Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Jumaat, 27 Jun 2014

Tutorial percuma kait cekak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Saya selalu mencari tutorial percuma untuk kait....tapi masalahnya apabila percuma, saya hanya mengumpul tanpa mencuba dan akhirnya lupa. Apabila nak guna sudah lupa...jadi hari ini saya nak kumpulkan tutorial cekak kait yang saya paling suka. Benda percuma rasa bersalah pula tak nak kongsi dengan pembaca sekalian. ngeh....ngeh...

1. Tutorial ini menggunakan teknik mengait jarum dua (knit) untuk menghasilkan i-cord dan hasilnya disarung ke cekak. Nampak cantik kemas sahajakan. Saya pernah kait untuk anak saya nampak comel sahaja pada dia.

knityorkcity

2. Tutorial ini pun saya pernah buat hasilnya memang sangat cantik. Raya ni nak buat lagi. Insyaallah anak dara pun sudah pandai melaram tak macam dahulu. Pakai sahaja campak merata tempat.

speckless


3. Comel sangat yang ini kan? Paten daripada redheart.

4.  Paten ini daripada Mark Mari, saya memang suka paten daripada Rusia ini, lain daripada yang lain. Nampak sentiasa diperbaharui setiap masa.

5. Mana tahu ada yang berminat nak kait cekak ala-ala kucing boleh cuba paten daripada ryllisse ni.


6. Yang ni ala-ala tiara gitu. Sesuai si kecil manis yang ala-ala puteri kayangan. Paten daripada fableoffive.

.

7. Atau paten yang mudah tapi tetap menarik daripada Red Heart Yarn lagi.


Rasa nak buat sahaja tapi banyak projek tak siap lagi. Cubalah dulu mana yang berkenan ye. Ada lagi tutorialnya, nanti saya kumpulkan lagi buat pembaca sekalian. Terima kasih sebab baca blog ini. 


Iklan: 

Sempena bulan ramadhan ini saya ada menjual pes nasi arab jenama al-bayt. Mudah disediakan kerana turut disediakan rempah khas nasi arab dan beras basmathy. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di Pes Nasi Arab Jenama al-bayt


Atau boleh sahaja berdaftar sebagai ejen dropship kami, keterangan lanjut boleh lihat di Kelas Asas mula bisnes 

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Jika anda berminat menjadi ejen dropship produk kami boleh hubungi saya: 


Facebook: dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480


















Khamis, 26 Jun 2014

Tutorial baca Istilah dan simbol kait dalam Rusia.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Saya ingin kongsikan di sini, bagaimana membaca simbol dan istilah kait dalam bahasa Rusia. Kalau kita lihat tutorial Rusia, memang semuanya cantik dan menarik, masalahnya apabila dialih bahasa, istilahnya masih sama. Pening nak baca, yang bagusnya kait, simbol kait boleh dikatakan agak sama, walaupun ada sedikit perbezaan dan pemahaman untuk setiapa negara.


Jika kita ingin mendalami tutorial kait daripada luar negara seperti Rusia, Jepun dan lain-lain, kita perlu memahami simbol dan istilah sahaja. Jika sudah faham, memang mudah nak mengikuti tutorial kait

mereka yang sememangnya unik dan cantik. Apa yang saya suka tentang paten daripada Rusia, mereka sangat kreatif menggunakan bunga yang dikait untuk dibuat baju atau topi.

Sebelum ini, saya telah pelajari istilah kait dalam rusia, tapi saya lupa kerana saya tak buat nota. Jadikan saya kongsikan dengan anda terjemahan ini semoga bermanfaat untuk kita semua. Jika anda tahu laman web tutorial kait dalam bahasa Rusia, jangan segan kongsikan dengan saya.



Simbol  
Rusia  
English 

atau

air loop

chain, sc


nakida column without 
single crochet, sc 

полустолбик с одним накидом,
polustolbik one nakida

half double crochet, hdc 

, post with nakida 
double crochet, dc 


2 colum nakida 
Treble crochet, tr

 Column 3 nakida
 
Double treble, dtr 
 -
полустолбик без накида,
polustolbik (conecting column) 
slip stitch, ss 

Sekian untuk hari ini, terima kasih untuk semua.


