Rupanya ada pelbagai cara nak buat mata amigurumi ni, tak perlu pakai 'eye safety pin ' itu pun tidak apa.

1. buddyrumi, menyediakan tutorial membuat mata menggunakan 2, cara mengait dan menyulam.

2. cara ini pula daripada mazkwok, bagaimana membuat mata ami ini nampak seolah-olah hidup. 


3. Yang ini sesuai untuk amigurumi yang tenit-tenit tu.  Tutorial daripada amigurumibarmy.

4. Yang ni kalau berhajat nak kait muka sendiri yer, bolehla cuba paten daripada thesunandtheturtle

5. Kalau-kalau nak buat mata monster boleh cuba tutorial daripada ribbelmonster



6. Yang ni pun daripada buddyrumi, memang kreatif dan nampak mata seola-olah hidup. 





Ini sahaja yang saya kumpulkan, moga memberi manfaat kepada kita semua. Nanti saya kumpulkan cara membuat mulut pula ye. 


Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda. 







Khamis, 16 Oktober 2014

Baju kait untuk yang tersayang

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini, saya nak kongsikan projek saya, baju kait untuk suami. Ha...ha tajuk tak boleh tahan.  Terus terang saya katakan saya memang lambat siapkan baju ni. Baju ni saya ambil masa 2 tahun untuk siapkan. Tiada langsung paten baju kait untuk lelaki yang percuma, nak beli tak mampu, he..he...




Jadi, apa yang saya lakukan saya hanya ambil paten mengait baju heksagon dimana patennya untuk bayi dan diubahsuai menjadi baju orang dewasa. Saya ambil daripada blog mundocrochet. Saya gunakan jarum bersaiz 4 mm dan menggunakan benang kapas bercampur dengan benang nona. Saya gunakan lebih kurang 5 buku benang kapas (tak ingat jenis apa) dan 3-4 benang nona berlainan warna. 


Caranya: 

  • Bahagian lengan

Saya kait heksagon mengikut carta dan tambah sehingga ukurannya sama seperti ukuran lengan suami, tidaklah terlalu ketat dan terlalu besar. Kait lagi satu heksagon, ukuran lengan yang sama seperti heksagon pertama tadi.




Contoh heksagon yang dah siap. 


  • Bahagian belakang. 





Bahagian ini kita perlu kreatif sedikit ya. Heksagon yang siap, apabila dilipat kepada dua, mempunyai panjang dan lebar yang  sama. Tadi kita, sudah berhenti mengait apabila ukuran lengan sudah sama dengan ukuran yang dikehendaki. Sekarang kita perlu ubahsuai bahagian belakang menjadi lebar yang sama dengan belakang badan.  



Apa yang kita perlu lakukan ialah kita buat penambahan di bahagian belakang, mengikut carta di bawah. Buat penambahan di kedua-dua heksagon sehingga sampai ke pada lebar yang dikehendaki. 





Maka hasilnya akan menjadi seperti ini, ya. 

Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace  untuk anda sekeluarga, Perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace.


Sekarang, apabila sudah siap melakukan penambahan,  kita lakukan proses pencatuman di bahagian belakang untuk membentuk baju. Saya guna kaedah daripada doyoumindifiknit untuk menghasilkan cantuman yang halimunan. 


Jadi bahagian belakang yang akan dicantum akan menjadi seolah-olah tiada kesan pencantuman. Boleh lihat ya, penambahan yang saya lakukan sebanyak 5 kali untuk setiap heksagon. 

Bahagian belakang baju. 

Berhenti di sini dahulu ya,,,nanti saya sambung lagi..

Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4




Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. 




Rabu, 15 Oktober 2014

Kenapa saya suka mengait dan berblogging

Teks: Dalila Yusof
 Bismillahirahmanirahim....

Selamat pagi pembaca sekalian, semoga anda sentiasa sihat dan sejahtera di mana sahaja anda berada. Hari ini saya ingin berkongsi faktor pendorong saya berjinak-jinak dengan hobi mengait dan berblogging.

