Khamis, 19 Jun 2014

Topi kait, bunga setaman.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Alhamdullilah akhirnya, siap juga topi kait yang ditempah oleh kawan suami. Sebenarnya, pelanggan minta nak tambah ketinggian topi sahaja. Tapi gatal tanggan, tambah la bunga supaya nampak cantik, walaupun harga tetap sama. Ini pelanggan pertama saya, jadi saya nak layan elok-elok supaya pelanggan rasa senang dengan saya.

Semua paten kait untuk bunga saya cedok daripada pak cik google sahaja. Paten daripada annoocrochet, saya paling suka blogger kait ini, memang banyak saya belajar daripada dia. Walaupun tutorial dalam bahasa inggeris, tapi semua tutorial dia ditunjukkan langkah demi langkah beserta gambar. 

Paten daun pula saya cedok daripada mark-mari., walaupun dalam bahasa Rusia, tapi tutorial beserta paten bercarta memudahkan saya memahami tentang paten tersebut. Kebanyakkan simbol kait adalah sama, memudahkan saya membacanya walaupun dalam bahasa Rusia. Insyaallah, saya belajar dulu, kemudian saya kongsikan dengan pembaca sekalian, makna simbol kait Rusia. Barulah saya tak lupa, apa saya dah belajar. Selalu lupa je...Hu2. 


ingin masak sendiri nasi arab di rumah cubalah pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van


Tiada ulasan:

Catat Ulasan