Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 25 September 2014

Buat apa yang Allah suka..

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sumber gambar: noraida86

Pejam celik pejam celik, hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. Semoga anda sentiasa senyum dan ceria di mana sahaja anda berada. 




Selasa, 23 September 2014

Tips Untuk Si Pemula Kait 5

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...





Hobi mengait agak sukar terutama jika belajar sendiri. Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan jika anda sudah mula berjinak-jinak dengan hobi ini.


  • Fahami asas mengait 

 Apa yang paling penting, fahami betul-betul istilah asas chain(ch), single crochet(sc), double crochet(dc), dan Half double crochet(hdc). Sudah benar-benar faham, berilah apa pun paten, anda mampu lakukannya.



  • Belajar melalui video, dan tutorial bergambar
Belajar sendiri melalui pembacaan di internet memang sangat memeningkan terutama jika blogger tersebut hanya meletakkan tulisan paten yang kebanyakkannya istilahnya adalah singkat. Saya mengambil masa yang lama, lebih daripada setahun untuk faham istilah kait walaupun sudah faham istilahnya. Manfaatkan, youtube untuk mempelajari istilah kait, dan memahami paten kait. Paling saya suka blogger annoocrochet, kebanyakkan tutorialnya disertakan dengan gambar. Mudah untuk si pemula mengait memahaminya. 

  • Mengikuti kumpulan pengait di Facebook
Sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan ini, internet digunakan secara meluas. Ilmu juga diperoleh tanpa batasan daripada dalam dan luar negara. Selain daripada blog-blog luar negara. jalinkan hubungan dengan orang yang sama minat dengan kita melalui kumpulan pengait(crocheter seluruh Malaysia). Antaranya Benang Kait Malaysia, Geng Suka Mengait, Geng Kraf Kacang, Persatuan Crochet & Knitting Malaysia(story about hook) dan banyak lagi.

Tertanya-tanya apa itu WAHM dan bagaimana bekerja dari rumah, klik di  bekerja dari rumah
  • Mulakan dengan paten yang mudah difahami
Mulakan dengan mencuba paten paling mudah dan ringkas misalnya bunga, dish cloth, topi bayi, dan booties. Apabila anda sudah mahir barulah beralih ke paten yang sukar.

Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace  untuk anda sekeluarga, Perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace.  
  • Siapkan  projek anda.
Bukan anda sahaja, saya juga termasuk dalam golongan yang mudah rambang mata terutama jika saya dikelilingi anak-anak yang meminta pelbagai benda untuk dikait, mainan, cekak dan beg. Apatah lagi, jika baru saja berjinak-jinak dalam hobi ini, adalah normal, kaitan anda tidak cantik dan kemas, malah lambat. Mesti datang lemah semangat, tapi percayalah, apabila nampak hasilnya gerenti anda akan jadi gian nak mengait, ibarat jatuh cinta, asyik nak mengait sahaja, nak-nak macam paten percuma di internet lagilah meroyan. Adui...., jadi siapkan projek dahulu, barulah boleh ke projek lain, tak kiralah kaitan itu tak cantik atau tak kemas, teruskan sahaja. Percaya atau tidak , projek seterusnya hasil kaitan anda akan menjadi semakin cantik dan kemas.  Alah bisa tegar biasa. 

Ini sahaja, yang saya mampu fikirkan, salam sayang buat pembaca jumpa lagi. Lega dapat menulis hari ini, melepaskan gian menulis. Macam-macamlah. Ha..ha...



Masak Nasi Arab dengan mudah, dapatkan pes ssegera nasi arab
http://dalilaprodukraya.blogspot.com/2014/07/senangnya-nalk-masak-nasi-arab.html


Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 




tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 

dalilayusof




Isnin, 22 September 2014

Dunia dan Akhirat

Teks: Dalila Yusof
gambar: http://rahma-rahmawatihusain.blogspot.com/
Bismillahirahmanirahim...

Sewaktu kecil dahulu, saya pernah belajar di sekolah agama. Ada ilmu yang masih tersimpan kemas dalam minda saya tentang kehidupan manusia yang pelbagai. Samada kita sedar atau tidak. setiap orang perjalanannya berbeza-beza. Namun, takdir itu mampu diubah jika kita berusaha. Percaya atau tidak:


  1. Ada orang hidup di dunia senang, bahagia, bertuahnya dia di akhirat juga turut merasa bahagia. 
  2. Ada orang hidup di dunia senang lenang, namun sengsara di alam kekal.
  3. Ada orang hidup di dunia sangatlah sengsara, namun bertuahnya di akhirat merasa bahagia.
  4. Namun ada juga sudahlah di dunia sengsara, di akhirat juga sengsara. 
Mana satu pilihan kita? Jika diberi pilihan saya mahu yang pertama, atau ke tiga. Tak mahulah yang ke 2 dan ke 4. Takutnya, jika di alam yang kekal diseksa, dan terus diseksa berterusan, tiada siapa atau apa yang mampu menolong hatta wang ringgit atau kuasa. Semoga pengakhiran kita, adalah pengakhiran yang baik di sisi Tuhan yang satu. 