Iklan: 

Sempena bulan ramadhan ini saya ada menjual pes nasi arab jenama al-bayt. Mudah disediakan kerana turut disediakan rempah khas nasi arab dan beras basmathy. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di Pes Nasi Arab Jenama al-bayt


Atau boleh sahaja berdaftar sebagai ejen dropship kami, keterangan lanjut boleh lihat di Kelas Asas mula bisnes 

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc


Jika anda berminat menjadi ejen dropship produk kami boleh hubungi saya: 


Facebook: dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480

rujukan:
 http://gallery.ru/watch?ph=4tc-dGtbA#feature=topscroll
http://olgemini.blogspot.com/2011/09/blog-post_19.html
http://mark-mari.blogspot.ru/2013/02/blog-post_11.html


Khamis, 19 Jun 2014

Tutorial Mengait Bakul

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Salam ceria pembaca sekalian. saya ingin berkongsi tutorial cara membuat bakul. Walaupun dalam bahasa rusia, tapi hanya sekadar memahami simbol dan istilah kait,  kita boleh memahami paten walaupun tak faham sepatah perkataan pun.

boleh layari laman web ini, untuk tutorial selanjutnya, liveinternet. Insyaallah saya akan kongsi tutotrial memahami paten kait rusia mengguna paten carta dan simbol sahaja.

ingin masak sendiri nasi arab di rumah cubalah pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van

Topi kait, bunga setaman.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Alhamdullilah akhirnya, siap juga topi kait yang ditempah oleh kawan suami. Sebenarnya, pelanggan minta nak tambah ketinggian topi sahaja. Tapi gatal tanggan, tambah la bunga supaya nampak cantik, walaupun harga tetap sama. Ini pelanggan pertama saya, jadi saya nak layan elok-elok supaya pelanggan rasa senang dengan saya.

Semua paten kait untuk bunga saya cedok daripada pak cik google sahaja. Paten daripada annoocrochet, saya paling suka blogger kait ini, memang banyak saya belajar daripada dia. Walaupun tutorial dalam bahasa inggeris, tapi semua tutorial dia ditunjukkan langkah demi langkah beserta gambar. 

Paten daun pula saya cedok daripada mark-mari., walaupun dalam bahasa Rusia, tapi tutorial beserta paten bercarta memudahkan saya memahami tentang paten tersebut. Kebanyakkan simbol kait adalah sama, memudahkan saya membacanya walaupun dalam bahasa Rusia. Insyaallah, saya belajar dulu, kemudian saya kongsikan dengan pembaca sekalian, makna simbol kait Rusia. Barulah saya tak lupa, apa saya dah belajar. Selalu lupa je...Hu2. 


ingin masak sendiri nasi arab di rumah cubalah pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van


Selasa, 17 Jun 2014

Crochet Booth Di Pusat Perdagangan Alam Jaya (AJCC) Puncak Alam

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kami mengadakan jualan barangan kait, bengkel membuat kopiah,  jualan benang dan jarum kait di Perkarangan Pusat Perdagangan Alam Jaya (AJCC), Puncak Alam, Selangor pada 21 - 22 Jun 2014.


Datang beramai-ramai untuk memeriahkan program ini dan  jangan lupa gerai kami nombor 3. Aktiviti paling menarik Malam Cinta Rasul, Santai Bicara Agama, Belon Udara Panas, Karnival Upin Ipin dan semestinya jualan gerai produk kait kami. Kami sediakan peta untuk anda mudah ke sana. 





Program jualan secara ofline ini bertujuan: 

*Supaya masyarakat dapat mengenali dan memahami hobi mengait dengan lebih mendalam. 
*Selain dijadikan hobi, produk mengait mampu menjana pendapatan sampingan terutama untuk para surirumah yang inginkan mendapatan pendapatan sampingan tanpa perlu keluar rumah atau dengan panggilan popularnya bekerja dari rumah.
*Menjual produk kait seperti kopiah kait, pakaian kanak2, pouch hp, aksesori  dan  lain-lain. 
*Bengkel Mengait Kopiah bersama admin Kopiah Kait Linanuar Online Butik. Jangan lepaskan peluang ini supaya anda boleh mengait kopiah untuk orang tersayang. Sukar untuk belajar dengan menggunakan internet, ambil peluang ini untuk mempelajari teknik mengait kopiah daripada orang sudah banyak berpengalaman ini. 
*Menjual set mengait untuk yang baru berjinak-jinak dalam hobi mengait ini. Terdapat juga benang kait dijual di sini. 
* Memperkenalkan produk kami secara offline untuk meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap kami. Kebanyak produk kami dijual secara online. Jadi untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai kami turun padang untuk mempamerkan hasil kerja kami yang sangat menarik, kemas dan berkualiti sudah tentulah dihasilkan dengan penuh kasih sayang. 






Jika anda berminat boleh hubungi saya: 

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook:https://www.facebook.com/dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480
ingin masak sendiri nasi arab di rumah cubalah pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van







Rabu, 11 Jun 2014

Lupakan setiap kebaikan yang kita berikan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...






Ya Allah
Jadikan aku lupa kepada 
erti putus asa dikala usaha gagal lagi...
segala kepenatan sepanjang hari,
segala kebaikan yang aku berikan,
segala kasih sayang yang aku curahkan
segala pengorbanan yang aku berikan,
setiap pertolongan yang aku berikan,
setiap sedekah yang aku hulurkan, 
semoga aku jadi ikhlas seikhlasnya,
memberi lebih baik daripada menerima,

Ya Allah kau peringatkan aku
setiap kebaikan orang tersayang aku lakukan,
setiap jerih perih orang tersayang aku berikan, 
setiap keburukan yang aku lakukan, 
setiap dosa yang aku sembunyikan, 
setiap kegagalan yang aku lalui, 
moga aku tak membangga diri, 


amin....