  • Bosan berada di rumah. 
Status sebagai surirumahtangga, menghadap anak 24 jam, teriakan dan tangisan si kecil membuat adakala saya tertekan. Terkurung di rumah bersama anak-anak yang masih bergantung 24 jam dengan saya, adakala membuat saya lemas dan rimas. Ya, mereka anugerah tak ternilai, jangan dilupa surirumah adalah manusia biasa perlukan masa untuk diri sendiri. Adakala, mereka juga perlukan sesuatu untuk melepaskan tekanan. Setiap pekerjaan tak kira surirumah atau wanita yang bekerja makan gaji ada cabarannya tersendiri.

Pada mulanya saya cuba menjahit sarung bantal dan tilam, menjahit kasut bayi menggunakan felt. Ada yang menjadi, ada yang mengecewakan. Bimbang dengan jarum yang bersepah, saya beralih arah kepada mengait jarum satu. Kelebihan hobi ini, saya mampu mengait di mana sahaja, lagi pun jarum kait selamat, dan tak tajam. 

Antara produk kait yang saya buat pada permulaan, topi kait. Saya mempunyai 3 anak dara pingitan ini menambahkan lagi semangat saya untuk mengait pelbagai aksesori untuk anak-anak saya.






  • Keinginan ingin bekerja 
Sebelum ini, saya dah pernah merasa seronoknya apabila mampu memmegang duit sendiri, seronok sangat apabila waktu gaji beratur mengeluarkan duit. Duit penat bekerja, bahu lenguh. Mungkin rezeki saya Allah bagi pada anak-anak, mudah sungguh mengandung. Keinginan nak bekerja cukup kuat, tapi pelbagai kes penderaan membuatkan saya menenggelamkan semangat untuk bekerja.


Saya teringin membuat sesuatu, jadi saya mulakan hobi mengait ini. Mulanya suami pun tak yakin, dah tengok hasilnya. Macam-macam disuruhnya. Pening kepala mak cik dibuatnya. Tak mengapa kita mulakan sedikit demi sedikit, supaya apabila anak sudah besar, kita boleh tumpukan perhatian pada perniagaan yang semakin berkembang. Betul penat, tapi semuanya pengorbannan yang perlu dibuat untuk melangkah lebih jauh. Sekurang-kurangnya kelak saya tak terlalu rindukan anak yang jauh di mata kelak, sibuk dengan perniagaan sahaja.


  • Berblogging
Jika dilihat crocheter luar negara yang yang mempunyai blog mereka sangat hebat. Cemburu melihat kehebatan mereka dan suka meniruvasi cara mereka menulis paten serta menulis blog. Insyaallah saya akan buat satu-satu, setiap projek saya akan tulis di blog. Ini memudahkan saya menulis nota dan menempek nota-nota crocheter. Biasanya, saya ni pelupa orangnya, melalui blog saya dapat kumpulkan paten dan mudah mencari apabila ingin menggunakannya. 

Sekian dulu ya. nanti bersambung lagi.Saya nak membuat kerja yang begitu banyak tertunggak. Laju-laju mengemas rumah, mengait dan melayan karenah kanak-kanak riang. 




Isnin, 13 Oktober 2014

Kenali lebih dekat tentang benang kait (yarn) Bah 2

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Benang daripada gentian tumbuhan 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, entri bah 1 saya telah banyak mengupas entri berkenaan benang buatan manusia. Hari ini, saya ingin mengupas lebih lanjut entri berkenaan benang daripada bahan semulajadi. Benang daripada bahan semulajadi ini, tidak semestinya hanya daripada bulu bintang, terdapat juga daripada tumbuhan contoh paling mudah adalah  kapas.