Iklan: 

Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 

tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 

Jumaat, 12 September 2014

Kait alas kaki guna benang tshirt

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Selamat tengahari buat pembaca sekalian, hari ini saya ingin kongsikan hasil kait saya, alas kaki menggunakan benang yang saya buat sendiri daripada tshirt. Saya gunakan lebih kurang 5-6 helai baju tshirt buruk untuk menghasilkan alas kaki ini.  Sebelum ini, saya ada kongsikan nota saya, tutorial membuat benang tshirt boleh rujuk entri tukar tshirt jadi benang..

Projek ini saya gunakan paten daripada youtube ini kerana mudah difahami. Cabarannya? Mungkin saya menggunakan jarum bersaiz 8 mm sahaja. Mungkin tak berapa sesuai dengan benang jenis ini. Terasa lambat sahaja nak membuatnya. Saya cuba cari jarum yang bersaiz lebih besar daripda itu namun gagal. hu..hu..





Satu lagi cabarannya, perlu hati-hati ketika proses mengunting tshirt menjadi benang. Perlu lihat ketebalan tshirt anda, jika nipis, gunting setiap lebar jalur lebih daripada 1 1/2 inci supaya tak mudah putus ketika dikait. Apa apa pun pertama sekali kita perlu banyak bereksperimentasi dengan benang tshirt ini, supaya benar-benar faham tentang cara mengaitnya. Agak sukar juga mengait mengunakan benang tshirt buatan sendiri kerana material tshirt berbeza-beza. Ada yang nipis ada yang tebal. Huish kalau nak beli mahal juga rupanya benang tshirt ada yang mencecah ratusan ringgit. Baik saya buat sendiri. Projek ini terhenti sebab saya malas nak pergi cari tshirt lagi...he...he....Tapi saya suka projek ini, saya dah dapat 2 helai alas kaki  sendiri!

Aduih penyakit suka kait dan tinggal menjadi-jadi, maaf ya kumpulan kait, saya letak entri terus saya lari. Sebabnya nanti saya meroyan lihat hasil kait orang lain, saya nak mencuba pula. h...hu....Sekarang dalam proses menyiapkan projek kait bulan september yang tertangguh aduiih...Salam sayang buat pembaca jumpa lagi. 




Iklan: 

Ini hasil kait saya untuk mengantung tuala dapur. Mudah dijaga boleh basuh dalam mesin basuh. 
Berminat boleh hubungi saya di Fb rasmi saya dalilayusof. Harga satu penyangkut tuala hanya RM 14 termasuk pos laju. 



Khamis, 11 September 2014

Kegilaan si pengait benang

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Saya kira ramai yang pening melihat nota kait walaupun dalam bahasa melayu. he..he.. Tak mengapa hari ini saya nak bawa anda masuk dengan lebih mendalam tentang hobi mengait ini. Kegilaan si tukang kait terhadap hobi mengait benang ini bukan sekadar tertumpu pada booties, topi, selimut bayi serta baju sejuk sahaja. Hari ini, saya menyingkap kegilaan tukang kait (crocheter) luar negara, bagaimana mereka kreatifnya mengait bentuk-bentuk yang unik walaupun hanya daripada benang.

1) Boleh pula tu..kait anatomi badan manusia....adush

a) crochet anatomical heart

b)Kait Rangka manusia


2) Sakit mata kait benda kenit-kenit, tapi kalau da minat....Tiada alasan untuk mengait...

a)kait patung mini siap baju, seluar




                                   
b) Kait micro cactus.

Apabila dah minat dan tekun, macam-macam boleh kita buat kan....daripada seketul benang boleh tukar jadi macam-macam bentuk. Maaf entri tak panjang ada banyak yang saya ingin kongsikan tapi internet kurang baik petang ini. Nanti saya tambah lagi entri. Salam  sayang buat pembaca.







Rabu, 10 September 2014

Kenali lebih dekat tentang benang kait (yarn) bah 1

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Benang acrylic (Benang bulu kambing) 



  • Murah dan mudah didapati. 