Jumaat, 6 Jun 2014

Orang Sekeliling Kita adalah Guru Kita

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Allah s.w.t selalu menghantar guru untuk mendidik kita menjadi semakin baik. Bagaimana, dan di mana? Orang di sekeliling kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita, selagi kita tak faham dan cuba lari daripada pelajaran itu. Pelajaran itu akan mengikuti kita ke mana sahaja. Dan pelajaran itu, disampaikan melalui orang yang berbeza namun masalah yang serupa.

http://www.bubblews.com/news/3122062-your-second-parents

Apabila,
Orang banyak tak mengenang budi kita, sudah cukup ikhlaskah kita memberi?
Orang berbuat jahat kepada kita, sudah cukup baikkah kita?
Orang sentiasa membuat kita marah, menyakiti hati kita sudah cukup sabarkah kita?
Orang memperlekehkan kita, sudah cukupkah usaha yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan?

Renung-renungkanlah, mungkin kita tak sanggup menghadapi karenah orang di sekeliling kita, pasangan kita. Mungkin kita fikir alangkah bagusnya jika orang itu berubah, tidak..... Walaupun mereka berubah, nanti timbul lagi perangai yang lain , yang menyakitkan hati kita. Kenapa? Kita telah meletakkan dalam minda kita bahawa orang itu jahat, maka kita akan nampak jahat mereka sahaja.

Jadi marilah kita berubah memandang yang baik-baik dan positif sahaja, terutama tentang anak-anak dan pasangan kita. Supaya mereka pun menjadi orang yang baik dan memandang yang baik-baik tentang kita. Kita tidak mampu merubah orang tapi insyaallah kita mampu mempengaruhi mereka menjadi orang yang baik. Tegurlah kesalahan mereka sekali, namun jangan lah ditegur dengan kata-kata kesat yang menyakitkan. Bukan mudah nak jadik baik, berikanlah galakan apabila mereka berusaha memperbaiki diri mereka bukannya mencerca. Jangan pula, diungkit lagi kesilapan dahulu. Ingat tiada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan. Ajarilah mereka belajar daripada kesilapan bukannya berterusan menghukum dengan alasan sakit hati. Ajarilah mereka cara yang betul bukannya mengutuk kesilapan mereka. Setiap orang berhak membuat kesilapan supaya mereka semakin pandai menghadapi hidup yang semakin mencabar.

Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van

salam sayang buat pembaca sekalian.




Rabu, 4 Jun 2014

Sweater Hexagon Kait



Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim...






Alhamdulillah ....Siap jugak akhirnya baju kait ini, patennya diambil daripada Mundocrochet, hampir seminggu lebih jugak nak mengait baju sejuk ni..akhirnya siap, tapi rasa berdebar-debar la pulak, risau tak muat tunggu dan lihat sahajalah...

Topi pula, ilhamnya daripada The daintydaisy. Saya mula mengait selepas  kelahiran anak nombor dua sebelum itu, saya cuba berjinak-jinak dengan kraftangan felt. Saya dapat menyiapkan satu kasut felt khas untuk anak saya yang sulung, tapi sayang sebab hanya muat untuk beberapa bulan sahaja. Kasut ini siap saya buat sulam bunga lagi, memang menjadi dan cantik. 


Oleh kerana, tak sanggup tengok jarum yang bersepah semata-mata nak kejar anak menangis, makan, cuci kencing dan berak anak, maka saya cuba isi masa lapang dengan mengait. Pada mulanya, suami seakan tak mengizinkan, tapi makin gigih pula menggalakkan apabila lihat pelbagai hasil kait yang saya hasilkan. Saya pula pening apabila dia asyik bertanya dan menyuruh mengait pelbagai barang perhiasan rumah. Adui, perlahan-lahan insyaallah berjaya. Suami dah bagi semangat WAJIB ambil peluang untuk kait laju-laju, insyaallah murah rezeki...Amin.....Sebenarnya, apabila suami tak izin mungkin dia risau kita tak mampu nak uruskan anak-anak, rumahtangga dan hobi, paling malang kalau banyak menghabiskan duit dia semata-mata nak beli benang. Tapi, banyak yang tak menjadi. Jadi, buatla muka manja dan comel, dan tunjukkan usaha yang gigih dan tak mengenal erti putus asa supaya suami nampak kita bersungguh-sungguh melakukan apa yang kita minat. Insyaallah dia bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.

Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van

Insyaallah, saya akan cuba buat tutorial baju kait dan topi ini, nantikan ya salam sayang dan ceria pembaca sekalian...


Saling sokong menyokong

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim.. Saling sokong menyokong Kehidupan di dunia, sangat memerlukan kita bekerjasama untuk menda...