  • Kelebihan 
Gentian daripada tumbuhan ini mampu menyerap lembapan sebaik mungkin. Kuat dan bertambah kukuh apabila basah. Benang jenis ini sangat sesuai dan selesa dipakai di negara kita yang tentunya beriklim panas berikutan sifatnya yang merupakan pengalir udara yang baik.(breatability)  

  • Sesuai untuk si alergik
Kelebihan benang ini tiada kesan alergik, sesuai untuk siapa yang alergik dengan benang gentian haiwan, anda masih boleh memakai benang ini.
  • Jenis-jenis benang. 
1. Benang Buluh (Bamboo yarn)




Kita mulakan dahulu dengan gentian daripada buluh.  Benang buluh ini sudah tentulah dihasilkan daripada negara China. Buluh memang terdapat banyak di China, dan jangan lupa, panda suka makan buluh. Benang buluh jika dibandingkan dengan benang sutera, sememangnya benang yang cantik hasil kaitnya sangat bagus kerana mempunyai sifat 'drape'(kebolehan sesuatu kain untuk bergerak, sesuai untuk mengait pakaian) yang baik. Biasanya benang ini dikait menghasilkan stokin dan baju sejuk. 


contoh benang buluh

  • Cara penghasilan 
Terdapat dua cara penghasilannya: 
1. Cara pertama adalah secara mekanikal, lambat dan memerlukan pekerja yang ramai dan berkos tinggi, menyebabkan benang yang dihasilkan cara ini adalah sedikit. Benang yang diproses menggunakan cara ini dipanggil sebagai "Bambo linen"  kerana pembuatannya sama seperti benang linen. Cara ini lebih lebih bersifat mesra alam. Batang buluh dihancurkan dan kemudian enzim semulajadi (pemangkin semulajadi)  akan mengambil alih tugas meneruskan proses pemecahan dinding buluh tersebut sehingga menjadi jisim yang benyek. Sama seperti pengekstrakan genktian flaks daripada pokok flaks (benang linen diperbuat) gentian selulosa akan disaring keluar dan dipintal menjadi benang. 

2. Cara kedua adalah melalui proses kimia.

  • daun dan tisu  lembut yang terdapat dalam batang buluh yang keras di saring dan dipecahkan. 
  •  Selulosa buluh yang dipecahkan direndam di dalam 15-20 % natrium hidroksida pada suhu antara 20 darjah selsius ke 25 darjah selsius dalam masa 1 hingga 3 jam untuk menghasilkan selulosa alkali
  • Selulosa alkali tersebut kemudian akan ditekan untuk mengeluarkan sebarang lebihan larutan natrium hidroksida. Selulosa alkali akan dipecahkan oleh mesih pengisar dan dibiarkan mengering pada suhu 24 jam. 
  • Secara kasarnya, sebanyak mungkin  karbon disulfida akan ditambah ke dalam selulosa alkali untuk mensulfurkan sebatian untuk menghasilkan jeli. 
  • Sebarang sisa karbon disulfida dibuang dalam proses penyejatan melalui penyahmampatan dan hasilnya ialah selulosa natrim xanthogenate. 
  • 'Viscose' daripada selulosa buluh akan dipaksa keluar melalui corong 'spinneret'ke dalam satu bekas besar yang mengandungi larutan asi sulfurik, larutan ini akan mengeraskan viscose bamboo cellulose sodium xanthogenate dan menukarkannya kepada  benang gentianselulosa buluh. Kemudian benang tersebut akan dipintal menjadi benang gentian buluh.   
Jika diperhatikan, begitu banyak bahan kimia yang diperlukan dalam proses pembuatan pelunturan berperingkat yang menhasilkan benang ini. Pembuatannya tidaklah begitu mesra alam seperti yang diwar-warkan. Mungkin bagi orang yang sangat alergik dengan bahan kimia tidak boleh memakai hasil kaitan daripada benang jenis. 