Entri hari ini, saya  ingin memperkenalkan lebih dalam tentang benang kait. Benang kait yang biasa saya guna ialah benang nona, lebih murah dan mudah didapati di kedai-kedai bunga dan kraftangan. Benang nona ini sesuai digunakan untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mengait. Apabila, kita baru belajar mengait, pasti banyak yang salah dan jika anda salah sedikit sahaja, sudah mencacatkan hasil kait itu. Kait lerai, kait lerai adalah perkara biasa untuk yang baru mengait. Jadi gunakan benang nona yang pastinya murah, kita takkan membazir dalam proses pembelajaran mengait yang tentunya banyak mencacatkan struktur benang dalam proses pembelajaran pertama. 
  • Benang Malaysia 
maycraft
Dua jenis benang ini yang mudah didapati di kedai-kedai kraftangan dan bunga, benang minlon dan benang nona. Tapi yang paling saya suka guna ialah benang nona walaupun murah, strukturnya lembut dan tak pecah berbanding benang minlon. 


comelcreations

Benang minlon, perlu dibeli dengan hati-hati, tak semua benangnya pecah-pecah. 


  • Sejarah benang
Kedua-dua benang ini merupakan benang acrylic, merupakan bahan yang diperbuat daripada acrylonitrile, sejenis bahan kimia yang turut digunakan dalam pembuatan plastik. Dalam erti kata lain, tiada bulu binatang atau bahan semulajadi seperti kapas di sini. Pada tahun 1950, Syarikat DuPont merupakan syarikat pertama memghasilkan benang acrylics. Benang acrylics yang benar-benar bermutu tinggi mampu menjadi sangat lembut berbanding benang cashmere, dari segi rasa dan rupanya. Benang ini terasa panas, tidak mudah luntur dan tahan kotoran dan kedutan selagi dijaga dan dibasuh dengan baik.  

Benang acrylics tidak seperti benang daripada bahan semulajadi yang lain, benang ini tidak dipintal tapi diputar sehingga memanjang  dan digulung untuk membentuk bebola. atau gegelung, dijual kepada pengemar hobi mengait, pembuatan  alas kaki dan pelbagai projek kraf yang lain. 
Terdapat benang acrylic yang sangat kasar dan pecah-pecah berbanding benang semulajadi yang yang lembut dan mudah menyerap peluh terutama yang diperbuat daripada hasil tangan atau mesin pintalan. Walaupun terdapat juga benang acrylic yang lembut , nampak seperti benang semulajadi, namun benang tersebut masih tidak mampu kelihatan elegan dan  mewah. 

  • Penjagaan Hasil kait
Pakaian yang diperbuat daripada benang acrylic sangat mudah, boleh dibasuh dengan mesin dan dikering namun bergantung juga kepada label dibenang. Ada yang mesti dibasuh-kering atau hanya dibasuh tangan dalam air sejuk. Menggunakan seterika untuk mengosok hasil kait acrylic juga perlu diset pada medium sahaja, jika tidak akan terbakar sedikit dan mengecut.   Benang jenis ini juga sesuai untuk pakaian kanak-kanak dan  bayi.  Kalau seingat saya dahulu, benang ini memang  popular dikalangan mak-mak kita dahulu, untuk membuat bunga, topi dan sebagainya. 

  • Sesuai untuk yang alergik 
Benang ini juga sesuai untuk orang yang alergik dengan haiwan kerana diperbuat daripada bukan bahan semulajadi yang kebanyakkannya terdiri daripada bulu binatang. Jadi, jangan risau untuk memakai bahan kait, pastikan anda memilih benang acrylic. 

Mungkin bagi yang tak pernah memakai benang kait kapas, benang daripada bulu haiwan seperti kambing biri-biri, dan arnab, anda akan rasa perbezaannya apabila sudah memakainya. Terasa lembut dan sejuk apabila memakainya, namun perlukan penjagaan yang khusus untuk menjaganya. Entri akan datang saya akan kupas berkenaan benang yang diperbuat daripada bahan semulajadi. 

Rujukan: 

http://www.wisegeek.org/what-is-acrylic-yarn.htm

http://www.ehow.co.uk/about_6121739_acrylic-yarn-vs_-cotton.html






Rabu, 3 September 2014

Seloka kait 1

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Seronok betul kalau camni kan? la...la....


sandraeterovic

"Pergi Kerja" dan "Pulang dari Kerja"


Iklan: 


Ingin belajar membuat blog kedai, boleh pm sy segera..
http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Sewa kereta Hiace dan Inova
http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html
Masak Nasi Arab dengan mudah, dapatkan pes ssegera nasi arab
http://dalilaprodukraya.blogspot.com/2014/07/senangnya-nalk-masak-nasi-arab.html


Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 




tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 

dalilayusof

fasa anak bab makan

Kalau lihat perkembangan anak-anak, umur bawah 3 tahun, makan pun masih main-main lagi. Memasuki fasa 5 -8 tahun ke atas asyik maka...