Jumaat, 8 Ogos 2014

Projek jahit gaun

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim…


Selamat pagi buat para pembaca sekalian dengan internet yang kadang-kadang tak stabil, susah nak update blog hari ini. Semoga Allah s.w.t.  permudahkan segala urusan kita semua. Projek raya kedua saya lakukan adalah menjahit gaun untuk anak saya. 

Saya guna paten daripada blog prudentbaby, seperti biasa saya hanya perlu print paten, tekap pada kain, gunting dan jahit. Tapi diingatkan sentiasa ukur pada anak, supaya ukuran tepat. Bagi saya yang mempunyai anak yang saiz badannya kecil, mungkin tidak mempunyai sebarang masalah.



Walaupun mampu nak belajar menggunakan internet sahaja, saya tetap meringankan mulut bertanyakan kepada orang lebih berpengalaman dalam menjahit, seperti mak saya. Zaman yang lebih canggih ini, boleh gunakan kumpulan suka menjahit online  dalam facebook yang kebanyakkan ahlinya sangat berpengalaman dan boleh menunjuk ajar. Apabila kita belajar seorang diri, kita lebih mudah tersasar dan tersesat sebenarnya maka carilah orang yang berpengalaman dan bijak pandai dalam hal tersebut. Namun, kita tetap perlu banyakkan membaca untuk menambah ilmu, jangan terlalu bergantung dengan cikgu sahaja,

Menjahit walaupun sebenarnya lagi cepat daripada mengait, tetap memerlukan seni dan kesabaran yang tinggi. Semasa nak menjahit ini saya gunakan mesin jahit mini global, jahitannya taklah secantik mesin jahit Singer, tapi masih boleh digunakan terutama untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan. Harga mesin ini saya beli tidaklah sampai RM 100 pun, ada rezeki baru nak beli mesin jahit yang lain. Jangka hayatnya pun taklah lama macam mesin biasa itu, cepat rosak. Mesin jahit ini tak boleh menggunakan benang yang sangat tebal, bagi saya mesin jahit ini hanya mampu melakukan projek-projek mudah sahaja tidaklah mampu menjahit langsir.

http://aslidalias.blogspot.com/2012/05/sy-like.html
Pastinya apabila kita membuat sesuatu untuk anak kita, kita rasa seronok dan bangga apabila dia pakai nampak cantik dan comel. Rasa bersemangat nak buat banyak kali, hu..hu....Jumpa lagi para pembaca, sekian salam sayang daripada saya.

Iklan: 

Pejam celik, pejam celik, syawal sudah masuk hari ke 13, ramai yang membuat rumah terbuka. Jika berminat untuk dapatkan, pes segera nasi arab, mudah siap sekali dengan beras basmathy dan rempah boleh hubungi saya di: 

No. Tel: 019-3229480
pm di FB rasmi saya: dalilayusof







Tiada ulasan:

Catat Ulasan