  • Kelebihan 

Salah satu sifat benang buluh ini, benang ini merupakan benang yang selesa dipakai kerana sifatnya yang memudahkan pengaliran haba dan udara dan terasa sejuk apabila dipakai. Struktur gentian benang ini, dipertingkatkatkan lagi dengan proses pemintalan, mempunyai lubang mikroskopik yang menyingkirkan lembapan lebih 3 hingga 4 kali daripada benang  kapas,  dan memudahkan proses penyejatan. Pemakai hasil kaitan benang ini akan sentiasa terasa kering, sejuk dan lebih selesa, hasil kaitan ini juga takkan melekat di kulit walaupun dalam keadaan iklam panas, lembap dan berpeluh.  Dengan kata lain, memudahkan penyerapan peluh. Sangat sesuai jika dipakai di Malaysia, cuaca yang panas.

Hasil kait seperti stokin, baju, yang diperbuat daripada 100 % benang Buluh ini sangat selesa dipakai terutama di kawasan beriklim  panas ke kawasan beriklim terlampau panas. Ini menjadikan benang tersebut penebat haba semulajadi. 

Hasil kait 100 % Benang Buluh ini juga mempunyai sifat semulajadi antibakteria, anti fungal kerana terdapat satu agen bacteriostatis di buluh yang dipanggil "bambo kun" yang juga mencegah bau yang tidak menyenangkan walaupun dicuci berkali-kali. Pembiakan dan penyebaran bakteria penghasil bau busuk dihalang oleh  "bamboo kun" ini, dengan ini pakaian daripada hasil kaitan akan lebih bersih dan sentiasa berbau segar. 

http://organicclothing.blogs.com/my_weblog/2007/09/bamboo-facts-be.html
http://www.aboutknittingmachines.com/AllAboutYarn.php
                               

Sabtu, 4 Oktober 2014

Cara cantumkan 2 hasil kait dengan kemas dan invisible (2)

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Saya tahu tajuknya panjang dan kelakar, sebab tak tahu nak ganti apa dengan perkataan invisible itu.
Kenapa penitingnya cantumannya kelim kemas dan tak nampak, barulah nampak hasil kerjanya menarik dan kemas. Ada pelbagai teknik di internet yang boleh diguna pakai untuk mendapakan hasil yang cantik dan tak nampak seolah-olah hasilnya dicantumnya. Kebiasaanyan, teknik ini digunakan untuk mencantumkan granny square. Saya suka kumpulkannya di blog, supaya senang buat rujukan.

1. Teknik cantuman halimunan ini daripada oombawkadesigncrochet.


2. Matress stitch tutorial daripada moogly







3. Reverse Mattress Stitch daripada woolnhook

Okey ini sahaja buat masa kini, projek banyak sedang menanti, laju-laju mengait supaya banyak boleh buat banyak projek nanti. 



Resepi kek kukus coklat guna kuali aje...3

Teks; Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

"Ibu nak kek coklat"

Hampir setiap hari, Sara meminta buat kek coklat. Kalau beli tak puas, RM 10 je dapat bekas kecil, sekali makan je dah habis. Makin besar, makin kuat makan pula kanak-kanak ni termasuk bapak budak. Hari itu, pergi ke  kedai Mr DIY jumpa dan terus beli piring pengukus ni siap ada kaki sekali, tak sampai 10 ringgit pun yang paling kecil. Paling besar boleh mencecah dalam RM 13 ringgitla. Baru pindah rumah, memang banyak tak de, beli sikit dululah, tak mampu nak beli sekali rap. 



Pring pengukus

Penutup kuali ni pula beli kat NSK, tak sampai RM 10 pun. Ok barang dah cukup boleh mengukus dengan jayanya, hua...hua.... Pengukus ni bukan sahaja boleh buat kukus kek, boleh buat kukus ikan, kukus kuih dan macam-macam mengikut kreativiti masing-masing. 
Penutup kuali
Saya kongsikan resepi kek kukus yang sedap ni, dah nak habis pun makan. 


