Khamis, 8 Mei 2014

Strategi Pengurusan Masa WAHM

TEks: Dalila Yusof
Bismillahirahmainrahim.....

Bekerja sebagai WAHM menuntut kita banyak bersabar dan bijak menguruskan masa, apatah lagi kerja rumah yang tidak pernah habis. Saya kongsikan di sini beberapa  tips menguruskan masa daripada Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, Masayu Ahmad.

Strategi pengagihan tugas untuk WAHM & SAHM

Teks: Masayu Ahmad



Foto kredit: http://www.treehugger.com

Apabila berada di rumah anda tidak akan menang tangan untuk melakukan semuanya seoarang diri. Ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai mungkin tiga hingga lima atau lebih.

Apabila anda sudah mengambil keputusan berada di rumah atau bekerja di rumah, sangatlah perlu untuk membuat pengagihan tugas dan menggunakan bantuan dari luar. Anda masih buntu, cara berikut mungkin dapat membantu.

Pembantu rumah

Ini mungkin bagi mereka yang berkemampuan, masih memerlukan bantuan pekerja di rumah dan juga mempunyai anak-anak kecil yang ramai. Tidak semua orang bernasib baik memiliki pembantu rumah yang rajin, setia dan tidak banyak kerenah. Walaupun mempunyai pembantu rumah anda perlu berdispilin dan terus fokus dengan kerja anda.

Gunaka sebaik-baiknya masa yang ada untuk bekerja dengan lebih tekun. Pada masa yang sama tidak melepaskan 100 peratus tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu rumah. Menyediakan jadual tugasan kepada pembantu rumah juga adalah salah satu cara yang baik, agar pembantu anda mempunyai skop kerja yang jelas.

Pembantu mingguan

Tidak semua orang yang suka jika ada orang asing berada di rumah. Anda merasakan tidak bebas dan kurang selesa. Kini sudah ada khidmat pembantu rumah pada hujung minggu atau pada hari-hari tertentu sahaja.

Agihkan kerja-kerja yang tidak anda gemar lakukan kepada pembantu seperti ini seperti membasuh bilik air, menggosok baju dan mengemas rumah.

Pembantu seperti ini boleh didapati daripada agen-agen atau orang perseorangan. Anda boleh juga mengiklankan sendiri. Kerana ada juga individu yang suka bekerja tanpa terikat dengan jadual yang ketat.

Menghantar ke pusat jagaan

Anda boleh menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Anda boleh kelaskan hanya pada waktu-waktu tertentu contohnya separuh hari, hari minggu atau hanya pada waktu-waktu anda sibuk sahaja. Ini memudahkan anda mengimbangi antara keperluan untuk melaksanakan kerja dan pada masa yang sama rumah tangga tidak terabai.

Pengurusan masa

Setiap orang memiliki putaran 24 jam sahaja. Anda perlu tahu apa jadual harian, bulanan dan tahunan. Perancangan yang jelas, spesifik dan realistik sangat membantu untuk anda mencapai matlamat yang disasarkan Walaupun anda bergelar suri rumah atau wanita yang bekerja di rumah, jangan sia-siakan masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

Tumpukan kepada matlamat pendidikan anak-anak, aktiviti menjana pendapatan, ibadah, hubungan kemasyarakatan dan aktiviti kekeluargaan. Barulah hidup terisi dan masa tidak dibazirkan begitu sahaja kepada perkara melalaikan dan sia-sia.

Ingin dapatkan pelbagai tips WAHM boleh berkunjung ke blog beliau http://naufalsayang.blogspot.com/





Tiada ulasan:

Catat Ulasan