Resepi Kek Kukus Coklat daripada mamanurdini

Bahan-bahannya: 

  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan minyak 
  • 1 cawan susu( bancuh pakai susu anak je ha ha) 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur dipukul sedikit 
Bahan untuk dicampur dan diayak bersama.
  • 1 1/4 cawan tepung 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara-cara: 

  • Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu cair dan minyak dalam periuk kemudian masak dengan api yang kecil, kacau hingga gula cair dan sebati, tak perlu didihkan. 
  • matikan api, biarkan suam, ketepikan dahulu.
  • Boleh mula memanaskan air dalam kuali. 
  • Masukkan susu pekat ke dalam adunan yang telah menjadi suam sebentar tadi, gaul rata.  
  • Selepas itu, masukkan telur dan gaul sebati. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul sehingga sebati. 
  •  Masukkan adunan kek, tak lebih daripada 1/2 acuan yang digunakan. Acuan akan mengembang  ( boleh letak krim coklat banyak-banyak). Tutup kek dengan plastik atau penutup bekas supaya air  tak masuk dalam kek. 
  • Kukus dalam setengah jam, ( cucuk kek dengan garpu atau lidi kalau lidi bersih maknanya sudah masak.) 
  • Tara..siap sedia untuk dihabiskan.

    Resepi coklat topping  daripada cikmatahariku

    Cara menyediakan topping: 

    1 cawan susu pekat
    1 sudu makan serbuk koko
    2 sudu mentega. 

    Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau perlahan sehingga sebati dan larut dan 
    tutup api, apabila sudah mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek
     coklat. Boleh hiaskan dengan coklat urai.  


Sedap wei..dah banyak kali buat memang kegemaran anak-anak. Silalah cuba, sepatutnya dah siarkan entri semalam tapi takpelah, janji siarkan...he..he...


Khamis, 2 Oktober 2014

Cara Sambung Benang Baru/ Berlainan Warna Semasa Mengait 4

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Sepanjang membuat projek kait yang tertangguh ni, terpaksa sambung benang kait. Projek sweater suami ni dah dekat 2 tahun, sampai tuannya mengajuk. Nak siapkan projek tertangguh, lepas ini siapkan teddy bear pula.

Ada macam-macam teknik nak sambung benang, sesuai untuk tukar warna benang juga. Saya tempek dalam blog dulu, supaya senang nak cari. Tak perlu google banyak kali.

Tertanya-tanya apa itu WAHM dan bagaimana bekerja dari rumah, klik di  bekerja dari rumah


  1. Teknik sambung benang tanpa simpulan-freshstitches
Kebiasaannya saya akan sambung, dan buat simpulan untuk menyambung benang baru. Tapi kalau ikut kaedah ini tak perlu kerana benang dah cukup 'secure' dan takkan terbuka. Tapi saya tak berapa gemar teknik ini, sebabnya teknik ini nampak benang bonggol dan tebal. 







2. Teknik sambung benang semasa mengait -dummies

Hampir sama dengan teknik di atas, tapi bezanya, hanya benang baru sahaja dikait. Tiada bonggol benang di sini.

Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace  untuk anda sekeluarga, Perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace.



3. Teknik Rusian-knittinganyway

Teknik ini bagi saya sesuai untuk benang arcrylic sahaja, tak sesuai dengan benang cotton. Benang lebih nampak kemas, dan takkan terburai dan kemas. 






Raya Haji semakin hampir, boleh cuba kelainan memasak nasi arab buat tetamu, dan santapan di pagi raya. 


Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 





tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 

dalilayusof









































Rujukan:

http://www.freshstitches.com/how-to-join-yarns-while-crocheting-with-no-knot/

http://www.dummies.com/how-to/content/how-to-join-yarn-in-crochet.html
http://www.knittinganyway.com/freethings/russianjoin.htm

Kain Sateen Batik

🎀Sateen - 4 meter Bidang 45🎀  Sepasang RM 50 tak termasuk postage.  Postage bergantung pada kuantiti.  *Seragam add Rm2 bg setiap ...